Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 18 Julai 2012

Wordless Wednesday: Ini betul2 bikin gue wordless!

Rabu, Julai 18, 2012 2 Comments



Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.


Notakaki Saiz Tujuh:
Gelenyor kan? Dah namanya Wordless Wednesday tapi gatei gak nak tulis. Tak hacik lansung tapi takper, hado mak kesah? Gue sebenarnya rasa nak pitam bile terbaca entry dari rakan blogger (wah tetiba ngaku rakan, walhal dia pun tak declare hahaha...) si Lydsunshine ni haa... Maklumlah sepanjang 6 tahun berblogger ni, baru #1st taim de orang tulis yang blog poyo saya ni best huhuuu... Dahle tu, orang yang mengaku tu pulak bukan calang orang sebab post dia pun selalunya ayat tak bleh blah. Kiranya kalau nak bace wajib gi buang ayor dulu kalau tak sendiri lap! Cemanepun maseh la ye Lyd. Sayang awok kat teman heheee... Okehlah! Mak nak bertapa kejap. Kena kepiskan hidung yang kembang dah takmo kempis pulak nih! Ahaks!



Signature

Selasa, 17 Julai 2012

Jalan2 Carik Makan: Restoren Ayam Penyet AP (KL Festival City Mall)

Selasa, Julai 17, 2012 10 Comments


Dengar sini baik-baik ye. Kalau encik somi gi outstation di hari minggu- silelah berjimba mencuci mata di kompleks yang berhampiran ye, ahaks! Haa.. ni bukan kes malas nak masak tau tapi sebab kurang rajin je. Maklumlah budak-budak kalau ku masak bagai pun yang depa makan seciput aje. Akhirnya malam nanti sure kena suap dalam mulut tong sampah. Mak orangnya baran penyayang tau, tak sampai ati nak nengok makanan yang kite masak sume dibakul sampahkan! So diskas punye diskas kiteorang anak-beranak pun gi la melepak kat KL Festival City Mall hari tu. Bile dah habes borong window shopping, maka tibelah mase untuk layan perut- so kite masuk ke Restoran Ayam Penyet AP!


Kat sini tempat dia memang cozy cuma ade sket bau yang kurang menyenangkanlah. Rasanya datang dari restoren Seoul kat sebelah kot sebab dorang wat steamboat so macam bau-bau asap yang dah bercampur-baur tu hagak mengganggu lubang idung kembang pengidap asma tegar cam saya nilah (dah tau sape soh dok dekat situ gak, ahaks! Hamek!) Servis kat sini cepat gak. Korang cuma tulis apa yang korang nak makan kat kertas pastu bagi kat pelayan tu. Tak sampai 15 minit kot makanan pun sampai. Jom nengok apa yang hado: -

Maria makan Soto Ayam ni. Kuah dia cam kuah lemak (ala-ala lontong) tapikan... hmmm, rasa dia cam pelik sket la. Agaknye stail Indon wat soto memang camni kot ek? Sebab dulu masa kat bazaar ramadhan pun saya tersalah beli soto kat Indon, gini gak ghupe sotonya.

Pink rules! Hehe... Yang kiri sekali tu air soya bandung cincau. Rasa dia ok. Ade biji selasih kat dasar airnya. Yang tengah tu Strawberry Milkshake. Ok gak. Yang kanan tu soya bandung. Pun ada biji selasih dan rasanya ok.

Mujur ada Kids Meal camni untuk Rayyan. Eskrem tu sekali satu set ngan nuggets dan ubi tu. Ade 2 pilihan untuk Kids Meal ni. Lagi satu tu nugget ganti ngan bakso ball. Konpem Rayyan tak reti makan benda bulat-bulat so tak mungkin order set itu.

Ni dia Nasi Ayam Penyet. Sambal dia macam sambal tumislah instead of sambal belacan. Cam tak kena gaye je makan ulam ngan sambal tumis. Ayam dia pulak lembut dan garing kat luar tapi macam dia goreng ngan tepung (sebab ade serbuk) Setau saya original recipe ayam penyet ni kena rendam dalam air kelapa pastu terus goreng gitu je tayah sadur tepung. Tapi canerpun seb baik tepung tu crunchy dan sedap.

Overall, kat sini takla maveles sangat macam yang saya pernah makan kat JB dulu. Nama restoran tu LS Katering SB. Restoran tu pernah masuk Jalan-Jalan Carik Makan taim Maria Tengku Sabri lagi! (Cite dan gambar nasik ayam penyet kat JB tu ade kat sini.) The verdict? Hmmm... agak mahal gak la rasanya sebab korang kena order nasi putih lain, lauknya lain, sup pun lain. Kalau di JB tu, kalau order je Ayam Benyet- dorang akan terus bagi nasi putih ngan ulam sambal belacan dan ayam satu set sekali dan harganya baru RM6.50. Kat sini ayam saja dah RM8.50 + nasi putih RM1.50 dan sup RM6.50, total satu set= RM16.50. Kejamkan? So, berape markah nak bagi? Tadaaa...


RATING

Service: starstarstar starstar
Food: starstar



Notakaki Saiz Tujuh:
Perghhh... Ramadhan dah dekat nih. Boleh ke tak ek ku sahut cabaran Maria wat JJCM versi Ramadhan lagi? Tahun lepas dapat 10 hari jek pastu dah koma hahahaaa... Kalau tak hengat boleh tengok sini: -





Signature

Rabu, 11 Julai 2012

Wordless Wednesday: Hadiah Harijadi!

Rabu, Julai 11, 2012 10 Comments



Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.

Signature

Khamis, 5 Julai 2012

Resepi: Baked Macaroni

Khamis, Julai 05, 2012 12 Comments


Lama dah nak wat menatang alah ni tapi tigabelas tahun yang dulu kalau dibuat jugak alamatnya kenalah saya jadikan ia sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam saya sebab pak ustad takleh nengok mende makaroni ni. Dia kate mase dia dok Jepun dulu dia penah nengok ulat yang sebijik ghupe makaroni ni so since dari peristiwa yang sungguh tragik itu dia dah takleh melihat makaroni lagi apetah lagi memakannye. So selepas tigabelas tahun berlalu, now nie dah ade ramai perut-perut yang sentiasa lapar dalam kehidupanku maka bolehlah nak wat projek ni, kan.


Okeh, idea ni tetiba muncul semula bile singgah blog Kak Ida haritu. Punyelah terliur nengok gambonye so nekad projek ini musti di up kan semula. Akhirnya berjaya le juge merialisasikan impian tu haha... so jom tengok resepi dia (hasil sumber resepi Kak Ida): -

Bahan #1: 
 (Untuk Step#2 nanti- refer gambar bawah) 

2 cawan susu full cream (saya pakai susu tepung bancuh ngan air je)
 2 biji telur (sebab telur tinggal sejibik je so saya tak pakai dua)
 4 sudu besar tepung gandum
1 susu teh dry parseley (takde dalam fridge so saya tak taruk)
1 sudu teh dry basil (pun sama tak dijumpai dalam fridge jadi abaikan gak)
satu peket onion sup mix atau beef cube (saya ganti ngan 1 sudu besar Cukup Rasa)
salt and pepper to taste...pukul hingga sebati...


Untuk base daging ni Kak Ida tak mentioned nak wat camne. Dia kata suke atilah nak masak canerkan so saya wat stail saya selalu wat kalau masak pie yeitu daging kari.

Bahan #2: 
 (Refer gambar Step #3)
1 peket daging kisar
3 sudu besar rempah kari dijadikan pes
1 bunga lawang, kayu manis, biji ketumbar, bunga cengkih
1 ulas bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
garam secukup ghase

-Tumis bawang sampai wangi pastu masukkan rempah ratus sampai naik bau gak. Pastu masuk pes kari tumis sampai pecah minyak. Last sekali masuk daging dan garam. Settle.


Okeh skang mari kite mule masak! Cara-caranya: -

1) Baca Bismillah -jangan lupe tu! Ahaks!


2) Memula sekali sapukan sikit Olive Oil kat sume acuan supaya nati dia tak melekat okeh. Saya pakai minyak masak Alif aje hehe...

Alternatively kalau takdok remekins boleh je masukkan dalam acuan muffin atau bekas pie atau apa-apa je.

3) Langkah pertama (refer gambar) masukkan makaroni ke dalam bekas acuan. Banyak mana tu ikut ske lah cume pandai-pandailah hagak supaya makaroni dan inti daging tu nanti belen.
4) Dah tu masukkan pulak bancuhan susu (Bahan#1) dalam bekas acuan tadi. Biar tenggelam sket makaroni tu ye supaya makaroni tu boleh masak sekata.
5) Skang masukkan bahan#2. Ini pun agak-agaklah supaya belen ngan makaroni tu tadi.
6) Akhir sekali taburkan keju parut kat atas. Lagi manyak lagi sodap! Ngeh, ngeh, ngeh....


Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah celcius selama 15-20 minit atau senang cite sampai nampak keju tu dah garing! Tadaaa.. dah siap! Jom makan!



Signature

Khamis, 28 Jun 2012

Perginya dalam Khusnul Khotimah... Allahuakbar!

Khamis, Jun 28, 2012 21 Comments


Bayangkan ini:
Beliau dan saya memulakan perniagaan ini dari kosong- zero. Dan dari hari ke hari selama 14 tahun, setelah menempuh pelbagai dugaan up and down dalam perniagaan, termasuk pernah dianiaya dengan client malah bekas staff sendiri... akhirnya pada suatu hari Ahad yang tenang, saya dapat panggilan mengatakan orang yang saya jumpa setiap hari selama 14 tahun itu sekarang berada di HKL dan telah disahkan meninggal dunia. Lebih mengharukan apabila mengetahui yang dia meninggal kerana dilanggar sebuah kereta yang memandu laju dan orang yang memandu itu adalah remaja berumur 18 tahun!
Gambar diambil oleh salah seorang peserta konvoi dari atas lebuhraya tempat di mana asalnya mereka sedang berbasikal. Dianggarkan jarak arwah melambung ke bawah seumpama jatuh dari bangunan 6 tingkat. -Gambar kredit saudara Mohd Azlan Omar (FB)

Beliau melambung jatuh dari lebuhraya Duke setinggi 40 kaki ke bawah akibat dirempuh kereta yang dipandu  laju sewaktu beliau dalam perjalanan konvoi beramai-ramai menaiki basikal menuju ke Majlis Ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus. Saya difahamkan mereka baru saja solat Subuh berjemaah sebelum itu dan baru saja memulakan perjalanan kurang satu jam dari tempat permulaan. Lebih tragisnya, anaknya yang berumur 11 tahun yang mengekori dari belakang menyaksikan sendiri di hadapan mata bagaimana bapanya dilanggar kereta dan melambung ke bawah. Akibat dari kemalangan itu, beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan didada. Namun tiada sebarang luka dan darah mengalir ditubuhnya. Malah sahabat yang menziarahi beliau ketika masih belum dibedah-siasat di HKL menyangkakan jenazahnya sudah siap dimandi dan dibersihkan. Malah yang lebih sayu, beliau kelihatan seolah-olah sedang nyenyak tidur.

    Gambar 10 tahun lepas. Masa ni baru 4 tahun melangkah.

    'Beliau' dalam cerita ini ialah Allahyarham Azmi Bin Ismail. Timbalan Pengarah UPU, bendahari Surau Al-Ikhwan, AJK Pemuda PAS Gombak dan ahli bikers Pemuda PAS Gombak. Semasa hayatnya beliau sentiasa memperjuangkan keadilan dan memperjuangkan agama Islam. Beliau juga adalah 'big boss' saya dan dia jugalah orang yang sudi memberi saya peluang menguruskan perniagaan dia sehingga kini. Sepanjang 14 tahun mengenali arwah dan bekerja bersamanya, arwah lebih kepada seorang bapa berbanding seorang 'Big Boss'dan kami sume adalah anak-anaknya. Banyak sebenarnya memori bersama dengan arwah tapi di antara yang tak mungkin kami lupakan sampai bila-bila: -
    • Kami sume di sini selalu wat aktiviti makan-makan kat belakang tapi dia tak pernah marah atau larang malah dia pun join sama dengan kiteorang (walhal tu waktu keje tu...) 
    • Bila lepas hari raya dia mesti nak panggil sume client dia datang ke jamuan hari raya untuk jamu dorang sume makan. 
    • Dia suka ajak sume staff dinner atau lunch sama-sama bagi meraikan apa saja. Sampaikan budak-budak yang praktikal kat sini pun kalau habis praktikal, wajib merasa disambut bagai.
    • Beliau bukan jenis orang yang berkira. Selalu bersedekah dan menolong orang. Dalam 14 tahun saya bekerja dengannya, marah pun cume sekali tapi itupun saya tau sebab dia hempas laci dia kuat-kuat. That's it. Lebih dari tu tak ada. Bila ada client atau orang yang menganiaya dia, dia redha dan antara kata-kata  yang selalu dia sebut yelah, "Takpe. Kite jumpe di padang masyar"
    • Tiap kali besday dia, kiteorang mesti sambut. Paling cikai beli kek dan order nasik beriani. Tapi tak sangka surprise besday dia yang ke-50 tahun haritu (disambut kat umah mak saya mase kenduri khatam quran Maria & Amirul haritu) adalah sambutan kali terakhir. Memang surprised besday tu saya rancang sebab saya fikir tahun ni kali terakhir saya dapat sambut dengan sume (pasal nak pindah) tapi rupanya memang 'kali terakhir' buat sume orang.

    Kaki ini tetap akan melangkah ke pejabat seperti hari-hari biasa. Tangan ini akan tetap melakukan kerja-kerja seperti biasa. Tetapi suasana dan keadaan di pejabat ini tidak mungkin akan sama. Selagi Allah izinkan, selagi itulah akan saya gunakan semua ilmu yang arwah berikan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini, insyaallah. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan para solehin dan semoga kami semua juga bakal mengakhiri hayat kami dalam keadaan khusnul khotimah juga, amin!

    Alhamdulillah jasadnya selamat dikebumikan di kampung halamannya di Ulu Beranang, Negeri Sembilan pada hari Ahad Jun 24, 2012.
    AL-FATIHAH


    Signature

    Isnin, 25 Jun 2012

    Mak hado? Kau hado? *riak, riak*

    Isnin, Jun 25, 2012 9 Comments


    Hehehe.. jangan makan hati okeh. Tak sangka haritu nak dapat parcel ni sebab Syana email mintak address baru kelmarin, alih-alih dah muncul. Sungguh laju service anda! I loike! Camni hang bleh mintak jadik rider kat Pizza Hut tau, konpem dapat! Hehe...

    Mari test tinge sendiri- hmm.. normal ke tu ek? Ke demam eden nih?

    Ekcelli mende ni ialah Ear Thermometer. Alahh, mende yang kena letak dalam tinge untuk cek suhu badan demam ke idok tu ler! Kat pasarankan mende alah ni cam mahal jek so bile Syana usha sape nak wat pre-order haritu-saya teruslah order! Lama gak la menanti- ade sebulan kot (ke kurang) tapi demi kedekut nak murah tak kesahlah kan? Benda ni penting tau untuk mereka-mereka yang ade anak-anak kecik cam saye ni haa... yessss kalau ade benda alah ni senang nak pantau suhu badan dorang bile dorang sakitkan? Hmmm.. harga dia RM65 aje sekali ngan postage. Murahkan? Itu yang kite sayang ngat ngan Syana ni haha... (dan, dan tu!) Tapi kalau korang nak order mintak maaplah ye. Saya amek petikan kata-kata Syana ni untuk renungan bersama hahaha...

    'aritu aku buat iklan pre-order korang xmo

    ni barang da smp baru nk tanya aku ada stok lagi tak
    mmg takde la kan..aku oder ngam2 jek utk org yg da bayar'

    Ahaks! Tak dapek mak nak nolong! To Syana, masehhhhhh...! Beli ye! *Suke, suke*


    Notakaki Saiz Tujuh:
    Entry ni saya tulis dari minggu lepas lagi tapi baru nak publish. Sekarang masih dalam mode sedih sebab kehilangan Big Boss saya yang kembali kerahmatulah semalam (Ahad 24hb Jun 2012) akibat kemalangan. Insyaallah akan menyusul entri mengenainya nanti.

    Signature

    Jumaat, 22 Jun 2012

    Al-Fatihah sahabat!

    Jumaat, Jun 22, 2012 7 Comments



    Khamis Jun 21, 2012
    Pegawai Komando TLDM Maut Selepas Jalani Latihan
    KEMAMAN: Seorang pegawai komando Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut, Perak dilaporkan mati mengejut dua hari lepas selepas selesai menjalani latihan di laut berdekatan Platform Alpha Tinggi, kira-kira 125 batu nautika dari perairan Kemaman.
    Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari ketika Lt Komandan Shamrus Che Dan, 37, menjalani latihan bersama anggota yang lain.
    Allahyarham dilihat berada dalam keadaan yang sangat letih selepas menjalani latihan dan kemudiannya pengsan.
    "Melihat kejadian itu, anggota pasukan yang lain terus meminta bantuan dan mangsa kemudiannya dibawa dengan helikopter untuk dihantar ke Lapangan Terbang Kerteh bagi mendapat rawatan di hospital.
    "Bagaimanapun sebaik tiba di lapangan terbang, mangsa disahkan meninggal dunia," kata Che Suza kepada Bernama.
    Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

    Untuk pengetahuan sume, arwah adalah rakan sekolah saya semase di Sekolah Menengah Teknik Ipoh dulu. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat arwah dan berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin, amin.

    Notakaki Saiz Tujuh:
    Masuk ni dah empat orang sahabat saya yang dah pergi menghadap-Nya. Sekarang tunggu giliran diri sendiri... semoga bersih dari segala dosa semasa nyawa ditarik hendaknya, amin!

    Signature
    Follow Me at flickr! .