Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Ahad, 12 Ogos 2012

myChef's - Gourmet Blog Challenge: Beef Keema Masala Roll ala Shawarma



Okeh, hari ni tiada JJCM Ramadhan sebab saya tak pegi PARAM. Tapi saya nak bagi resepi yang saya wat memandangkan hari ni cuti dan dok umah kan... so saya buat Beef Keema Masala Roll ala Shawarma (Sandwich Roll Arab tapi biasa orang Arab guna ayam). Resepi ni ekcelli untuk myChef's-Gourmet Blog Challenge dan saya menggunakan produk myChef's Beef Keema Masal signature series dari Chef Liza untuk resepi ni. Meh tengok bahan-bahannya: -



Bahan-bahan yang diperlukan: -


  • (Bahan WAJIB) 1 kotak myChef's Beef Keema Masala
  • 5-6 keping wraps apa-apa jenama pun boleh. Saya guna jenama Mission berperisa Garlic.
  • Sebiji bawang besar
  • Sebiji tomato
  • Beberapa helai daun salad
  • Sedikit mayonis


Cara-cara membuatnya: -

1) Panaskan produk myChef's Beef Keema Masala di atas dapur selama lebih kurang 5 minit. Kalau ada mikrowave boleh guna itu aje tapi saya malas nak punggah sebab saya dah packing barang nak pindah umah nanti! Hehe...


2) Panaskan wrappers selama 1 minit disetiap bahagian di atas kuali yang tidak berminyak. Kemudian bentangkan di atas pinggan dan sapukan sedikit mayonis memenuhi setiap ruang warp tersebut.


3) Susunkan daun salad, bawang besar, tomato dan akhir sekali letakkan satu atau dua sudu besar Beef Keema Masala tadi di atasnya (bergantung nak banyak boh la banyak, kalau nak sikit boh la sikit ye!)


4) Sekarang boleh bungkuskan wrap tadi dengan cara melipatkan sisi kiri dan kanan dulu. Pastu lipatkan bahagian bawah dan akhir sekali atas. Siap!

INFO BERGUNA:

  1. Produk myChef's ni sangat menjimatkan masa sebab semua bahan termasuk bahan mentahnya iaitu daging sudah tersedia di dalam peket dan kite cuma perlu memanaskannya saja terlebih dahulu sebelum menikmatinya.
  2. Berbeza dengan produk lain yang saya pernah cuba, produk ni terus sedia boleh dinikmati tanpa perlu menambah air, garam, gula atau sebarang perisa. Rasanya sudah sedia enak untuk dimakan.
  3. Menu ini merupakan makanan sihat kerana tiada sebarang minyak digunakan dalam penyediaannya (untuk yang nak diet macam saya tu memang sesuailah! Thee...)


Okeh... silelah dapatkan produk myChef's Beef Keema Masala ni untuk mencuba dan jangan lupe LIKE entry saya ni kat SINI ye! Maseh! Caaaayang korang! Ngeee....!


Signature

6 ulasan:

  1. Noce... Kami dah post on myChef FB page ya... Please promote using this link ya... https://www.facebook.com/photo.php?fbid=506400002719991&set=a.500918973268094.133327.214061348620526&type=1&theater

    BalasPadam
  2. Wah, dpt blog promote dr myChef FB. Ce citer apa rasanya keema beef masala ni. Rasa cam rendang ke? *kesiankan? Rasa masala pun saya tak tau.

    BalasPadam
  3. @LydSunshineOoo tak tau eh? Cer beli cer beli! Hahaha.. okehlah kang ngidam lak mak buyung ni. Ermmm rasa dia cam rempah-rempah sket ala masakan arab pun ada, timoleste ade, india ade, gujerat dan sewaktu dengannya!

    BalasPadam
  4. @Farah ShamsudinNo hal Farah. Tapi kena tunggu next percubaanlah sebab hat ni sume dah masuk peyut hahaha... (gelojoh)

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .