Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Sabtu, 26 Mac 2011

CONFIRMED!!! Kopi Kluang RailCoffee Haram!

Sabtu, Mac 26, 2011 0 Comments

Sumber ni aku dapat dari blog Bro Rohaizat. Sebelum ni memang dah dengar pasal kopi dan madu dari Kluang RailCoffee ni yang dikatakan tidak halal sebab mengandungi gelatin babi dan alkohol tapi kemudiannya disangkal oleh pemilik kedai tu. Kononnya selepas tu dia pun pergi mintak keputusan analisis Jabatan Agama Islam Johor sebab dia tak percaya dengan hasil keputusan depa. Mati-mati dia pertahankan yang dia proses kopi tu dengan bahan yang halal sebab dia menghormati pelanggannya yang sejak dari dulu kebanyakkannya beragama Islam. Tapi hari ni sumenya terungkailah sudah. Korang ceklah sendiri hasil keputusannya tu. So sapa-sapa yang dah pernah pergi makan dan minum kat sana tu, muhasabahlah diri dan banyakkanlah berdoa dan berzikir memohon keampunan ye. Mudah-mudahan yang haram itu keluar dengan mudah dari darah dan daging korang, insyaallah!
P/s: Air zam-zam boleh membersihkan. Skang ni banyak jual kat kedai-kedai jual buku Islam. Carilah ye!

(Syukur alhamdulillah kerana Allah SWT selalu melindungi diri dan keluarga aku dari sumber haram)

Jumaat, 25 Mac 2011

Contest Kucing Paling Comel

Jumaat, Mac 25, 2011 1 Comments

A
ku ni yang sebenarnya seorang yang sangatlah malasnya nak masuk contest. Tapi contest yang tertentu cam gini memang tak patut diabaikan. Bukan nakkan reward dia pun sangat tapi seronok dapat tengok muke-muke tomei-comei itew bertanding haha! Okeh... panjang nau mukadimah sampai tak cite lagi pe cer nya. Ni haaa.. siApisV3 ni wat contest kucing paling comel. Kalaulah aku jadik juri sampai bile pun takde sape yang menang sebab bagi aku sume kucin tu comey! Haha!

Okehlah, cam biasa, encek ApisV3, aku dah pun follow hang. Gambo pun dah letak link hang. Jadik skang masa untuk menge'tag', haha... kite tengok sape yang kene! :-


Wokeh... dah bersedai nak tengok muke kucing haku (perasan) yang bajet paling comel itew??? Silekann....
c
o
m
e
l

t
a
k
?

h
e
h
e
.
.
.


Cummie-i


Khamis, 24 Mac 2011

Kampung Cham, Pnom Penh Cambodia

Khamis, Mac 24, 2011 0 Comments

Ketika artikel ini ditulis, kira-kira 9,000 penduduk Jepun telah dijumpai mati ekoran gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 11 Mac 2011 yang lalu.

Tafsir Surah Al-A'raf ayat 96-100:


Allah Ta’ala berfirman:


وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى ءَامَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَآءِ وَاْلأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ {96} أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَآئِمُونَ {97} أَوْأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَن يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ {98} أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللهِ فَلاَيَأْمَنُ مَكْرَ اللهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ {99} أَوَلَمْ يَهْدِ لِلَّذِينَ يَرِثُونَ اْلأَرْضَ مِن بَعْدِ أَهْلِهَآ أَن لَّوْ نَشَآءُ أَصَبْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَنَطْبَعُ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لاَيَسْمَعُونَ {100}


Artinya:
Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya,[96]. Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur.? [97]. Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain.? [98]. Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga) Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi,[99]. Dan apakah belum jelas bagi orang-orang yang mempusakai suatu negeri sesudah (lenyap) penduduknya, bahwa kalau Kami menghendaki tentu Kami azab mereka karena dosa-dosanya; dan Kami kunci hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (pelajaran lagi).? [100]






Itu sebuah negara yang asalnya maju, makmur dan berteknologi moden tetapi dengan kehendak dan kekuasaan Allah, semua nikmat itu lenyap dalam sekelip mata. Namun pernah tak korang terfikir ada negara lain yang kehidupan penduduknya sememangnya miskin dan daif? Haaa... ni la aku nak cite. Ini pasal penduduk di Kampung Cham, Cambodia. Dah! Dah! Tutup molot nganga korang tu.


Bukan aku yang dapat pegi Cambodia ni tapi sume cite dan gambar ni harus dikreditkan kepada 'Big Boss' aku yang membuat lawatan ke perkampungan Islam di sana bulan lepas (selepas ini dipanggil 'BB'- jangan bikin gosip pulak! :bofu_03: BB... bukan baby!!!)






Menurut BB aku, penduduk kat sana sangatlah miskin lagi daif. Mereka bukan saja minum air tanpa gula, bahkan kalau korang sebut 'pampers', 'Dumex' ke, 'Dugro' ke... haram dorang tak pernah dengar! 'Pampers' dorang sumenya dibuat daripada kain aje. Susu pun takde susu tepung, sume susukan anak naturally. Hampir 100% penduduk kampung tu memiliki badan bersaiz XS kerana kekurangan makanan berzat. Bayangkan saja baju yang berukuran XXL disana menyamai baju berukuran M di sini. Sian BB aku... baju-baju yang dia beli takleh pakai haha. Apakah maknanya itew? :44: Baju dorang pun tak ada yang baru-baru melainkan sumenye buruk-buruk belaka, menandakan betapa tidak berkemampuannya mereka. Walhal kite kat sini tiap-tiap bulan baju berganti (Aku takkkk... sengihnampakgigi Ngeee...)





Kalau kowang nak tau, kat Cambodia ni dorang ada 2 musim yeitu musim hujan dan musim panas. Setiap musim jangkamasanya adalah selama 6 bulan so korang bayangkan ajelah cane dorang nak carik rezeki. Semasa 6 bulan musim panas tulah masa yang dorang ada untuk usahakan sesuatu seperti bercucuk-tanam ke sebab bila tiba musim hujan, tanaman
dorang sume akan mati dan sumber rezeki dorang pun hilang. Bila musim bertukar panas semula, kembalilah dorang bercucuk tanam semula dan begitulah berulang-kali dilakukan dorang setiap tahun.




Ye... memang tepat sekali. Kat sana memang takde pembangunan pesat macam kite kat Malaysia ni. Takde komputer, takde internet, even takde hypermarket nak shopping! :bofu_24: Sekolah pun main hentam keromo je takde pengurusan yang tersusun. Tapi yang menjadi suatu kebanggaan ialah rata-rata kanak-kanaknya seawal umur 5 tahun sudah boleh menghafal surah-surah pendek dari kitab Al-Quran dan membacanya dengan lancar.




Kesimpulannya:
  1. Bersyukurlah sebab korang dilahirkan dan tinggal di Malaysia. Toksahlah dok wat huru-hara bikin kacau negara ni kalau nak terus hidup senang-lenang cam skang.
  2. Kemiskinan dan kemunduran adakalanya lebih mendekatkan diri kite kepada Pencipta. Dok kat negara serba hado cam Malaysia ni, ade korang ingat sangat ke kat Dia? Huhuuu...
  3. Berbanggalah sebab negara korang mampu menyenangkan hidup korang. Walaupun harga sesetengah barangnya mungkin tiap-tiap tahun asek naaaaaiiiik sesaje!
  4. Kalau ade baju atau apa saja yang korang nak bersedekah kepada dorang ni, dipersilakan. Mereka sume sangat-sangat memerlukan bantuan. Barang-barang yang nak disedekahkan boleh dihantar melalui kapal. Kalau nakkan bantuan dan info pasal tu, boleh contact aku, no hal, insyaallah!


:1:

Jumaat, 18 Mac 2011

Review: Besday Dayana @ Nice Coffee Station, Platinum Walk, Danau Kota, KL.

Jumaat, Mac 18, 2011 2 Comments




RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar


H
ari Sabtu 12hb Mac 2011 haritu abang aku invite gi celebrate besday anak dia Dayana Sofea kat Nice Coffee Station. Ni first time dia celebrate kat luar sebab besday girl yang mintak. Aku pun tak pernah masuk dalam restoran ni so nak dibelanje rasalah jugak cane menu diakan hehe... malu


Aktiviti menahan perut keroncong


Wan Dolly tayang air soya with cincau dia... elehhh, akunye ade lai cheee...


Masa itu emas...


Dinner start pukul 8:30 malam tapi cam biaselahkan disebabkan adanya darah melayu mengalir dalam badan ni jadi timing tu lari ke pukul 9:00 menari heheee... Tempat ni cosy gak la sebab susun atur dia kemas dan dia ade sediakan 2 biji komputer dengan Free Wifi. So senanglah hidup aku jap sebab budak-budak sume leka gi main game sementara aku makan dengan lahap lepak.


Ini komputer yang disediakan kat dalam restoran ni. Hamek! Datang budak-budak ni orang lain dah takde can nak guna. Sila amek nombor ye.


Melalui gambar ini, anda boleh membahagikan kanak-kanak ini kepada 2 kategori yeitu:
Kategori #1: Gila game, kategori #2: Gila bergambar... ahaks!


Yang ni kompem kategori #2 ngeh-ngeh....


Menu dia pun ada macam-macam, dari masakan Thailand, Singaporean, Western & Chinese sumenya ada sampai aku terpaksa khatam 4,5 kali baru dapat decide (tapi tu pun sebenarnya nak kaji lagi tapi malu sebab orang nak amek order dah lama berdiri sebelah aku gatai haha)


Aiskrim dia saje rasanya ade lebih 4-5 jenis. Yang ini nama dia 9 Friends bla, bla.. haha... panjang tak ingat! Tapi konpem tak tipu, jelly ijo tu sungguh sedap bila makan ngan eskem keladi itu! Bawah dia ade fruit cocktail lagi!


Tidak perlu meneka. Konpem Wan Dolly yang puuuunyaaaa....


Haritu aku terai Cantonese Kueytoau with Chicken Ginger dan air soya with laichee. Perghhh nama sikit punye panjang. Seb baik nama sesedap rasanya, memang kow! Wan Dolly cam biaselah takkan meninggalkan menu omputehnya, dia order Chicken Chop with Black Pepper sauce. Pak ustad amek Fish fillet with Black Pepper dan Mango Serbet (sedap giler okeh! Dia cam aiskrim tapi laaaagi pekat!)


Ini aku punya- Cantonese Kuey Tiaw with Chicken Ginger. Sedapppp...!


Maria kongsi ngan Mirul Chicken Chop with mushroom sauce. Air Maria menarik rasanya cam namanya gak- Chocolate Strawberry ape ntah haha. Tapi basically rasa strawberry + chocolate + whipping cream... perghhh memang gumuk ah! Anak sedare aku, Fatin order mee udon dan Mia order pasta ape ke benda ntah nama dia haha (panjang sangat!gile) Lain-lain tak tau sebab depa dah makan dulu sebelum kiteorang sampai haha, ngelat tol! Tapi kate kakak ipar aku yang femes kat situ yelah Singapore Fried BeeHoon dia. Tapi canerpun aku rase lain-lain menu dia yang kiteorang order tu pun best gak.


Ini mee udon Fatin punye


Inilah pasta yang nama dia panjang sangat tu haha! Tengoklah pasta dia pun panjanggggg!!!


Dah habis makan sume tetiba bergema lak lagu 'Hepi Besday' dan abang aku pun kuarkan kek letak atas meja. Upenye ade plak surprise cake. Yang bestnya sume pengunjung restoran tu pun sama-sama ikut nyanyi sampai abes so bayangkan ajelah dia punye havoc. Apelagi?... Aku yang cume mak sedare ni pun tetiba rase nak nangis haha... nerd Tidakkkk!!! Penyakit mak aku dah jangketttt!!!


Tu diah besday gelnye...


Sume berebut nak potong kek. Ish, ish, ishhhh...


Haaa lepas potong kek, tokei restoren tu belanja lak kiteorang dengan buah-buahan. Huhuuu... sungguh tak sangka. Haaa dah bulat gedebob perut sume orang, apalagi...? Baliklah macam ular sawa kekenyangan, haha! To Dayana, epi besdayyyy!!!



:tareflower:
Follow Me at flickr! .