Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label makeover project. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makeover project. Papar semua catatan

Rabu, 19 Ogos 2020

DIY: Jom transform kotak terbuang jadi bekas simpanan cantik!

Rabu, Ogos 19, 2020 0 Comments


Tau tak korang, kotak-kotak terpakai yang dah tak digunakan sebenarnya boleh diubah-suai jadik bekas simpanan yang cantik? Kalau kotak order barang online korang dah banyak sangat (macam saya hiuhiu....) dan bajet nak huha-huha dah tinggal hujung nyawa maka boleh la korang ikut jejak saya ni. Meh tengok apa bahan yang diperlukan!

Basically cuma empat bahan je yang digunakan tapi kalau korang nak tambah aksesori lain tu ikutlah. Bahan yang utama mesti ada ialah kotak, gluegun, tali guni atau benang yang tebal dan sarung bantal atau sarung kusyen. Okeh jom tengok cemana nak membuatnya...

Okeh mula-mula korang lekatkan tali guni menggunakan gluegun pada sekeliling kotak. Hati-hati gam tu paneh hamat ye. Kang dah tak cantik tangan tu turun lak sahamnya, uhuks... Tak payah lekat sampai habis tau, tinggalkan suku atau separuh bahagian atas untuk step seterusnya.

Okay untuk yang ini saya cuma lekatkan tali separuh kotak je. Kendian saya gunakan sarung kusyen yang saya smuggled dari rumah Wan Dolly untuk buat bahagian atasnya. Gunting buang dulu bahagian yang berzip sebab kita tanak ia menguji kesabaran. Kalau guna sarung bantal je tak payah potong okeh.

Kelepet bahagian luar ke dalam sarung kusyen tadi dan gamkan. Kalau rajin korang jahitlah tapi untuk orang yang SANGAT RAJIN macam saya, gam pun boleh dah heheh... Selesai gam sekeliling sarung tu, masukkan ia ke dalam kotak dengan bahagian luar di dalam. Lepas tu korang ekjas-ekjas la parking sampai ngam baru lekatkan ia disekeliling kotak dengan gam.

Tadaaaaa... dah siap!

Korang jugak boleh cantikkannya lagi dengan menambahkan aksesori macam benda alah kilat ni. Yang ni saya guna sarung bantal asrama anak sedare yang dia nak buang. Berlagak betul kan mentang-mentang dah abes belajar, sarung bantal zaman dok asrama helok lagi pun nak buang. Naseb baik mak sedare ni cepat sambar heh. Hat benda kilat tu pulak saya beli kat shopee je hehe...

Bila dah terer mulalah tamak guna sarung bantal anak sedara mixed dengan sarung bantal mak harhar...


KOS PROJEK DIY NI:
Kotak: FREE.
Sarung bantal & sarung kusyen: FREE.
Gam Gluegun: RM 3.70  untuk 8 batang.
Tali guni beli kat Kaison: RM 4.90 segulung.
Benda kilat-kilat beli kat Shopee: RM 2.30 sekepin.
JUMLAH: RM 10.90 je!


Signature

Isnin, 13 Julai 2020

Projek Makeober: Wall skirting @ Wainscoting

Isnin, Julai 13, 2020 2 Comments


So beginilah kesunyiannya dinding sebelum projek
So beginilah kesunyiannya dinding itu sebelum projek bermula.

Memula sekali saya nak bagitau yang projek ni sebenarnya dah bermula lama sangat yeitu masa diawal PKP lagi. Banyak hal la yang menyebabkan kelembapan kontraktor ni- pertamanya sebab tunggu wainscoting tu sampai. Walaupun order dari Penang je tapi sebab PKP pastu ada cuti ape ntah maka barang sampai lambat la gak. 


Secondly, lepas dah ukur potong sume akhirnya Ramadhon tiba! Ramadhon tiba! Jadiknya projek tu terhenti la sebulan lebih (campur nak amek mood semula lepas raya, ahaks!). Dah siap lekat pulak, saya terpaksa tunggu dalam 2,3 minggu nak pastikan yang gam tu betul-betul kukuh. Kalau baca kat seller punya page, dia tulis pakai double sided tape pun boleh. So first attempt memang pakai double sided tape. Esok paginya turun tengok aduhhhhh... semua tertanggal. Tanggal satu hal, rosakkan wallpaper pulak lagi, haish!... 

Ini gam coklat walalupun rupanya macam choki choki.

So lepas tu pegi la kedai hardware mintak orang kedai sajes mana gam silikon yang sesuai dan dia beria bagi yang kaler coklat tu. I is macam ermmm... sebab dah pikir dah nanti mesti la wallpaper buruk kalau smudge tapi sebab terpedaya dengan baiya tu so gunalah jugak gam tu. Dah pasang semua berbunga gak la ati sebab tengok semua melekat okay. Tapi tungguuuu... lepas tu disaster mari huhu... tak ingat la berapa hari tapi lebih seminggu la kot tiber dia tanggal semula. Yang lebih teruk sebab ia tinggalkan kesan gam coklat buruk kat wallpaper saya huaaaa....  


Masa ni memang down la kejap tapi hidup mesti diteruskan... tiber. Saya teringat baiya tu pernah tunjuk dua jenis gam, satu coklat yang dia push suruh beli tu dan satu lagi putih. Gamaknya dia dapat komisyen kot kalau dapat jual hat gam choki choki tu ehh... So saya pun beli yang putih tu dan try pasang. Lepas tu saya tunggu jugak la dalam 2 minggu sebab risau dia jatuh jugak. Mak tak sanggup okay nanges banyak kali nanti abes gugur bulu mata mak nak harhar... Alhamdulillah la kan... orang kata bila dah gagal tu tak selamanya kita akan gagal. Yang penting jangan putus asa ecehhh... Lepas tu memang dah tak jatuh dah! Saya amek masa dua hari gak la untuk buat finishing- kikis gam lebih, tampal semula wallpaper yang tersakiti dan filing semua wainscoting tu.

Masa ni belum siap lagi... masih diperingkat menguji dia nak terjun balik ke dak haha.... finishing pun belum. Nampak dak frame atas tu ada comot gam choki choki? Jenuh oo nak mengikis tu sampai terkoyak sikit wallpaper huhu... baiya tu jaat.

Okay berapa meter wainscoting saya pakai untuk kesemua ni? Saya beli 5 gulung dimana setiap gulung panjangnya 5 meter dan sebab saya nak frame yang bersaiz sederhana je, maka saya belah tengah jadi 2 bahagian. Jadi keseluruhannya saya ada (5x5) x 2= 50 meter. Ya, opkos ada lebih tapi kalau nak sambung buat bahagian atas tak cukup semua, jadi saya guna untuk buat wall skirt kat dinding lain hehe...

Menmanfaatkan lebihan wainscoting hehe... tengah & bawah saya tambah wallpaper putih bercorak emboss sebab dinding warna krim.

Ekcelli ada macam-macam pilihan design yang korang boleh buat dengan wainscoting ni. Ikutlah kata hati nak macamana. Boleh tengok sampel design yang saya dapat dari seller haritu kat bawah ni tapi kalau masih tak membantu jugak, buat istikharah jelah.


Biasa la kan, manusia ni memang tamak haloba... dah siap pasang wainscoting tu rasa macam nak isi something la pulak kan dalamnya jadi saya pasang cermin. Survey punya survey kalau pasang pure cermin regenya cecah ribu jugak huhu... jadi saya cuma pasang cermin acrylic. Tips kalau korang nak beli sticker cermin, cari yang dibuat dari acrylic tau sebab walalupun dia memang la tak sama dengan cermin sebenar tapi ketersamaan depa hampir 80% la. Beza cermin acrylic kalau berdiri hampir nampak jelas muka kita tapi kalau bukan yang dibuat dari acrylic memang dekat ka jauh ka nampak muka Shrek jelah kat cermin tu hajaja...

Cermin tu datang dalam bungkusan 17 keping cenggini.

Dia ada 3 saiz S,M & L. Saya dah ukur frame wainscoting saya dan pemenangnya ialah saiz S.

Dah pasang! Senang je, ukur- acu- tampal. Yang leceh cuma bab nak memotong bahagian kecik-kecik yang nak bagi penuh frame tu. Kalau maleh nak memotong, korang pasang je wainscoting tu ikut ukuran cermin. Macam saya dah kategori terlambat sebab cermin sampai lepas saya dah settled pasang frame. Astu maleh lak nak wat kajian pemetaan ukur tanah, haa mendapek la potong cermin kihkih....

TADAAAA...!!! Tepuk untuk diri sendiri sebab dapat buat dari A sampai Z tanpa meminta sebarang bantuan talian hayat har, har! Atas tu sengaja dikosongkan sebab kononnya nak bubuh frame gambar macam kat bawah ni...

Ni namanya gambaran berangan hajaja... gambar tu semua takde ye. Saya tampal je kat gambar ni nak tunjukkan apa yang sebenarnya ada dalam pikiran saya tapi malangnya duit bonus pak ustad bagi dah habeh jadi kena la tunggu bonus seterusnya... ooopsss terpecah rahasia pulek! Gulp....

Okay kat sini saya bagi harga wainscoting dan cermin yang saya beli dari Shoppee. Masa ni seller ni je yang jual paling murah. Nak laaagi murah kena beli dari China tapi tak kose la pulak nak tunggu lama. Cermin tu pulak paling murah saya tengok kat kedai Eco tapi saiznya tak ngam jadi redhalah menunggu sampai dari China.

Yang diblurkan tu jangan sebok nak tau beli apa, takde kena-mengena dalam ini cerita ahaks!

Owh ye, cermin tu kan macam biasalahkan beli banyak sebab standby takut tak cukup- maleh nak tunggu lama lagi, jadi memang ada lebih dan saya transformedkan pintu kayu yang boring jadik pintu bercermin heheh...

Perasan ke perasan? Kat dinding ni pun saya pasang wall skirting lebihan tadi. Tu pun masih ada lebih sebenarnya tapi kalau nak buat sebijik frame yang dikehendaki nanti tak cukup sipat jadi simpan ajelah. Pintu tu asalnya kosong je macam frame bahagian bawah tu so saya tampal cermin.

Inilah antara sumber inspirasi nak transformerkan pintu itu ngee...

So korang mesti nak tau berapa jumlah saya perabih untuk projek ni kan? Okay jom kita tengok kira-kira: -

  • Wainscoting 5.0 meter x 5 unit = RM 108.41
  • Gam silikon RM7.00 x 2 unit = RM 14.00
  • Besi nak pasang glue x 1 unit = RM 8.00
  • Cermin acrylic RM16.15 x 10 unit (tak pakai semua) = RM 161.50
JUMLAH BESAR IALAH RM 291.91

Note: Double sided tape yang beli sebab terpedaya dengan janji manis seller dan wallpaper yang memang lebihan sedia ada saya tak kira.

JIMAT KE JIMAT???  

Signature

Khamis, 10 Mei 2012

Projek Make Over Blog: Suniza Haron

Khamis, Mei 10, 2012 2 Comments


Haaaa... hamekkk!!! :26: Rasanya dah sebulan, dua dah tak dapat godamkan template orang nih. Harini barulah bleh bernapeh sket dan akhirnya siap gak template baru untuk blogger Suniza Haron nih. Dia request nak kaler tema pink ngan pepel. Ntahla menepati ke idok hehe... Meh le jemput singgah blog dia kat sini ye!

@ehsan01 Baru hengat nak sambung ngan list yang hado tapi dapat kol dari boss ade gambo weding baru nak masuk. So, kepada yang masih dalam senarai, ngeeee.. tunggu lagilah jawabnya ye....! :bofu_01: *Larikkkk...!!!!*

Signature

Selasa, 21 Februari 2012

Projek Make Over Blog: Iena Hamdi

Selasa, Februari 21, 2012 4 Comments


Ngeee... mase memula saya bukak blog ni kan... tersenyum gak bace tajuk blognya tuh. :pandaGeli_01: Yelah... ade ke orang senang-senang nak ngaku dia tu surirumah yang jiwang hahaha... tak ku sangke ko Iena! :pandaGeli_13: Akaka....

Anyway tugasan saya yelah tukar kaler dan tambah aksesori comel je- means saya tak tukar terus dengan template baru. Sebab? Saya rasa template asal dia dah memang comel pun. Cam sayang pulak nak ubah :pandaGeli_03: hehe...

So kalau korang nak tengok hasil kejeku itu dan nak menambah blogger list, meh le singgah ke sane ye...!



Notakaki Saiz Tujuh:
Pssstttt....! Dia ni tokei Otak-otak Gombak wehhh... rugi wo kalau tak add dia jadik friend! Ahaks! (Bab makanan memang ku laju!)

Signature

Jumaat, 10 Februari 2012

Projek Make Over Blog: Oshin-Jamel

Jumaat, Februari 10, 2012 15 Comments

Salam Jumaat. Harini masuk cite basi sket. Dah berzaman daku godam blog si Oshin ni haa... tapi tak perasan lak dia ade wat entry untukku hehe. So mintak mangaplah ye Oshin. Ate awok pun takde menge'tag' daku, manalah daku perasannye punnnn...

Okeh... asal blognye ni memang dah cantik pun tapi biaselah dia suke blognya digodam oleh professor tak bertauliah ni... hopefully awok suke le ye Oshin. Korang-korang sume marilah kite sesame gi melawat blog beliau di sini sambil-sambil tu boleh menambahkan kenalan, yuk!


Signature
Follow Me at flickr! .