Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Sabtu, 8 Februari 2020

JJCM: Travelling Tips to Kuching-Sri Aman,Sarawak (Part I)



Yeayyy giler usang blog ini haha! Makin dok umah makin takdok masa lak nak menulis ek... Itulah masalah negaranya hehe...  So mari kita mulakan dengan sharing tips travelling ke Sarawak! Memandangkan citer ni macam panjang jadi saya pecahkan part by part okey. Alaaaa drama sinetron tu ada lapanbelas episod boleh je korang tunggu, apalah sangat takat 2,3 kerat punya episod kannnn...   ngenge...

Rayyan dapat kawan  baru masa kat surau KLIA
Sebelum itu, kami dah booking flight AirAsia dua minggu sebelum. Ye, jangan main terjah esok nak gi, hari ni baru beli okey. Rancang journey korang jadi idok le kelam kabut. Benda yang korang kena sedia yelah: -

  • Siapkan list baju & barang yang nak dibawa dan lagi cantik list sekali tempat yang korang nak pergi. Hadkan barang sebab nanti kena bayar extra kalau berat beg melebihi kuota kat terminal. Mahei tau huhu... Cara bijak ialah bawak beg baju satu dan beg sandang satu so kalau barang souvenir & jajan nanti korang boleh isi dalam beg tu je nanti.
  • Tempah hotel siap-siap. Kiteorang survey dari apps dalam phone sampai ngadap lappy baru decide nak booking yang mana. Journey kiteorang ialah Kuching-Sri Aman-Kuching jadi kiteorang tempah 2 hotel yang berlainan, 1 kat Kuching dan 1 lagi kat Sri Aman. Kat Kuching kiteorang pilih SS Homestay Kuching & kat Sri Aman lak, kiteorang pilih rumah Ngah Ani Homestay. Nanti saya review dua tempat ni dalam post yang lain ye.
  • Sila tempah kereta sewa untuk kegunaan kat sana juga. Banyak je yang supply service kete sewa ni so booking siap-siap. Nak carik kat mana? Gugel je!  
  • Last but not least, kalau korang travel lebih sehari dan umat korang ramai, adalah lebih berbaloi untuk korang booking servis Grab sesiap sebab parking kereta kat KLIA mahei huhu... Kiteorang guna servis Uber dari Encik Yazid pasal dia dok kat taman bawah je kihkih... tapi sesapa nak guna servis dia saya highly recommended sebab dia punctual & peramah orangnya. Nombor beliau ialah (017) 239.7719.

Ok so first part ni saya citer pasal travelling hari pertama okeh. Kiteorang bertolak dari Sg Buloh jam 9:00 pagi cenggitu sebab flight kiteorang pukul 12:30. Saja bertolak awai sebab takut jem dan memang betui pun pagi tu jem haha... kami sampai KLIA dekat pukul 11:00. Mungkin sebab haritu hujan dari subuh, flight banyak yang delay termasuk la flight kiteorang. So adjourned lak flight kiteorang pukul 1:15pm.
Ni kereta yang kiteorang sewa. Ada entiti dalam kereta haha... tak caya sila klik gambar untuk tumbesaran
Okay so kami sampai Kuching pukul 4:00pm lebih dan keluar dari terminal, kereta sewa yang kiteorang booking tu dah siap ready menunggu dah. Dia bagi kunci dan kiteorang boleh teruih jalan hehe... Kereta dia bersih, selesa dan alhamdulillah tak fussy. Kiteorang berkonvoi haritu dengan kawan pak ustad yg memang menetap kat Kuching so dia yang guide perjalanan kiteorang ke Sri Aman dari Kuching haritu.
Gambar Kredit: FB Imelda Hashim
Perjalanan ke Sri Aman ambil masa lebih kurang 3-4jam la jugak. Kami bertolak jam 6 lebih dan sampai sana pukul 9:00 malam huhi... Few couple hours jalanraya dia sangat bumpy dengan kiri kanan hutan semata. Di sana jam 7:00 malam gelapnya dah macam pukul 8:00 diKL okay. Sama jugak pukul 7:00 pagi sana dah terang benderang macam pukul 8:00 pagi diKL!


Dah nak ending baru nak bagitau, kan? Ekcelli kiteorang bukan saja-saja travel jauh² cenggini tapi sebenarnya nak attend majlis sambut menantu anak sedare pak ustad. So pukul 9:00 malam tu kami sampai kat rumah pengantin disambut dengan sangat mesra macam dah kenai sepuluh tahun, walhal baru je haritu jumpa huhu... Depa jamu kami makanan Sarawak yang sangat sedap dan opkos depa masak sendiri. Yang saya ingat dan takleh lupa sampai harini opkoslah umai, pastu ada ayam pangsun, kuih sampan dan banyak lagilah yang dah lupa nama hehe... Lepaih tu barulah kami gi check in kat Ngah Ani Homestay yang terletak 10 minit perjalanan dari rumah pengantin tu. Nanti saya citer pasal homestay plak kat part II okay!




Signature

6 ulasan:

  1. Rindu Sarawak, rindu Kuching , rindu Samarahan, rindu Sri Aman. Walaupun sekali je baru sampai Sri Aman masih teringat2 suasana sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wowww... lagi banyak tempat dirindunya tu. Jom pi lagi sekali jom! Hehe..

      Padam
  2. pernah smp sarawak tp atas urusan kerja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu namanya kena pi lagi sekali yang bukana atas urusan kerja tuh! Ahaks! (Alasan) :P

      Padam
  3. bila la nak ke kuching lagi...last saya pergi bulan julai tahun lepas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh baru jugak tu! Nak pi lagi jangan lupa ajak! Kihkih...

      Padam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .