Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 25 Februari 2020

JJCM: Tempat menarik di Sarawak (Part IV)

Sori terpaksa diblurkan untuk mengelakkan plagiat ajaja...


Okay ekcelli ada banyak tempat-tempat menarik kat Sarawak ni tapi saya cite mana tempat yang saya sempat pergi ajelah eh. Maklonglah... masa terhad dan tujuan asal jejak kaki ke bumi Sarawak ni sebab nak hadiri sambutan belah lelaki majlis kenduri kawen anak sedare pak ustad kekdahnya. Redha Farah redha... tak dapat round satu Sarawak haha!

TAMAN PANORAMA BENAK, SRI AMAN.

Basically tempat ni ialah sebuah taman yang luas untuk korang jalan-jalan dan ilangkan stress. Tapi jangan tak tau ye, kat dalam sungai ni ada abam-abam buaya yang tersembunyi. Jadi tolong jangan buat apa-apa percubaan bermain dengan air yang disangka tenang itu ye. Tempat ni jugak selalunya berlaku fenomena Benak yang sering menyusuri Sungai Batang Lupar Sri Aman di situ pada waktu-waktu tertentu. Malangnya pada hari dan masa kami pi tu bukanlah waktu tertentu yang disebutkan jadi sungai sangatlah tenang huhu...

Pinjam gambar Jabatan Muzium sebab sd card saya rosak dan hilangkan gambar masa kat sini huaaaa...!


MUZIUM WARISAN SRI AMAN- KUBU ALICE (FORT ALICE)

Muzium Warisan Sri Aman dan Kubu Alice ni dekat je dengan Taman Panorama Benak. Bangunan ni yelah bangunan tertua kat Sri Aman ni tau. Ia dibina tahun 1864 masa zaman pemerintahan Sir Charles Brooke lagi menggunakan kayu belian (jangan malas ye, sile gugel). Alice tu sebenonye nama bini dia, Margaret Alice Lili De Windt. Kalau korang nak mai sini, waktu melawat hari Selasa sehingga Jumaat 9.00 pagi - 4.45 petang sementara hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Hari Isnin toksah gatai nak pi eh sebab dia tutup. Masuk percuma jek!

BATANG AI DAM, LUBOK ANTU
Bagi kaki fotografi atau yang cintakan keindahan semulajadi, korang wajiblah singgah kat Batang Ai Dam ni. Sebenarnya ni ialah empangan hidroelektrik yang merentasi Sungai Ai, Sarawak di Lubok Antu (Batang Ai dalam loghat Sarawak). Banyak port shoot cantik kat sini sebab pemandangan dia yang ohsem. Cuma jaga-jagalah kalau korang berdarah maneh seperti saya, banyak la nyamuk yang akan membuat percubaan menghisap darah huhu...

BAZAAR UTAMA KUCHING (KUCHING MAIN BAZAAR)

Ahaaaa... inilah tempat korang dok tunggu, kan? Tempat ni senang je nak cari sebab dia dalam bandar lama Kuching aje. Memang berderetlah kedai souvenir kat sini dan juga kedai-kedai soping lain kat area situ. Sila kuatkan iman ye, ahaks! Kalau korang nak tau, bazar ni ialah jalan tertua dan yang jadik nadi kat bandar Kuching lama.

FORT MAGHERITA

Ok udah-udah la menyoping tu, kan... jom kita pi tengok tempat bersejarah pulak. Kubu ni yelah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, iaitu Raja Sarawak. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Nama Magherita tu diambil sempena nama bini Charles Brooke jugak. Kalau korang perasan tadi dia guna nama Alice kat kubu dekat Sri Aman tu kan. Tak sangka romantik na Charles Brooke ni kan? Sampai abadikan nama bini kat merata tempat hmmm... 

Ntah la nape anak saya berkelakuan begitu titibe huhu...

Kubu ni dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris jadi memang tak heran la kalau korang tengok binaan dia sejibik macam binaan orang Inggeris dan jugak ianya direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun... jadi kat dalam tu nanti korang boleh jumpa jugak satu tangga yang naik sampai ke puncak bangunan. Hampir ke atas tu laluan dia dah semakin sempit so kalau rasa-rasa montot tu bersaiz XL lupekan jelah ye hasrat nak naik sampai atas tu! 


Dulu ia digunakan sebagai Muzium Polis dari tahun 1971 kendiannya diserahkan kat kerajaan negeri Sarawak dan kini ia merupakan satu tarikan pelancong kat Kuching. Satu benda yang menarik korang patut tau ialah, tempat ni masih dijaga oleh keturunan waris paling muda Brooke sampai sekarang okeh. Boleh tengok kat IG kubu ni untuk tau apa yang waris Brooke ni buat dalam usaha menjaga peninggalan sejarah ye. Mommeh is so impress okeh huhu...  


MEDAN NIAGA SATOK
Pinjam gambar gugel. Maklonglah masuk tempat macam ni memang mudah nak lupa diri amek gambar bagai hehe...

Medan Niaga Satok ni ialah salah satu pusat jualan yang sangat popular bukan je kat pelancong tapi penduduk tempatan jugak tau. Selain daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang biasa, ada juga macam-macam hasil bumi lain yang tak pernah jumpa kat semenanjung contohnya macam buah dabai, ulam upak kechalak, terung dayak dan banyak lagi. Macamana rupenya silelah gugel ye hehe. Owh ye, jangan lupa borong pekasam terubuk ikan masin jugak kat sini tau! Bagitau kata nak bawak balik ikit belon (naik kapaiterobang), nanti depa bungkuih mengikut piawaian standart kapalterbang punya hehe...  


KEDAI KEK LAPIS SARAWAK
Credit pict to Shah's blog

Datang Sarawak tapi tak bawak balik kek lapis memang kerugian yang amat besarlah kan... Ada banyak kedai kek jual kek lapis sebenarnya kat bandar Kuching ni tapi yang agak pemes ialah kat Kek Lapis Dayang Salhah dan Mira Cake House. Harga kek lapis kat sini murah sangat so silelah borong banyak-banyak untuk menambahkan berat badan okeh!


MUZIUM KUCING
Bagi catlover's (macam saya huhi!), muzium ni memang wajiblah masuk dalam wishlist nak pergi. Ada segala macam tok nenek pasal kucing dalam muzium ni termasuklah sejarah, asal-usul dan kepercayaan neneok-moyang pasal binatang kesayangan nabi ni pun ada.

Selain gambar, lukisan dan patung kucing, korang jugak boleh tengok jenazah kucing sebenar yang dah diawetkan dan dipamerkan kat sini. Jangan lupa jugak untuk beli souvenir kat sini tau sebab ada macam-macam souvenir 'kucing' ada jual kat sini dengan harga yang berpatutan.

Okeh nampaknya itu jelah tempat-tempat menarik yang sempat saya singgah ritu. Ekcelli banyak lagi tempat yang menarik tapi tulah masa takdok. Nampak gaya macam nak kena datang lagi kalau nak pusing habeh Sarawak ni kan? Heheh... (Hint!)  


Okeh... untuk yang nak baca dari mula journey saya ke bumi Sarawak ni, sila baca part i kat sini:

review homestay masa saya kat Sri Aman kat sini:

review homestay kat bandaraya Kuching kat sini:

Dan kalau nak tau apa makanan menarik yang terdapat kat Sarawak, tunggu JJCM Part V lepas ni okey! (Saya tau korang memang tunggu je entry yang ni kan? Ngaku jangan tak ngaku! Ahaks!)


Signature

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Sis Farah Diba , jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    BalasPadam
  2. memang besar sangat sarawak, saya anak sarawak pun belum explore semua bahagian kat sarawak tu..hahahahha

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .