JJCM: Travelling Tips to Kuching-Sri Aman,Sarawak (Part I)
Farah Deeb
Sabtu, Februari 08, 2020
6 Comments
Yeayyy giler usang blog ini haha! Makin dok umah makin takdok masa lak nak menulis ek... Itulah masalah negaranya hehe... So mari kita mulakan dengan sharing tips travelling ke Sarawak! Memandangkan citer ni macam panjang jadi saya pecahkan part by part okey. Alaaaa drama sinetron tu ada lapanbelas episod boleh je korang tunggu, apalah sangat takat 2,3 kerat punya episod kannnn... ngenge...
Rayyan dapat kawan baru masa kat surau KLIA |
- Siapkan list baju & barang yang nak dibawa dan lagi cantik list sekali tempat yang korang nak pergi. Hadkan barang sebab nanti kena bayar extra kalau berat beg melebihi kuota kat terminal. Mahei tau huhu... Cara bijak ialah bawak beg baju satu dan beg sandang satu so kalau barang souvenir & jajan nanti korang boleh isi dalam beg tu je nanti.
- Tempah hotel siap-siap. Kiteorang survey dari apps dalam phone sampai ngadap lappy baru decide nak booking yang mana. Journey kiteorang ialah Kuching-Sri Aman-Kuching jadi kiteorang tempah 2 hotel yang berlainan, 1 kat Kuching dan 1 lagi kat Sri Aman. Kat Kuching kiteorang pilih SS Homestay Kuching & kat Sri Aman lak, kiteorang pilih rumah Ngah Ani Homestay. Nanti saya review dua tempat ni dalam post yang lain ye.
- Sila tempah kereta sewa untuk kegunaan kat sana juga. Banyak je yang supply service kete sewa ni so booking siap-siap. Nak carik kat mana? Gugel je!
- Last but not least, kalau korang travel lebih sehari dan umat korang ramai, adalah lebih berbaloi untuk korang booking servis Grab sesiap sebab parking kereta kat KLIA mahei huhu... Kiteorang guna servis Uber dari Encik Yazid pasal dia dok kat taman bawah je kihkih... tapi sesapa nak guna servis dia saya highly recommended sebab dia punctual & peramah orangnya. Nombor beliau ialah (017) 239.7719.
Ok so first part ni saya citer pasal travelling hari pertama okeh. Kiteorang bertolak dari Sg Buloh jam 9:00 pagi cenggitu sebab flight kiteorang pukul 12:30. Saja bertolak awai sebab takut jem dan memang betui pun pagi tu jem haha... kami sampai KLIA dekat pukul 11:00. Mungkin sebab haritu hujan dari subuh, flight banyak yang delay termasuk la flight kiteorang. So adjourned lak flight kiteorang pukul 1:15pm.
Ni kereta yang kiteorang sewa. Ada entiti dalam kereta haha... tak caya sila klik gambar untuk tumbesaran |
Gambar Kredit: FB Imelda Hashim |
Dah nak ending baru nak bagitau, kan? Ekcelli kiteorang bukan saja-saja travel jauh² cenggini tapi sebenarnya nak attend majlis sambut menantu anak sedare pak ustad. So pukul 9:00 malam tu kami sampai kat rumah pengantin disambut dengan sangat mesra macam dah kenai sepuluh tahun, walhal baru je haritu jumpa huhu... Depa jamu kami makanan Sarawak yang sangat sedap dan opkos depa masak sendiri. Yang saya ingat dan takleh lupa sampai harini opkoslah umai, pastu ada ayam pangsun, kuih sampan dan banyak lagilah yang dah lupa nama hehe... Lepaih tu barulah kami gi check in kat Ngah Ani Homestay yang terletak 10 minit perjalanan dari rumah pengantin tu. Nanti saya citer pasal homestay plak kat part II okay!