Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 24 Mac 2011

Kampung Cham, Pnom Penh Cambodia


Ketika artikel ini ditulis, kira-kira 9,000 penduduk Jepun telah dijumpai mati ekoran gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 11 Mac 2011 yang lalu.

Tafsir Surah Al-A'raf ayat 96-100:


Allah Ta’ala berfirman:


وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى ءَامَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَآءِ وَاْلأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ {96} أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَآئِمُونَ {97} أَوْأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَن يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ {98} أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللهِ فَلاَيَأْمَنُ مَكْرَ اللهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ {99} أَوَلَمْ يَهْدِ لِلَّذِينَ يَرِثُونَ اْلأَرْضَ مِن بَعْدِ أَهْلِهَآ أَن لَّوْ نَشَآءُ أَصَبْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَنَطْبَعُ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لاَيَسْمَعُونَ {100}


Artinya:
Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya,[96]. Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur.? [97]. Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain.? [98]. Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga) Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi,[99]. Dan apakah belum jelas bagi orang-orang yang mempusakai suatu negeri sesudah (lenyap) penduduknya, bahwa kalau Kami menghendaki tentu Kami azab mereka karena dosa-dosanya; dan Kami kunci hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (pelajaran lagi).? [100]






Itu sebuah negara yang asalnya maju, makmur dan berteknologi moden tetapi dengan kehendak dan kekuasaan Allah, semua nikmat itu lenyap dalam sekelip mata. Namun pernah tak korang terfikir ada negara lain yang kehidupan penduduknya sememangnya miskin dan daif? Haaa... ni la aku nak cite. Ini pasal penduduk di Kampung Cham, Cambodia. Dah! Dah! Tutup molot nganga korang tu.


Bukan aku yang dapat pegi Cambodia ni tapi sume cite dan gambar ni harus dikreditkan kepada 'Big Boss' aku yang membuat lawatan ke perkampungan Islam di sana bulan lepas (selepas ini dipanggil 'BB'- jangan bikin gosip pulak! :bofu_03: BB... bukan baby!!!)






Menurut BB aku, penduduk kat sana sangatlah miskin lagi daif. Mereka bukan saja minum air tanpa gula, bahkan kalau korang sebut 'pampers', 'Dumex' ke, 'Dugro' ke... haram dorang tak pernah dengar! 'Pampers' dorang sumenya dibuat daripada kain aje. Susu pun takde susu tepung, sume susukan anak naturally. Hampir 100% penduduk kampung tu memiliki badan bersaiz XS kerana kekurangan makanan berzat. Bayangkan saja baju yang berukuran XXL disana menyamai baju berukuran M di sini. Sian BB aku... baju-baju yang dia beli takleh pakai haha. Apakah maknanya itew? :44: Baju dorang pun tak ada yang baru-baru melainkan sumenye buruk-buruk belaka, menandakan betapa tidak berkemampuannya mereka. Walhal kite kat sini tiap-tiap bulan baju berganti (Aku takkkk... sengihnampakgigi Ngeee...)





Kalau kowang nak tau, kat Cambodia ni dorang ada 2 musim yeitu musim hujan dan musim panas. Setiap musim jangkamasanya adalah selama 6 bulan so korang bayangkan ajelah cane dorang nak carik rezeki. Semasa 6 bulan musim panas tulah masa yang dorang ada untuk usahakan sesuatu seperti bercucuk-tanam ke sebab bila tiba musim hujan, tanaman
dorang sume akan mati dan sumber rezeki dorang pun hilang. Bila musim bertukar panas semula, kembalilah dorang bercucuk tanam semula dan begitulah berulang-kali dilakukan dorang setiap tahun.




Ye... memang tepat sekali. Kat sana memang takde pembangunan pesat macam kite kat Malaysia ni. Takde komputer, takde internet, even takde hypermarket nak shopping! :bofu_24: Sekolah pun main hentam keromo je takde pengurusan yang tersusun. Tapi yang menjadi suatu kebanggaan ialah rata-rata kanak-kanaknya seawal umur 5 tahun sudah boleh menghafal surah-surah pendek dari kitab Al-Quran dan membacanya dengan lancar.




Kesimpulannya:
  1. Bersyukurlah sebab korang dilahirkan dan tinggal di Malaysia. Toksahlah dok wat huru-hara bikin kacau negara ni kalau nak terus hidup senang-lenang cam skang.
  2. Kemiskinan dan kemunduran adakalanya lebih mendekatkan diri kite kepada Pencipta. Dok kat negara serba hado cam Malaysia ni, ade korang ingat sangat ke kat Dia? Huhuuu...
  3. Berbanggalah sebab negara korang mampu menyenangkan hidup korang. Walaupun harga sesetengah barangnya mungkin tiap-tiap tahun asek naaaaaiiiik sesaje!
  4. Kalau ade baju atau apa saja yang korang nak bersedekah kepada dorang ni, dipersilakan. Mereka sume sangat-sangat memerlukan bantuan. Barang-barang yang nak disedekahkan boleh dihantar melalui kapal. Kalau nakkan bantuan dan info pasal tu, boleh contact aku, no hal, insyaallah!


:1:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .