Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 26 Februari 2020

JJCM: Makanan menarik di Sarawak! (Part V)



Welllll... 
kalau dah pi tempat orang, opkoslah kan... benda yang WAJIB korang buat ialah.....
JALAN-JALAN CARI MAKAN!
Kalu rasa-rasa nak diet, bawak-bawaklah kunci diri dalam bilik hotel je ye sebab ada banyak makanan menarik sebenarnya kat Sarawak ni dan mereka-mereka ni ekcelli masih menjadi igauan saya sampai sekarang, uhuks! Meh nengok apa yang best.

ROTI ARAB

Roti ni tak sama macam roti arab yang selalu wujud kat kedai mamak. Roti dia nipis je macam adik-badik roti canai tapi yang pastinya sedap sangat. Katanya roti ni menu pemes kat kedai makan area homestay yang saya dok kat Sri Aman tu. Maap la ye taktau nama kedai makannya sebab pak ustad yang pergi tapaukan bekpes haritu. Berani sungguh dia kuar bekpes tanak bawak anak bini, kan? Harhar...

ROTI BAKAR KARI AYAM / KAMBING

Menu sedap ni kami jumpak di Restoren ChengQih, Wisma Hafizan Jalan Tun Abdul Rahman Yakub, Kuching, Sarawak. Restoren ni terletak dekat bawah homestay yang saya stay kat Kuching ni je jadi sangat senang sebab turun je tangga, dapat isi kalori semula dengan pantas ajaja.. Roti bakar ni memang jadi igauan sepanjang dok kat Kuching sebab roti dia tersangatlah lembut (walaupun tebal) pastu cicah lak ngan kari dia yang sedap pekat tu adehhh... (lap ayorliur..) Kari tu kalau tanak isi ayam, boleh pilih daging kambing jugak. Tapi yang pasti dua-dua pun sedap!!!

ROTI JOHN TUNA CHEESE TARIK 

Ye, ye... sememangnya kita sama. Baru baca nama dia je pun dah terliur kan? Memang tak tipu gais... SEDAP SANGAT!!! Order ni berapa kali repeat pun dah tak ingat... punya la banyak, harhar! Roti dia dah la lembut, dalamnya plak ada isi tuna dan cheese yang banyak... yummmyyynyaaaa...! Menu ni pun kat Restoren ChengQih jugak kalau nak carik ye!

ROTI KACANG POOL

Sebenarnya kan, selalu je kena sibuk ikut pak ustad autsteseng kat JB tapi tak pernah ada masa nak pi carik Kacang Pool Haji Larkin yang pemes tu. Memang rezeki betul lah datang Sarawak rupenya nak dapat rasa versi Sarawak yang sedap sangat ni. Ni pun salah satu menu kat Restoren ChengQih dan menu wajib pak ustad.

LAKSA SARAWAK

Okeyyyyy... yang ini kalau datang Sarawak tak try memang rugi hamatlah kan. Nama pun laksa Sarawak so kat sini hajerlah tempat yang paling utama kalau korang nak rasa masakan pure Sarawakian. Saya tak ingat nama restoren ni tapi dia terletak dekat area tengah bandar la jugak. Tapi ekceli kan, kalau korang gi mana-mana restoren kat sini, memang hidangan ni wajib ada punyelah. Ni sebenarnya ialah kali pertama saya makan laksa Sarawak dan betui tak tipu... terus jatuh cinta huhu!

MEE KAMPUA

Mee ni pestaim mak dengar hehe... Bagi yang suka makan mee sup, mesti suka makan mee kampua ni. Mee tu boleh pilih tau nak guna mee apa ikut selera kita. Menu ni ada kat restoren yang sama tadi jugak.

MEE KOLOK

Pernah dengar mee ni tapi tak pernah rasa so ni kira pestaim jugaklah rasa. Sama jugak macam mee sup cuma dia ada tambahan taugeh dan telur hiris. Mee dia dah digaul siap dengan kicap tapi ada jugak tambahan kicap, sos dan sup taugeh disertakan. Pun sama menu ni kat restoren yang sama dengan yang di atas.


GULA MITAI
Pinjam gambar gugel!
The real hand-made gula mitai ni korang cuma boleh dapat kat Sarawak aje tau. Kalau korang memang hantu sweets, gula mitai ni memang sedap sangat huhu... Saya sebenarnya tak tau kewujudannya masa kat sana tapi dapat gak rasa sebab dihadiahkan oleh famili belah kuarge lelaki. Kalau gi sana pastikan korang cuba okeh!


AISKRIM GULA APONG
Pinjam gambar gugel jugak!
Aiskrim gula apong ni memang pemes kat Sarawak malangnya sampai sekarang saya masih belum dapat rasa sebab masa kami pi tu kedainya tutup. Saje je kan Dia plan kedai tu tutup haritu, mungkin sebab nak suruh saya insof ehee... Tapi cemana pun kalau korang datang Sarawak, aiskrim ni korang masuk dalam wishlist jugak tau walaupun blom tentu ada rezeki macam saya, uhuks!

UMAI

Umai ni bukan saya jumpa kat restoren yang saya singgah tapi saya tau kewujudan benda sedap ni masa kenduri rumah keluarga pengantin lelaki kat Sri Aman. Pestaim makan terus jatuh cinta okehhh.... Jadinya balik rumah gigih la buat sendiri kan sebab kat sini memang konpem hamat- takde! So, sesapa nak resepi silelah jemput amek resepi kat FB saya kat bawah ni ye. Dah siap lebih afdhol jika boleh dikongsi bersama! Ahaks!


Okay akhirnya berakhirlah tayangan makanan-makanan sedap kat Sarawak. Kalau ada lagi yang saya tak cuba tapi patut cuba korang sajes kat komen ye! So last but not least, nak tayang gak lauk nasi kenduri kawen anak sedare saya ritu yang sedap sangat... Enjoyyyy!


Yang taktau menahu ujung pangkal JJCM ni dan nak baca dari Part I sampai Part IV dipersilekan klik link kat bawah ni, k!

Travelling tips ke Kuching- Sri Aman

Review homestay masa saya kat Sri Aman kat sini:

Tempat-tempat menarik di Sarawak:



14 ulasan:

  1. laksa sarawak dan mee kolok memang kegemaran saya sebagai orang sarawak...tapi mee kolok tu, lebih kurang sama dengan mee wantan kering kalau kat semenanjung ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uuuuu bestnyaaaa! Ok baru tau kembar mee kolok tu. Memandangkan mee wantan kering tu pun tak pernah jumpa (apetah lagi memakannnya hehe..) maka lepas ni nak kena carik gak lah! Tengs!

      Padam
  2. wajib try nasi ayam penyet uiii..that is the best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke? Tengs for sajes! Aduiiii baca je pun dah rasa kesedapannya ni acaner huhu....

      Padam
  3. baru tau Sarawak pun ada kacang pool juga ya

    BalasPadam
  4. alahaiii sedapnya nampak semua makanan tu. ^-^

    *masya Allah, cantiknya blog ni. warna warni.. kite suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat nampak sedap tapi... MEMANG SEDAP! Harhar... E-ehhh alamak macehhh. Pakai template free aje pun kuikui...

      Padam
  5. salam farah singgah sini.. dapnya semua farah.. tengok gambar dah x tahan dah =p

    BalasPadam
  6. adoiyai malam2 tengok gambar2 makanan ni.. terliooo jadinya hehe..
    dulu penah pegi sekali tahun 2014 kot.. ke Kuching. kwn bawak p tempat2 makan best semuanya. puas hati makan. ni blh jadi rujukan lagi kalo nak kesana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke? Wahhh best tu ada kawan boleh bawak jalan-jalan. Nak pi lagi jalangan lupa culik kita sekali okey haha!

      Padam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .