Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label challenge. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label challenge. Papar semua catatan

Selasa, 4 September 2012

myChef's - Gourmet Blog Challenge: Pau Ayam Kalio

Selasa, September 04, 2012 12 Comments


Produk myChef's inspirasi dari Chef Ismail ni rasanya hampir nak sama dengan rendang samah yang mak saya selalu masak tapi mak saya kata itu rendang style orang belah-belah utara nun. Tak sangka rasa Ayam Kalio tu hampir sama dengan masakan mak saya so memang saya bagi 10 bintang la kan! Hehee... Oleh sebab rasanya yang sedap itu, akhirnya terkeluarlah pulak idea nak jadikan hidangan Ayam Kalio ni sebagai hidangan petang iaitu- Pau!

Cam biasa meh nengok bahan-bahan yang wajib ade ye: -


Bahan-bahannya: -


  • 1 kotak myChef's Ayam Kalio
  • 4 biji kentang- direbus bersama 1 sudu besar garam sehingga lembut dan ditoskan.
  • Tepung pau segera Green Grass



Cara-cara membuatnya: -


  • Panaskan myChef's Ayam Kalio dengan menggunakan ketuhar mengikut aturan pada kotaknya. Kalau nak lebih senang, buat macam saya je- panaskan dalam kuali! Thee... Bila dah cair dan panas semuanya, keluarkan dari kuali dan carik-carikkan ayamnya menjadi cebisan kecil. Jangan lupa untuk keluarkan semua tulang-tulang ayam, daun limau purut dan serai yang terdapat dalam kuah tu. Kalau tak, kang ade yang makan pau tercekik tulang haha...! (Okeh, tak lawak...) 
  • Bila dah pasti tinggal isi ayam ngan kuah aje, bolehlah tuangkan dalam bekas berisi kentang yang dah direbus tadi tu ye. Lenyek-lenyekkan ubi tu bagi hancur sket dan sebati ngan ayam kalio tadi okeh.

Lepas boh inti, rehatkan dia supaya dia gebus ye...


  • Sementara tunggu inti sejuk, korang bolehlah preparekan paunya. Saya pakai pau instant Green Grass je sebab seumo idup ini kali pertama wat pau hehe... Oleh sebab itu sebelum tak jadik dan kena gelak ngan budak-budak, baiklah tayah amek risiko kan? Haha... (alasan... walhal malas) Okeh, lepas korang dah uli dan rehatkan doh pau tu sampai gumuk (saya biarkan sampai 30 minit) korang bolehlah bahagikannya kepada 15 biji doh yang sama saiznya. 
  • Pastu sudukan 2 sudu besar inti tadi kedalamnya dan bunjutnya kemas-kemas. Letak doh di atas sekeping kertas minyak dan pastikan yang bahagian bunjut tadi berada kat bawah ye. Pastu susun atas loyang yang dah ditabur sedikit tepung. Jarakkan supaya bila dia gemuk nanti dia tak melekat antara satu sama lain.


Dah tembam!!!


  • Selepas 30 minit, korang blehlah setat panaskan pengukus dan kukus pau tadi tu selama 10-15 minit. Pastikan air pengukus tu dah mendidih dulu baru masukkan pau tu okeh! Skang dah boleh makan! Yeay!



INFO BERGUNA: -


  1. Resepi Ayam Kalio ni memang memenuhi citarasa masakan melayu sebab cukup rasa serainya, daun limau purutnya dan pedasnya. Tak perlu tambah garam, gula atau perasa kecuali pada ubi yang direbus sebab ubi menghilangkan rasa masin pada masakan. Sebab tu saya bubuh garam waktu merebus ubi tu tadi ngeee...
  2. Pau merupakan makanan yang sihat sebab ianya lansung tidak menggunakan minyak. Selain jadikan minuman petang, jadikan bekpes di hari minggu pun best gak kan? Theee...


Hmmm baca sudah, nengok gambo pun sudah, skang mase untuk gi carik produk myChef's Ayam Kalio pulak dan cuba ye! 

Cam biasa jugak, sudi-sudikanlah menge'LIKE' entry saya ni kat SINI ye! Hanya dengan satu klik pada butang Like tu, korang secara tak lansung sebenarnya telah membuka peluang saya untuk ke final! Insyaallah! Maseh!!!


Signature

Isnin, 27 Ogos 2012

myChef's - Gourmet Blog Challenge: Beef Stroganoff Flower Pot Rice

Isnin, Ogos 27, 2012 14 Comments

 

Masih ingat tak entry saya dulu pasal myChef's Gourmet Blog Challege? Aaa... kalau termissed boleh tengok kat sini. So ini entry ke-2 saya untuk challege ni tapi kali ni saya gunakan produk dari chef feveret saya yeitu  Chef Zam theee... Jom tengok apa bahan-bahannya: -


Bahan-bahan: -


  • 1 kotak myChef's Beef Stroganoff with Brown Rice Pillaf
  • 6 keping kulit popiah segera
  • 6 helai daun bawang/ daun kucai
  • sedikit minyak zaitun


Cara-cara membuatnya: -
1) Sapukan remekins atau apa juga jenis acuan yang korang ada dengan sedikit minyak zaitun. Tayah banyak- cukup untuk bagi tak melekat je bile dah masak nanti. Lepas tu letakkan sekeping kulit popiah di atas acuan tu dan penuhkan acuan dengan nasi. Oh ye, nasi beras perang tu memang ada siap sekali dalam produk ni so tayah la nak masak nasi lain pulak ye! Thee... Lepas masuk nasi, sudukan sedikit beef stroganoff atas nasi tu tadi. Agak-agakla supaya cukup untuk semua acuan okeh!

2) Bila semua acuan dah diisi dengan nasi dan daging tu, baru korang bunjutkan kulit popiah macam dalam gambar tu dan ikat dengan menggunakan daun bawang atau daun kucai. Daun ni akan menjadikan hidangan ni bertambah wangi. Lepas tu sapukan sedikit minyak zaitun lagi di atas kulit popiah tersebut. Pastu bolehlah masukkan ke dalam oven dan bakar selama lebih kurang 15 minit atau sehingga kulit tu bertukar kekuningan.


INFO BERGUNA:

  1. Macam biasa, selain dari produk myChef's sangat menjimatkan masa , ia juga boleh terus dinikmati tanpa perlu menambah air, garam, gula atau sebarang perisa.
  2. Korang boleh gunakan method memasak yang lain seperti menggoreng tapi saya nak pastikan menu ni kekal sihat so sebab tu saya bakar supaya penggunaan minyak dapat dikurangkan. Cara lain yang sihat ialah mengukusnya selama 15 minit.
  3. Tak perlu panaskan terlebih dahulu produk myChef's ni sebab semasa membakar, sekaligus nasi dan daging tu dipanaskan sekali.
  4. Bagi yang tak tau, Beef Stroganoff with Brown Rice Pillaf ni adalah makanan Rusia inspirasi dari Chef Zam tapi rasanya sedap sangat!
  5. Menu ni sesuai sebagai menu ringkas tetapi mengeyangkan. Saya cadangkan menu ini apabila ada tetamu yang datang tiba-tiba dan kita tak bersedia nak masak apa sebab ianya sangat mudah dan cepat. Sesuai juga untuk sebarang majlis seperti majlis harijadi, hi-tea dan sebagainya.


Haa dah baca tu, apa lagi tunggu? Gi le beli produk myChef's Beef Stroganoff with Brown Rice Pillaf ni untuk mencuba dan jangan lupe LIKE entry saya ni kat SINI ye! (Caranya klik pada gambar dan baru tekan LIKE! Sori nyusahkan korang! Ngeee....!) Maseh!


  Signature

Ahad, 12 Ogos 2012

myChef's - Gourmet Blog Challenge: Beef Keema Masala Roll ala Shawarma

Ahad, Ogos 12, 2012 6 Comments


Okeh, hari ni tiada JJCM Ramadhan sebab saya tak pegi PARAM. Tapi saya nak bagi resepi yang saya wat memandangkan hari ni cuti dan dok umah kan... so saya buat Beef Keema Masala Roll ala Shawarma (Sandwich Roll Arab tapi biasa orang Arab guna ayam). Resepi ni ekcelli untuk myChef's-Gourmet Blog Challenge dan saya menggunakan produk myChef's Beef Keema Masal signature series dari Chef Liza untuk resepi ni. Meh tengok bahan-bahannya: -



Bahan-bahan yang diperlukan: -


  • (Bahan WAJIB) 1 kotak myChef's Beef Keema Masala
  • 5-6 keping wraps apa-apa jenama pun boleh. Saya guna jenama Mission berperisa Garlic.
  • Sebiji bawang besar
  • Sebiji tomato
  • Beberapa helai daun salad
  • Sedikit mayonis


Cara-cara membuatnya: -

1) Panaskan produk myChef's Beef Keema Masala di atas dapur selama lebih kurang 5 minit. Kalau ada mikrowave boleh guna itu aje tapi saya malas nak punggah sebab saya dah packing barang nak pindah umah nanti! Hehe...


2) Panaskan wrappers selama 1 minit disetiap bahagian di atas kuali yang tidak berminyak. Kemudian bentangkan di atas pinggan dan sapukan sedikit mayonis memenuhi setiap ruang warp tersebut.


3) Susunkan daun salad, bawang besar, tomato dan akhir sekali letakkan satu atau dua sudu besar Beef Keema Masala tadi di atasnya (bergantung nak banyak boh la banyak, kalau nak sikit boh la sikit ye!)


4) Sekarang boleh bungkuskan wrap tadi dengan cara melipatkan sisi kiri dan kanan dulu. Pastu lipatkan bahagian bawah dan akhir sekali atas. Siap!

INFO BERGUNA:

  1. Produk myChef's ni sangat menjimatkan masa sebab semua bahan termasuk bahan mentahnya iaitu daging sudah tersedia di dalam peket dan kite cuma perlu memanaskannya saja terlebih dahulu sebelum menikmatinya.
  2. Berbeza dengan produk lain yang saya pernah cuba, produk ni terus sedia boleh dinikmati tanpa perlu menambah air, garam, gula atau sebarang perisa. Rasanya sudah sedia enak untuk dimakan.
  3. Menu ini merupakan makanan sihat kerana tiada sebarang minyak digunakan dalam penyediaannya (untuk yang nak diet macam saya tu memang sesuailah! Thee...)


Okeh... silelah dapatkan produk myChef's Beef Keema Masala ni untuk mencuba dan jangan lupe LIKE entry saya ni kat SINI ye! Maseh! Caaaayang korang! Ngeee....!


Signature
Follow Me at flickr! .