Okay...sekarang saya nak citer pasal rumah yang kiteorang sewa untuk bermalam masa kat Sri Aman yeitu Ngah Ani Homestay. Lokasi dia sangat dekat dengan hotel dan bandar. Ekcelli kiteorang nak stay kat hotel haritu tapi malangnya dah penuh. Rasanya faktor utama sebab itulah satu-satunya hotel 5✰ yang ada kat situ so kalau korang nak stay kat hotel, silelah tempah seawal 2,3 bulan ye, kalau tak melepas!
Rumah homestay ni kepunyaan seorang cikgu dari Semenanjung jadi terkejut la gak kiteworang memula tu bila dengar dia borak siap slang utara thee... Dia berkahwin dengan orang Sarawak dan teruih menetap kat sini. Rumah tu ialah rumah pusaka mak mertua dia yang dia ubahsuai jadi homestay. So tak heran la dalam tu korang akan jumpa mesin jahit lama, barang² deko lama dan struktur rumah pun masih macam rumah dulu-dulu.
Ni dalam salah satu bilik yang ada. |
Ni ruang hall kat ataih. Kami pakat tido ramai-ramai kat sini aje. Tido beramai-ramai lebih menyeronokkan! (Walhal penakut agaga...!) |
Ada 3 bilik dalam rumah ni, satu bilik kat bawah dan dua lagi kat ataih. Semua bilik tu lengkap dengan kipas dan katil. Tapi memandangkan kami semua sehati sejiwa jadi kami semua pilih untuk tido sama² kat hall ataih (dia 2 tingkat). Tandas pun ada dua- satu kat bawah dan satu lagi kat ataih.
Ada satu dapur siap dengan peti ais, jag air panas, meja kecik dan dapur kalau korang rajin nak masak. Err... saya tak! Owh ye, tempat gosok baju dan seterika siap hanger pun ada disediakan.
Kat ruang tamu bawah ada satu ruang kerusi untuk rehat dan satu ruang kerusi untuk tengok tv. Overall saya rasa selesa sebab dia sebijik macam rumah. Kelengkapan pun semua lengkap. Cuma mungkin yang tak best sebab ada semut dan serangga (which is common untuk rumah yang jarang diduduki kan? So okay...) Lagi satu sebab rumah ni nampak lama so otak kreatip macam saya ni suka je berimaginasi melampaui batasan hihihi... (sila jangan tiru!). Tapi owner ni sangat friendly dan tak fussy so saya nak recommend la jugak untuk yang nak cuba stay kat sini, bolehlah contact Cikgu kat nombor ni ye 👉0138297417. Boleh jugak usha-usha dulu kat FB page depa kat → Ngah Ani Homestay.
Kalau nak baca apa tips sebelum gi travel, boleh baca kat part I di sini:
JJCM: Travelling Tips to Kuching-Sri Aman,Sarawak (Part I)
*Gambar kredit to FB Page Ngah Ani Homestay. Masa kat sana tak sempat nak amek gambo! Hehe!
wah..terus rasa nak ubahsuai umah arwah mama sy mcm ni
BalasPadamNanti dah ubahsuai jadi homestay jangan lupa share nombor ye, heheh!
Padamnice jugak rumahnya tu...dia buat homestay mesti sebab nak make sure rumahnya terjaga...kalo sewakan, takut rosak dengan penyewa yang tak bertanggungjawab
BalasPadam