Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 13 Disember 2016

KEGUGURAN- Apa yang perlu kamu tahu?


WARNING!
Entri ini mengandungi kandungan grafik yang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Harap maaf. Anda boleh memilih untuk meneruskan bacaan dengan atau tanpa melihat kandungan grafik tersebut. Terima kasih.


Terdetik untuk berkongsi pengalaman keguguran kali kedua ni sebab saya sendiri kekurangan info dan sumber rujukan ketika mengalaminya. Meskipun saya pernah keguguran sebelum ni iaitu pada tahun 2001 tapi keguguran tu tak setragis kali ni sebab masa tu janin baru berusia 2 minggu dan ianya cuma seketul darah  yang sangat kecil berbanding kali ini. Tapi masa tu pun sebenarnya saya tak sedar yang saya membawa janin. Tiba2 je suatu hari kawan kat ofis tegur sebab belakang saya lencun darah. Bila ke klinik rupanya saya keguguran. Masa d&c pun saya dipengsankan jadi saya tak dapat tengok rupa janin tu.


KRONOLOGI
Secara jujurnya... mengandung kali ni pun saya sebetuinya tak tau yang saya mengandung. Memang pada bulan Zulhijjah haritu (hari dimana doa Nabi Zakaria untuk dapatkan waris dimakbulkan Allah SWT), terdetik dihati betapa inginnya saya dikurniakan seorang bakal hafizah memandangkan saya sudah ada seorang bakal hafiz. Tak sangka pulak rupanya Allah makbulkan walaupun cuma untuk 77 hari. Bila saya lewat seminggu, saya assumed saya mungkin mengalami tanda menopos sebab mak saya dulu menopos masa umurnya 40. Jadi saya buat taktau sampai bila dah lewat sebulan dan ada perubahan fizikal, baru saya pergi beli upt kat farmasi dan test tu positif. 

Tapi, masih... memandangkan saya takde alahan lansung kecuali tetiba rasa cepat mengah dan dahi naik ruam, jadi saya tangguhkan nak buka buku dulu. Lagipun masa tu saya sibuk dengan booth, karnival, kursus etc... lansung tak pikir nak gi klinik.

Bila dah habis semua tu, hampir sebulan lebih baru saya pergi bukak buku dan masa scan babynya tak nampak lansung. Cuma ada kantung aje. Jadi saya masih tak berapa nak berharap. Ya, kalau korang jadi macam saya, dah 8 tahun last mengandung... tentu korang pun tak rasa nak berharap jugak.


TANDA2 AWAL KEGUGURAN

4 hari sebelum keguguran
-Saya terperasan keluarnya sedikit darah macam tali halus. Selera makan hilang.

3 hari sebelum keguguran
-Perut memulas dari pagi. Selera makan masih takde. Saya cuma makan kuih je dari pagi sampai malam. Sebelum nak tido malam tu, saya ingat saya salah makan jadi saya cuma sapu minyak kt perut.

2 hari sebelum keguguran
-Saya sepatutnya buat checkup yang kedua pada 17hb Dec 2016 tapi pada 2hb Dec 2016, tiba2 saya bleeding macam period hari pertama pagi tu. Saya pun teruih pi klinik dan masa scan, saya teruja nampak heartbeat baby tu walaupun babynya masih jugak tak nampak. Dokt kata bleeding ni mungkin temporary miscarriage tapi memandangkan umor saya yang dah 40 ni, dokt mintak saya balik berehat dan bertawakal banyak2 semoga semuanya selamat. Jadi itulah yang saya buat, balik, bertawakal dan lalui kehidupan seperti biasa.

Hari kejadian 4hb Dec 2016
-Paginya saya sempat lagi pergi kuliah macam hari ahad yang biasa dan balik tu saya cuma rehat dan gugel info2 pasal bleeding ni. Terus-terang, yang sebenarnya walaupun kat mulut saya ucapkan saya redha dengan apa saja yang akan berlaku, tapi hati saya tetap tanak lepaskan baby ni. Dan saya tak perasan benda tu sampai saya terbaca kat satu blog (saya dah lupa blog apa)... lebih kurang ayat yang ditulis, kalau baby tu nak pergi, lepaskanlah dengan sepenuh hati dan ingatlah, kalaupun dia pergi... itu bukan kerana salah ibunya tapi memang Allah telah rancang untuk dia tumpang rahim kita hanya untuk seketika.

Allahu... selepas baca ayat tu... dengan airmata menyesal sebab sebelum ni macam tanak terima hakikat bahawa saya mungkin akan kehilangan baby ni... tiba2 baru saya rasa redha yang seikhlas2nya dari hati untuk terima qada dan qadar bahawa jika Allah dah tulis yang saya akan kehilangan baby ini, saya akan kehilangannya... dan demi Allah... detik tu juga waktu saya berdiri bangun dari duduk... saya dapat rasa ada ketulan yang jatuh. Allahuakbar!


APAKAH TANDA KEGUGURAN DAN APA YANG PATUT DIBUAT SEMASA KEGUGURAN.

Bila saya periksa, ada seketul darah yang keluar di atas pad saya dan pada saat ni, taulah saya bahawa, ya... Allah sedang mengambil semula haknya. Tipu kalau saya kata saya tak sedih. Baru 2 hari lepaih dapat tengok jantung dia berdegup, tup tup hari ni dia ada atas tapak tangan saya. Memang menangis lama jugak la dalam tandas sambil minta maaf dengan baby sebab saya tak dapat lahirkan dia dengan sempurna. Untuk 10 minit yang pertama, cuma seketul darah tu je yang keluar dan saya sangka itu aje. Saya pakai pad baru dan salin kain baru tapi rupanya selang 15-30minit, berketul2 lagi ketulan darah yang keluar sampai 8 pad jugak saya guna (itupun kebetulan pad dewasa mak saya ada kat rumah ni. Guna pad biasa tak dapat menampung darah yang banyak keluar setiap kali ketulan tu jatuh). Dan akibat banyak sangat darah yang keluar, saya pitam sekejap tapi mujur, lepas saya sedar semula... saya minum susu kambing diblender dengan 2 biji kurma dan sedikit badam. Saya paksa juga makan sekeping roti dan lepaih tu baru saya sedar sepenuhnya semula. Tapi masa tu ketulan darah dah berhenti dan darah pun dah kurang jadi saya teruih rehat dan tidur. Esok paginya bila saya turun dari katil, keluar lagi 2 ketui darah yang terakhir dan selepas tu darah yg keluar kuantitinya serupa macam datang period aje tak sebanyak semalam.

Ni ketulan yang pertama sekali keluar

Ni ketulan yang saya kumpul sehingga malam

Korang, bila korang tengah mengalami proses ketulan dan darah yang banyak keluar, waktu ni sepatutnya korang cuma perlu baring dan rehat ye. Kesilapan saya ialah sebab saya ingat ketulan yang pertama keluar tu je yang akan keluar. Jadi selepas tu saya selamba je turun tangga tingkat bawah, siapkan dinner budak2 lagik! Lepas selesai tu saya pun pitam.


APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS KEGUGURAN

Memandangkan saya gugur dah lewat malam dan saya pun dah tak berdaya nak ke klinik atau hospital, maka esok harinya baru saya ke klinik. Tapi sebelum tu saya pergi berurut dulu untuk pastikan semua ketul darah tu keluar. Ingat ya, kalau dah pasti 100% tak lagi rasa ada ketulan darah akan turun, baru pergi mengurut. Kalau tak, JANGAN! (Hint dia senang je. Kalau masih banyak darah turun, bermakna masih ada lagi ketulan darah yang tersangkut. Darah yang banyak tu macam air paip tu tau banyaknya. -Kredit to makcik urut yang bagi tips ni).
Ok so lepaih urut, baru saya pergi klinik untuk scan semula dan alhamdulillah dokt kata memang dah kosong, ketulan darah pun dah takde dan rahim saya pun dah kecut. Jadi saya tak perlu d&c dan cuma balik rumah mula berpantang aje.


BAGAIMANA CARA MENGURUSKAN JANIN YANG GUGUR

Mengikut pandangan mazhab Syafi’ie; bayi atau janin yang lahir sebelum berusia enam bulan (di dalam kandungan), jika terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis, bergerak, bernafas atau sebagainya), hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan serta dikebumikan kerana telah diyakini bahawa kematiannya berlaku setelah ia hidup. Jika tidak terdapat tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat; jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan), hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disolatkan.
Jika belum kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin belum berusia empat bulan), maka memadai membasuhnya sahaja (untuk membersihkan dari darah), kemudian dibungkus dengan kain atau sebagainya dan ditanam. Tidak perlu dimandikan dan disolatkan.

Kesemua ketulan dibersihkan dan sedia untuk ditanam

BERAPA LAMAKAH TEMPOH BERPANTANG?

Ikut korang tapi dokt dan makcik urut sarankan 14 hari pantang berstokin, berbengkung dan bertungku. Tapi makan kena lebihkan hari pantangnya. Mak suruh saya pantang makan 60 hari. Tiap2 hari dia tepon checking saya makan apa huhu... takleh nak ngelat!




BILA BOLEH SOLAT SEMULA?

Ada banyak pendapat yang saya baca. Ada yang kata 14 hari, ada yang kata sampai berhenti darah tapi alhamdulillah saya ada guru saya sebagai rujukan. Katanya untuk kes saya iaitu janin yang kurang usianya 120 hari, sebaik saja ketulan darah habis keluar, maka darah yang menturutinya selepas itu ialah darah haid jadi ikut kebiasaan tempoh haid kita. Misal contoh, kitaran haid saya biasa 7 hari, maka hari ke8 dah boleh mandi dan solat macam biasa. Tapi kalau darahnya tetap keluar dan melebihi tempoh kebiasaan saya iaitu lebih dari 7 hari, maka boleh teruskan mandi dan solat pada hari ke8 juga sebab darah yang kemudiannya dikira sebagai darah penyakit.
Berbeza dengan janin yang sudah melebihi usia 120 hari, maka darah tu dikira darah nifas jadi kena tunggu sampai habis nifas sebelum boleh mandi dan solat semula.


APAKAH PERASAAN SEDIH ITU NORMAL?

Menurut Dr. Zubaidi, perasaan sedih ketika menghadapi musibah itu adalah suatu yang normal. Nabi SAW juga pernah kesedihan ketika kematian anaknya, Ibrahim. Namun kesedihan baginda hanyalah mengalirkan airmata dan tidak diiringi dengan ratapan. Menangislah... itu adalah nikmat Allah menciptakan airmata sebagai pelepas kesedihan.
Tapi jangan la dok tengah dok sedih-sedih tu pi pasang lagu Intan Sarapina pulak. Banyakkan berzikir dengan ayat-ayat dari surah dalam Al-Quran yang kita hafal, insyaallah boleh membuatkan kita redha.


PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT DARI UJIAN NI

Tolong INGAT, INGAT, INGAT!!!... Bila kita keguguran, itu bukan sebab kita yang tak jaga kandungan, bukan sebab kita yang lasak, tak reti nak dok diam2, bukan sebab kita tak jaga makan....

BUKAN SEBAB SALAH KITA tapi...

baby tu dah cuba untuk survive dalam rahim kita semampu yang boleh CUMA dia yang tak mampu bertahan. Sampai masanya bila Allah kata ok harini hari terakhir kamu dalam rahim sipolan maka pulanglah semula ke syurga.

INGAT! 
KITA MERANCANG. ALLAH JUGA MERANCANG. TAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG THE BEST AMONG ALL.

Akhir kata, saya harap pengalaman saya ni dapat memberi manfaat untuk yang memerlukannya. Terima kasih tak terhingga saya kepada owner 2 blog ini yang saya sempat baca dan jadikan rujukan sebelum keguguran haritu iaitu: -


Terima kasih juga kepada semua keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang mendoakan saya dan tak berhenti memberi kata semangat untuk saya bangkit semula. Syukran, jazakallahu khairan katsira. Ketahuilah bahawasanya, walau cuma kata-kata tapi ianya amat bermakna untuk saya.

Dan pastinya syukur, terima kasih yang sangat tak terucap untuk keluarga saya terutamanya pak ustad dan Maria yang membantu saya menghadapi saat kesedihan tak diduga itu. Tanpa mereka, saya taktau apa jadi pada saya masa tu.

Sesungguhnya apabila Allah menghendaki maka berkatalah ia, jadilah. Maka jadilah ia.
Allahuakbar!

Sebuah catatan khas buat anak syurgaku, Saidatul Nafeesa kerana kesudianmu menumpang rahim ummi dengan penuh kasih-sayang selama 77 hari yang indah.

65 ulasan:

  1. Itu yang za cuba hadam dalam hati za kak farah biarpun sakit. Perit. Hampir 9 tahun za tunggu dia hadir dlm rahim za..

    BalasPadam
  2. da boleh tahu jantina ke sis? sy baru keguguran, الحمدلله masuk ubat jer, tak perlu dnc ,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taktau pun jantinanya tapi nama tu memang dah lama simpan in case mengandung. Alhamdulillah mudah urusan awak :)

      Padam
  3. salam takziah puan..saya baru sahaja keguguran pada hari jumaat..iaitu hari ini..Allahu, sakit sedih seorang ibu ni mmg perit..hanya Allah yg tahu..betul apa yg puan kongsikan tu..31/1 sya scan utk 7weeks, tngok heartbeat anak sya..tetapi tiada.. baby tidak berkembang..malah jantung tak ada.. doc sarankan dtg lg semingu untuk check..if tak ada juga kena buat d&c..sya still xputus asa..sya pegi juga klinik swasta pakar sakit puan malamtu..sya check, baby laru tarikh dgn last period sya..jarak 3mnggu..scan, ukuran baby seusia 5weeks..tp sebelum tu mcm ad bleeding skit..but sya tngok mcm ok sbb tk sakit..doc kasi ubat kuatkan rahim..mlmtu mkn, then esok (jumaat) lepas breakfast pn makan .. dijadikan cerita, bleeding lg..sya bgtahu husband, dia bwa ke klinik pakar rahim smlm utk rawatan..scan, rupanya janin mengecil...dpd 19.9mm turun ke 18.1mm..Allahu..air mata saya tak henti2 pada saat tu..doc check guna mulut itik, dia ckap ada keputihan yg melampau dan tiada apa2 tanda bukaan..smpai ada kulat..Then doc kasi ubat keputihan..smpai dirumah, saya rehatkan diri, saya bercakap dengan baby yg sya redha pemergian dia..walaupun Allah pinjamkan selama 7mnggu sahaja, sya redha..and sya terima pemergian dia..selang beberapa mnit, sya cramp perut, pergi toilet..hmm, isi keluar bersama darah...sgt banyak..ketulan darah mcm isi ikan keluar..then, xkeluar darah dh
    ... skrg just tnggu husband balik then nkg refer doc..sya bersedia terima d&c..walaupun perit utk terima, ttp sya akur akan ketentuannya..Jumaat yg mulia sya kehilangan anak sya..semoga dia berdoa utk kami sekeluarga...terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahuakbar macam sama je kita kan. Rezeki dapat ujian cenggini, alhamdulillah.

      Padam
  4. Salam takziah. Sy pun akn mgalami nasib yg sama.23hb nt akn dnc jika x gugur sndiri dan ini merupakan keguguran ke 4 berturut2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga semuanya berjalan dengan lancar & sabar ye.

      Padam
  5. Terima kasih diatas perkongsian. Saya pun baru sahaja gugur n keluar seperti perut ikan. Betul.. masa scan doktor kata heart beat takde n baby kecil tak mengikut seperti weeks yang sepatutnya.

    Masih mengharap keajaiban berlaku. Solat hajat, berkali.. last sekali, saya akur bila bleeding berterusan. Saya akur, seandainya gugur, saya redha. Seandainya masih ada, rezeki buat kami. Saya redho gugur buat kali kedua. Dan bersyukur 3 orang anak masih disisi saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun sama mcm sis.baru lepas keguguran 18/3 ari tuh.size baby xberkembang patot 10w tp size 6w.heart beat pun xada..bleeding start dr warna coklat smpi laa warna merah.dan baby pun keluar sndr.

      Padam
    2. Alhamdulillah syukur semuanya selamat.

      Padam
  6. Saya baru lepas buat D&C 19/04..sy x gugur..tapi bila scan kantung kosong je..janin xde..xde rs sakit ape²..bleeding pun xde..dah 12week..Tuhan je tahu perasaan masa tu..yela, tak sangka ingatkan ade baby..rupanya xjadi..so buat d&c, buang kantung..alhamdulillah skrg ok..xde rs sakit pun..masih berpantang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpelah kan dah ujiannya gitu. Moga kembali sembuh.

      Padam
  7. Saya nie lewat period n then p cek pregnancy testlah...alhamdullilah positif..beberapa Hari kemudian keluar ketulan darah tapi xlah byk sgt..p klinik scan baby...doctor kata kantung Ada tapi degupan jantung baby xda hanya kantung Kat perut..doctor ckp mungkin xdpt detect degupan lagi sebab kandungan masih baru berusia 7 minggu..Saya minta pendapat pada semua..adakah darah yg keluar sebelum tu keguguran?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik bertanya pada yang pakar (rujuk dengan doktor). Setiap kita berbeza dan mungkin sama pengalaman gugur. Moga ok aje kandungan awak ye!

      Padam
  8. Terima kasih atas perkongsian..saye baru je keguguran dlm usia kandungan 7 minggu..Mase mula2 nak buat buku merah kandungan dh pun sebulan Dan scan tapi dokter Kate baby Dan kantung masih x nampak Mase tu mungkin baru lagi..pada 31/5 sebelom berbuka puase saye Mandi Dan Ada kesan darah berwarna hitam tetapi Perot Mase tu xde rase sakit atau memulas..mula2 ingat hanye biase tapi suami jadi risau Dan pagi subuh selepas bersahur 2/6 suami bawa pergi hospital..suami hantar ke emergency Dan meraka scan tpi mereka x cakap apa2 cume suruh tunggu diluar dulu..selepas jam 9 pagi saye dipanggel semula untok scan sekali lagi..mule2 scan biase lepas 2 Dy masok kn camra bawah pulak..Mase tu hati saye betol2 gelisah..dokter cakap kantung Ada tp degupan jantung baby xde n Ada sedikit kesan darah dekat kantung..dokter Saran Kan saye bersabar Dan tunggu 14/6 untok scan lagi mane tahu sekarang baby masih xnmpk mungkin masih kecil..balik dari hospital saye menagis semahunye mengharapkan Allah 2 xkan ambil baby saye..sye cube bertenang untok tggu 14/6 nanti..tapi sayang, 3/6 mlm Mula Ada ketulan darah tetapi Perot masih x sakit..saye dh mule risau lagi Dan saye kuat kn hati untok redha atas apa yg jd..4/6 Perot dh mule mcm memulas Dan petang tu saye ajak suami ke hospital semula..saye pergi ke emergency sekali lg Dan Kali Ni sye dh dapat rasa Kan Allah akan ambil baby Ni dari saye..selepas tu dokter scan bawah Dan dokte Kate Rahim dh mule penoh darah ini bermakne saye keguguran tetapi x perlu cuci sebab ia akan keluar sendirinye..saye ditahan ward untok pemantauan..5/6 petnangnye bile dokte Kate saye dibenarkn keluar saye dh mule tenangkan diri untok teros kn hari2 saye seperti biase..dlm Mase yg same saye juga xnk suami terasa hati atas kehilangan..saye balik Dan berpantang..5/6 tegah malam bile saye buang air Ada ketulan seperti daging tapi xnampak pun bentuk baby.. sye bagi tahu suami Dan kami agak itu adalah janin Nye..so kami sepakat untok kebumi Kan je dengan balut Kain putih Dan tanam..tapi 8/6 sekarang darah masih ada mcm datang haid..saye x tahu darah tu adalah lebihan kantung atau baby ke apa..saye cume redha je sebab dokte Kate kalau tumpah darah penoh pad baru dtg semula ke hospital..tapi dalam keikhlasan saye menerima takdir Allah Ada je mulut2 yang mengatakan saye buat kerja berat,xjage betol,slh sye la Dan mcm2 sebab tu gugur..lagi2 yg Kate tu adalah family belah suami..bile timbul kate2 yg xsedap didengar saye mule rase nak berdiam sorang diri tanpe diganggu..apa lah salahnye mereka anggap ini adalah ujian Dan bg semangat dekat saye..sye betol2 xfaham kenape la mereka seolah2 menyalah kn sye sepenuhnye..hati saye kuat ckp mungkin anak itu nak jd salah seorang anak syurga sye mungkin dy la yg menunggu saye di akhirat nanti tapi bile degar sane sini cakap sye xblh terima..saye juagk x blh duduk terperap sebab sye takot saye beremosi tapi mereka cakap seolah2 saye seronok atas kehilangan..xde sape yg mahu jd Nye mcm Ni lagi2 nk sambut Raya tapi semuanye dh tertulis Dan sekarang saye seolah2 dalam dilema.....walaupun sya x sempat melihat anak itu sempurna tapi saye tetap mama kn ia nurul iman..semoga dia menjadi anak syurga yg disygi Allah ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua yang Allah beri dan ambil adalah ujian. Asbabnya saja boleh jadi dalam pelbagai cara tapi bukan kuasa kita pun kan nak jadi musibah. Ingat satu je, Allah buat semua benda untuk kita sebab Dia Sayang Kita :)

      Padam
  9. Sy bru abis pantang .. Kes sama . Da masok 11w tp tkde heartbeat so doc d&c hari sabtu ptg tu ... Tp sy tk tau lgsg psl amik darah beku atau yg sepatutnya di basuh dan ditanam.. Semua hospital da amik buang .... Bila terbaca sesetengah komen kata kena amik dan tanam ... Tp sy tidak ... Tk ape ke .. Sedih terkilan nyesal pn still ade lg .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe redha je. Maknanya memang itulah yang Allah dah aturkan untuk awak ok.

      Padam
  10. Lg 1 sy nk tau psl hal sembahyang... Bila bole solat tp darah masih keluar walaupon ia darah kering mcm nk abis tp sy waswas nak mandi n solat mcm biasa psl takot salah. Bole terangkan bila bole solat ape kena buat utk ibu yg hamil keguguran(kantung kosong) ia dikira darah nifas atau darah haid ?? Bantu saya please

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rujuk ni ye: sebaik saja ketulan darah habis keluar, maka darah yang menturutinya selepas itu ialah darah haid jadi ikut kebiasaan tempoh haid kita. Misal contoh, kitaran haid saya biasa 7 hari, maka hari ke8 dah boleh mandi dan solat macam biasa. Tapi kalau darahnya tetap keluar dan melebihi tempoh kebiasaan saya iaitu lebih dari 7 hari, maka boleh teruskan mandi dan solat pada hari ke8 juga sebab darah yang kemudiannya dikira sebagai darah penyakit.

      Padam
    2. Terima kasih atas perkongsian...apa yang saya faham..tak kira berapa usia kandungan..sekiranya gugur, darah yg keluar tetap dipanggil darah nifas..tunggu sehingga betul2 habis baru boleh solat. ..bole rujuk video ust azhar berkaitan keguguran.

      Padam
    3. Terima kasih atas perkongsian. Ye betul sebaiknya dapatkan pendapat dari ramai guru. Dan lagi baik guru yang boleh bagi nasihat berdepan.

      Padam
  11. Assalamualaikom sis... sis gugur brapa weeks ye masa tu??

    BalasPadam
  12. ssaya tghenunggu hari... doc baru sahkan saya keguguran 29/8/19. bayi saya tiada heart beat. saya meninggu hari untuk gugur sendiri. harap saya dipermudahkan. saya redha semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah awak kuat. Moga semuanya dipermudahkan.

      Padam
  13. Saya gugur 17 weeks. G checkup baby dah 2 hari x gerak. 😭😭😭. Masih tunggu baby keluar..perut belum sakit lagi cuma ade kuar darah sikit jer. Seminggu lagi x kuar..doktor suh induce.

    BalasPadam
  14. Saye pun baru keguguran 6weeks pregnancy semalam, 23/9. Asalnya keluar brownish spotting pada 19/9, satu drop je waktu tu. Tiap kali kencing, keluar darah saiz benang
    halus bersama lendir. Masa tu dah rasa xsedap hati tapi cuba fikir itu normal dan ia adalah proses penempelan baby di dinding rahim. Tapi spotting still berlanjutan selama tiga hari beturut iaitu sehingga 21/9.Sy bgtau suami, kalau hari ke4 masih kua spotting, saye nk jumpa doctor utk scan baby. Bila masuk hari ke4, 22/9 subuh, darah dah mula merah dan penuh satu panty liner. Terus siap2 ajak suami jumpa doc. Doc scan atas, masih xnmpak pape kecuali rahim tebal. Then, dia scan guna camera melalui vagina and nampak tiny dot. Doc cakap tu kantung, tp still xnmpk baby. Sbb masih kecikkkk. Masa tu perut dah cramp mcm period pain. Bila doc tarik kua camera , darah makin byk sampai kena tukar pad. Doc bagi duphaston utk kuatkan rahim, walaupun sy tahu masa tu dah terlambat nk makan duphaston. Esoknya, 23/9 darah dah mcm period n mmg masih lagi kena pakai pad. Masa tu dalam hati kata, redha kalau baby nk pergi. Seharian xlalu makan sampaila pukul 4pm terasa seketul darah zupp kua dari bawah. Allahu, saye cuba pegang dah basuh,nampaklah little janin yg dah ada kepala, badan and tali pusat. Saiznya sgt kecik, antara hujung jari telunjuk hingga hujung jari tengah. Ya Allah, sedihhnya menangis sambil buat kerja kt ofis..bawa balik rumah and suami balut dgn kain putih and tanam. mudah2an lepas ini Allah kurniakan kita semua zuriat yg sihat sempurna dgn belas and izin Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subhanallah.. dah nampak bentuknya ye. Alhamdulillah semua dah selesai dengan mudah. Moga awak cepat sembuh ye.

      Padam
  15. Salam takziah.. .Macam saya ..Lewat period ..Buat upt double line ..slps smnggu buat upt 1line n kluar darah ...Kwmungkinan baru 5week . Sy tak pergi ke klinik n xberpantang.. .Adakah akan ada effect pada rahim ?Risau jgk ..Tapi baru 5week..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaiknya refer dengan doktor untuk jawapan yang tepat sebab doktor akan scan tengok ada lg ke tidak darah yang tetinggal dalam rahim. Bahaya kalau masih ada yang tertinggal kt dalam tu. Berpantang pun sebenarnya untuk kekuatan kita masa dah tua ekcelli. Masa muda kuat memang kita rasa ok tapi effect tak berpantang tu kita akan rasa bila umur dah mula masuk 40 gitu.

      Padam
  16. Sya juga baru keguguran.. 10 week mcm tu umur kandungan. Seminggu sblm keguguguran bleeding spot coklat then pas tu merah jumpa Doc dah nampak kantung dan yg buat sya gembira its twin.tpi darah tu mkin hari mkin terang warna nya fresh.mlm tu perut belah bawah kiri sakit sangat. Gi kencing air dlm mangkuk tandas jdi merah. Hanya Tuhan yg tahu perasaan itu.. gi hospital doc buat scan dan kata kandungan gugur kantung pun dah tak de. Cek upt pun dah negative. 2 kli doc cek upt. Yg merisaukan sya perut ni sakit je tpi darah dah stop. Sya tak buat Dn c sebab ingat kan nak buat kan sabah nanti. Sebab esok flight sya.perut ni sakit jk bila jln. Tpi sya dah mula pantang.. kenapa darah cepat stop.. bila kah kantung itu? Perut sakit 😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu... sabar ye. Better gi rujuk spital tau sebab ada rasa sakit. Moga semua urusan awak dipermudahkan, amin yra!

      Padam
  17. Assalamu'alaikum saya juga baru lepas keguguran masa tanggal 2 ni kluar ketulan darah pgi klinik dokter sah kah keguguran. Skrang darah tiada kluar.. Tapi bila masuk kan kapas ke dalam kemaluan masih ada warna coklat muda .. Dan skrang kekuningan ..ada kah saya sudah boleh solat atau belum ada kah sudah bersi dari nifas atau belum.. Saya bingung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Refer entri saya ni:
      BILA BOLEH SOLAT SEMULA?

      Ada banyak pendapat yang saya baca. Ada yang kata 14 hari, ada yang kata sampai berhenti darah tapi alhamdulillah saya ada guru saya sebagai rujukan. Katanya untuk kes saya iaitu janin yang kurang usianya 120 hari, sebaik saja ketulan darah habis keluar, maka darah yang menturutinya selepas itu ialah darah haid jadi ikut kebiasaan tempoh haid kita. Misal contoh, kitaran haid saya biasa 7 hari, maka hari ke8 dah boleh mandi dan solat macam biasa. Tapi kalau darahnya tetap keluar dan melebihi tempoh kebiasaan saya iaitu lebih dari 7 hari, maka boleh teruskan mandi dan solat pada hari ke8 juga sebab darah yang kemudiannya dikira sebagai darah penyakit.
      Berbeza dengan janin yang sudah melebihi usia 120 hari, maka darah tu dikira darah nifas jadi kena tunggu sampai habis nifas sebelum boleh mandi dan solat semula.

      Padam
  18. Assalamualaikum wbt
    Saya dah 2 kali pgi klinik, 29hb1 pgi buat buku,scan masih xnampak refer lagi smlm 13hb 2, scan masih juga xde.....hanya kantung shj yg ada....masih kosong..28hb ni kene pgi lagi...harap2 masih ada harapan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam wbt. Insyaallah, apa saja yang Allah bagi mahupun ambil itulah yang terbaik untuk kita, ok! Saya doakan semoga semuanya dipermudahkan, amin yra!

      Padam
  19. Hi salam puan. Boleh sy tahu selepas janin jatuh, semasa darah ketul tu dah stop keluar, masih sakit lagi tak yg macam tarik2? Ataupon masih ada yg tsangkut lagi darah? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah abeh kuar tak rasa sakit dah. Makcik ngurut kata kalau masih rasa sakit dan darah masih belum brenti maknanya masih ada lagi ketul yang belum jatuh.

      Padam
  20. Hai.. Sy pun alami kgguran 2 hari lepas. Kndungan bru 4 mggu... Belum rezeki... Darah yg keluar ktika kguguran usia kndgn bwh 10 mggu dikira darah haid... Maka klu habis awal leh solat dah... Klu smpi ke hr 15 blum habis... Hari ke16 baru Ia dikira darah istihadhah... Klu blum smpi 15 hr... Masih mai walau kbiasaan kita haid 7 hari, hr ke8 ttp dikira haid... Smpi hr ke16 baru isthadah... Maka kena solat dah... Klu kguguran kndgn atas 10 mggu ia dikira darah nifas... Habis baru boleh solat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pmbtulan ya... Maksimum 14 hr haid... Ke 15 bru dikira istihadhah... Darah penyakit

      Padam
  21. http://drzubaidi.com/blog/darah-haid-darah-nifas-atau-darah-istihadah-selepas-keguguran/

    BalasPadam
  22. Pembetulan... 14 hari ja... Maksimum darah haid... Hr k15 bru istihadhah

    BalasPadam
  23. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3762-irsyad-al-fatwa-siri-ke-326-status-darah-semasa-keguguranra

    BalasPadam
  24. Salam, sy nak tanya sy pn rasa mcm alami keguguran..sbb dh seminggu bleeding bila scan doc ckp nampak kantung je, mula2 kuar flek coklat je tp skg dah mcm period.. nak tanya jika ada kantung je buat test mmg akn kuar 2line lg ke? 29hb nanti baru kena check balik.. jd pendarahan yg mcm period ni sy abaikan ke atau xperlu tggu tarikh yg dibagi sy perlu rujuk ke doctor? Harap dpt pencerahan sy dlm dilema, sedih😭😭tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak saya tak cek pulak lepas bleeding tu masih 2 line atau tidak sebabnya memang darah terus turun banyak sangat & dengan ketul darah. Yang terbaik ialah pergi dapatkan jawapan dari doktor yang biasa rawat awak tu ye. Saya doakan awak okay!

      Padam
  25. Assalam hi farah debb..sye rase positif lps bace blog ni sbb keguguran jgk,dah abis seminggu nifas dn dah puasa pon,tibe2 hrni ada kluar spotting coklat sbb sy byk brgerak dn kerap guna tenaga buat keje,dikira darah apa tu yea? Musykil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm wbt.. kalau ikut kata guru saya itu darah haid. Tapi memandangkan hal ni merupakan hal yang khilaf maknanya banyak pendapat, awak boleh jugak usaha untuk carik mana-mana guru yang boleh beri jawapan lebih jelas.

      Padam
  26. As salam.. Sy juga baru lepas keguguran 2/5/20 yang lepas.. Lepas baca post blog ni sy rasa tenang.. Ade hikmah disetiap kejadian yang telah Allah rencanakan.. Terima kasih kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah awak think positive. Memang susah kan nak terima tp alhamdulillah Allah sayang ngat awak :)

      Padam
  27. Assalam..saya baru alami keguguran..tp masalahnya xtahu brapa week..sebab baru check upt 5hari Lepas..tapi tanda2 Hamil mual dan mngidam dah agak lama jugak...sampaikan dapat rasa ada detakan Dalam perut..allahhu..😭😢mula memang x ready for this baby..but when it's gone betul2 buat saya menangis..rsa kehilangan sangat..rasa bersalah Dan menyesal ..😢😢.perlu ke saya pergi check hospital..masih bleeding lagi..mcm haid pun Ada..tapi sakit perut tu lebih Dari haid..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm wbt... Allahu sedihnya huhu.. baik awak gi cek spital. At least depa lebih arif nak buat apa ye.

      Padam
  28. Assalamualaikum kak, terima kasih atas sharingnya kak, setelah baca ni, saya merasa tenang dan mengikhlaskan semua. Terima kasih kak

    BalasPadam
  29. sy pregnant 8 mggu baru scan baby sihat,tp bru turun darah berketol da 2 hari....tp sy buat upt msih dua line
    soalan sy sy kguguran ker😭sbb ad kuar darah berketol

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik awak terus direct gi cek kat spital sebab benda melibatkan nyawa macam ni saya tak pandai nak nasihat sebab ilmu takde just ikut pengalaman je.

      Padam
  30. As salammualaikum...terima kasih sudi berkongsi pengalaman. Saya pun 2 kali mengalami keguguran. kali pertama..sy tak sedar sy pregnant kerana sy makan ubat perancang selepas kelagiran pertama. Ter “miss” 2hari..x sngka lekat... then asbab nye sy terjatuh sms bermain dgn ank sulung... 2 hr lepas tu..start bleeding..g klinik doc kata ada potensi tanda keguguran akhirnye kena dnc jg. Sedih hnya Allah yg tahu...tp kuatkan hati ...Mungkin blm rezeki ..Allah nak bg yang lebih baik InsyaAllah...setahun lepas tu..Alhamdulillah lekat lg...tp masuk 6mnggu...g scan sebelum nk buka buk merah... doc kata imej bulatan janin x berapa cantik..n xde denyutan jntung..doc bg ms 2 minggu utk lihat prkembgn seterusnya..tp dlm ms 4 hr kmdian..dh mula turun blood spot...rs luruh jantung...lepas tu esoknye mula turn ketulan2 drh..hati rs x senang...ajak suami g jumpa doc..scan semula..doc tjk.imej janin yg dh mula pecah2 dn menghala ke pintu rahim...doc kata janin dh mula turun dgn sendiri...doc suruh rehat jgn byk bergerak..kena pastikan ianya keluar habis..kalau x membahayakn diri ibu...sekiranya pendarahan sgt teruk..sy perlu terus ke hospital....2 hari lepas tu pendarahn makin berkurang..sy kembali semula ke klinik scan。doc kata dh complete miscarriage....so x perlu dnc.perasaan tu x tahu nk gambarkn mcm mn...sy memg berharap utk hamil lg..berhasrat utk dptkn anak lelaki...Sush juga nk pujuk hati...yg pelbagai rasa..bila tengok rakan di tempat kerja yang hamil..rs sedih bersarang di hati...tp bila saya kongsikan rs dgn ibu...ibu pesan hnya Allah yang tahu ape yg terbaik dan yang perlu untuk kita...sebaiknya kita redha dgn ujian yg diberi...dan ikhlS menerima. Barulah kita akan lega..saya pun akur dgn nasihat ibu..dan cuba fikir dr sudut positif dan belajar redha menerima. InsyaAllah sy mohon dipermudahkn semuanya. So rkn2 yg senasib...jgn berputusasa..jgn menyalahkn diri sendiri...kita adalah hambaNya hanya mampu merancang....Hanya Allah yang berkuasa ke atas sgl sesuatu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi sis. sy pn baru mengalami keguguran pd 4.2.2022 @10w2d. seminggu sebelum tu dah mula ada serpihan darah berlendir & bertali. tp keluar dlm qty x byk & ketika kencing shj. makin lama makin bertambah sehingga kotor jugak pantiliner tu. sehari sblm keguguran, sy pergi scan di klinik swasta. janin masih ada tp xda heart beat. doc nk repeat scan lg 2week.

      hari kejadian, masih ada darah yg sama ketika kencing. pagi ada sedikit ketulan darah spt darah ikan tu. buat kerja rumah spt biasa sbb masih lg cuti CNY. petang, dlm pukul 3 ada sikit rasa x selesa, krem pd perut. tp masih boleh tahan. sy baring shj. dlm tempoh sejam. kmdn pukul 4.30 ketika nak mandi, sy dapati pantiliner ada sedikit darah fresh. sy dh mula x sedap hati & ajak husband ke hospital utk tindakan lanjut.

      dlm perjalanan sy rsa sedih, xtahu kenapa..seolah dpt rasa sy xdpt pertahankn kandungan ni. husband drop di bhgn kecemasan & pulang bersama anak2. sy bwk keperluan siap2 spt baju utk warded. msa menunggu utk pemeriksaan, pad sy dh bocor dgn darah. tp xsakit. masa sampai di LR utk scan, sy minta kebenaran nurse utk tukar pad dulu & ketika di toilet keluar darah beku sebesar tapak tangan diikuti darah yg meleleh2. sy tekan2 cuma ketulan darah & buang semula dlm mangkuk tandas ttp ada ambil gambar utk rujukan.

      sampai di bilik scan, sy bagitahu nurse & doktor. kmdn masa scan ada keluar kantung. doc bagitahu perlu admit wad utk pantau jika rahim dah kecut keesokannya boleh balik. jika tak perlu refer hospital besar utk cuci. sy tidak mendapat sebarang suntikan mahupun ubat. 1 malam bermalam di wad. esoknya 5.2.2022 scan doc kata rahim dah mengecut so boleh balik.

      sy masih alami pendarahan fresh & stop selepas bbrp hari. cuma darah lendir seperti bebenang masih ada sehingga pagi ni 15.2.2022, masa sy bangun sblm subuh & buang air, masih ada ketulan darah pejal & keras sebesar ibu jari kaki. agak mengganggu fikiran juga kerana proses keguguran sy dah 11hari.

      Padam
  31. As salammualaikum...terima kasih sudi berkongsi pengalaman. Saya pun 2 kali mengalami keguguran. kali pertama..sy tak sedar sy pregnant kerana sy makan ubat perancang selepas kelagiran pertama. Ter “miss” 2hari..x sngka lekat... then asbab nye sy terjatuh sms bermain dgn ank sulung... 2 hr lepas tu..start bleeding..g klinik doc kata ada potensi tanda keguguran akhirnye kena dnc jg. Sedih hnya Allah yg tahu...tp kuatkan hati ...Mungkin blm rezeki ..Allah nak bg yang lebih baik InsyaAllah...setahun lepas tu..Alhamdulillah lekat lg...tp masuk 6mnggu...g scan sebelum nk buka buk merah... doc kata imej bulatan janin x berapa cantik..n xde denyutan jntung..doc bg ms 2 minggu utk lihat prkembgn seterusnya..tp dlm ms 4 hr kmdian..dh mula turun blood spot...rs luruh jantung...lepas tu esoknye mula turn ketulan2 drh..hati rs x senang...ajak suami g jumpa doc..scan semula..doc tjk.imej janin yg dh mula pecah2 dn menghala ke pintu rahim...doc kata janin dh mula turun dgn sendiri...doc suruh rehat jgn byk bergerak..kena pastikan ianya keluar habis..kalau x membahayakn diri ibu...sekiranya pendarahan sgt teruk..sy perlu terus ke hospital....2 hari lepas tu pendarahn makin berkurang..sy kembali semula ke klinik scan。doc kata dh complete miscarriage....so x perlu dnc.perasaan tu x tahu nk gambarkn mcm mn...sy memg berharap utk hamil lg..berhasrat utk dptkn anak lelaki...Sush juga nk pujuk hati...yg pelbagai rasa..bila tengok rakan di tempat kerja yang hamil..rs sedih bersarang di hati...tp bila saya kongsikan rs dgn ibu...ibu pesan hnya Allah yang tahu ape yg terbaik dan yang perlu untuk kita...sebaiknya kita redha dgn ujian yg diberi...dan ikhlS menerima. Barulah kita akan lega..saya pun akur dgn nasihat ibu..dan cuba fikir dr sudut positif dan belajar redha menerima. InsyaAllah sy mohon dipermudahkn semuanya. So rkn2 yg senasib...jgn berputusasa..jgn menyalahkn diri sendiri...kita adalah hambaNya hanya mampu merancang....Hanya Allah yang berkuasa ke atas sgl sesuatu

    BalasPadam
  32. Salam..kalau 10minggu gugur kena tanam ye ketulan darah yg keluar tu?

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .