Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 19 Ogos 2020

DIY: Jom transform kotak terbuang jadi bekas simpanan cantik!

Rabu, Ogos 19, 2020 0 Comments


Tau tak korang, kotak-kotak terpakai yang dah tak digunakan sebenarnya boleh diubah-suai jadik bekas simpanan yang cantik? Kalau kotak order barang online korang dah banyak sangat (macam saya hiuhiu....) dan bajet nak huha-huha dah tinggal hujung nyawa maka boleh la korang ikut jejak saya ni. Meh tengok apa bahan yang diperlukan!

Basically cuma empat bahan je yang digunakan tapi kalau korang nak tambah aksesori lain tu ikutlah. Bahan yang utama mesti ada ialah kotak, gluegun, tali guni atau benang yang tebal dan sarung bantal atau sarung kusyen. Okeh jom tengok cemana nak membuatnya...

Okeh mula-mula korang lekatkan tali guni menggunakan gluegun pada sekeliling kotak. Hati-hati gam tu paneh hamat ye. Kang dah tak cantik tangan tu turun lak sahamnya, uhuks... Tak payah lekat sampai habis tau, tinggalkan suku atau separuh bahagian atas untuk step seterusnya.

Okay untuk yang ini saya cuma lekatkan tali separuh kotak je. Kendian saya gunakan sarung kusyen yang saya smuggled dari rumah Wan Dolly untuk buat bahagian atasnya. Gunting buang dulu bahagian yang berzip sebab kita tanak ia menguji kesabaran. Kalau guna sarung bantal je tak payah potong okeh.

Kelepet bahagian luar ke dalam sarung kusyen tadi dan gamkan. Kalau rajin korang jahitlah tapi untuk orang yang SANGAT RAJIN macam saya, gam pun boleh dah heheh... Selesai gam sekeliling sarung tu, masukkan ia ke dalam kotak dengan bahagian luar di dalam. Lepas tu korang ekjas-ekjas la parking sampai ngam baru lekatkan ia disekeliling kotak dengan gam.

Tadaaaaa... dah siap!

Korang jugak boleh cantikkannya lagi dengan menambahkan aksesori macam benda alah kilat ni. Yang ni saya guna sarung bantal asrama anak sedare yang dia nak buang. Berlagak betul kan mentang-mentang dah abes belajar, sarung bantal zaman dok asrama helok lagi pun nak buang. Naseb baik mak sedare ni cepat sambar heh. Hat benda kilat tu pulak saya beli kat shopee je hehe...

Bila dah terer mulalah tamak guna sarung bantal anak sedara mixed dengan sarung bantal mak harhar...


KOS PROJEK DIY NI:
Kotak: FREE.
Sarung bantal & sarung kusyen: FREE.
Gam Gluegun: RM 3.70  untuk 8 batang.
Tali guni beli kat Kaison: RM 4.90 segulung.
Benda kilat-kilat beli kat Shopee: RM 2.30 sekepin.
JUMLAH: RM 10.90 je!


Signature
Follow Me at flickr! .