Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kucing. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mei 2014

Dulu lain, sekarang lain... Iye ke?

Selasa, Mei 27, 2014 8 Comments

 

Saya tak pasti sejak bila kami adik-beradik mula bela kucing tapi yang saya tahu bila saya dah mula belajar mengenal benda, kucing memang dah ada kat rumah mak. 

Bukan satu tapi dua puluh satu ekor semuanya. 



Bila waktu makan, nanti mak akan gaul nasi dengan ikan letak dalam dulang makan ramai-ramai. Pastu tengoklah macam-macam adegan yang keluar. Ade yang letak sebelah tangan atas kepala yang lain. Ade yang makan sambil menderam. Ade yang konker sampai tengah-tengah dulang sampai terpaksa la yang lain mengalah duduk kat belakang tunggu giliran depa. Sume tu pasal berebut makan.



Bila masuk bab berak pulak, biasanya yang kecik-kecik mak ajar kurung depa dalam bilik jamban bila waktu malam. Dan menariknya, waktu siang bila kami lepaskan dia, bile depa rasa je nak uk uk atau shi shi, dorang akan terus lari lintang-pukang masuk bilik jamban untuk lepaskan hajat. Bila dah besar, dorang berak pulak kat pasir luar rumah. Kalau dorang ade berak kat rumah orang itu wallahualam tapi tak pernahlah sampai umor saya masuk 20-an, jiran-jiran bising kata kucing kami yang berjumlah dua puluh satu ekor tu berak kat umah dorang.

Lepas kawen saya dah tak bela kucing lagi. Pak ustad tak bagi sebab saya didiagnosed ada asthma. Walaupun doktor veterinar kata kucing kalau kerap diberi suntikan dan dibawa ke vet dorang tak akan menyebabkan lelah kepada manusia, tapi sayakan nak jadi isteri mithali *muntah*



Bila saya mula pindah masuk ke kawasan perumahan yang agak suku-elit ni (uuu... elit kewww?) saya dapat tau kebanyakkan jiran-jiran di sini ramai yang membela kucing. Tapi bukan kucing biasalah. Paling kurang pun kucing bulu tebal yang harganya ratusan ribu ringgit. Mak pandang hajelah sebab mak tak mampu. Lagipun mak masih nak jadik isteri mithali hiu hiu... *konon*

Kat sini, kalau kucing kita masuk rumah orang, siaplah... jap lagi gambo kucing tu masuk fb. Kucing pancut kat rumah- sekejap lagi tunggulah kena spray dengan air cili. Kucing berak kat laman umah- bersiap-sedialah jap lagi memang konpemlah dapat dengar sound laser siap dengan subwoofer sekali!



BARANGKALI MANUSIA LUPA BAHAWA BINATANG TIDAK DIBERIKAN AKAL SEPERTI MANUSIA...




Saya teringat kisah dari Ustazah Isfadiah yang comel masa saya pergi kuliahnya kat sini dulu. Ceritanya- dia tak bela kucing. Bela kucing pun dia tak suka tapi tu tak bermakna dia tak suka kucing sebab kucing tu kan binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW :) Alkisahnya jiran dia ni ada bela kucing dan kucing-kucing jiran dia ni suka sangat datang berak dilaman rumahnya. Setiap hari ade je batas pokok yang terpaksa dia buat semula sebab kucing-kucing jirannya ni akan mengais batas dia untuk dijadikan jamban!


Sampailah suatu masa dia rasa macam dah hilang kesabaran dan minta Allah SWT bagi dia ilham apa yang perlu dia lakukan. Akhirnya, dia belikan pasir yang khas untuk kucing berak tu, dia letakkan disuatu sudut di laman rumahnya dan alhamdulillah, sejak itu batas-batas pokoknya selamat sebab kucing-kucing jirannya tu semua membuang dipasir tadi. 

Beliau sangat chomel!

Baginya berapalah sangat harga pasir tu jika nak dibandingkan dengan harga sebuah ikatan kejiranan dan ukhwah sesama manusia. Dia lebih rela simpan sedikit wang untuk beli pasir tiap-tiap bulan malah sanggup buang najis binatang kesayangan nabi tu tiap-tiap hari dari kehilangan kemesraan dan semangat ukhwah sesama jirannya.
Kesimpulan dari pengalaman ustazah yang saya pelajari ialah: -
  1. Guna akal yang waras apabila bertindak, bukan hawa nafsu.
  2. Selalulah 'think positive' dan carik jalan supaya dapat pengakhiran yang baik.
  3.  Bila hadapi kesukaran, jadikan Al-Quran sebagai bahan rujukan.

Ingat...
hanya manusia yang diberi akal fikiran jadi gunakanlah sebaik-baiknya okey. Peace no war ;)

Dengan jiran-jiran aka sahabat bukit's! Ndak gak interprem tuh ahaks!


  Signature

Selasa, 30 Oktober 2012

Si Bruno dah besar! Heee...

Selasa, Oktober 30, 2012 18 Comments


NAMA DALAM SURAT BERANAK:
Bruno Mars
TARIKH LAHIR:
2 Julai 2012

Sebelum bulan pose haritu kan kucing kat umah saya tu beranak empat. Pastu sekor saya dah TERgilis masa bulan pose tu. (Wehhhhhhh.... tak sengajalah!!!) *TETIBA!!! * (Orang bersalah memang cenggitu- cepat terasa! Agaga...) So tinggallah dua. Takkk... matematik korang memang tak salah pun tapi memang tinggal dua. Sebab minggu lepas pak ustad terlenyek pulak sekor lagi tu so tinggallah dua! *Huhu... Dasar laki bini pembunuh...*

Dalam dua ekor yang tinggal ni ada sekor tu rupanya dan kaler dia memang sebijik cam yang saya langgar tu cuma beza dia ni ade rambut itam kat kepala. So bile nengok lama-lama macam orang asli Sarawak pulak dah ghupenya agaga.... Tapikan, saya suke nyakat dia ni  sebab mulut dia bising. So selalulah jadik mangsa tepuk Montot 5-10 kali sehari kalau dapat tangkap. Meh tengok muke budak penan ni: -

Eh sori... ini Dodot sehari selepas mati. Tak perasan pun dia kena langgar. Besoknya baru nampak dia terkulai dalam longkang dah mati... huhuuu...

Haaa... ni barulah Bruno si budak penan tu hehee...



Cam lembu pulak muke taim ni... sorilah Bruno, raya nanti kite bermaafan ye.






Haha... dah penat!


Notakaki Saiz Tujuh:
Korang perasan tak? Tak? Hehehee.. bagus, bagus tak perasan. Rumput rumah saya tu memang dah berminggu tak cantas sebab pak ustad outstation. Euwww... takkanlah nak soh saya lak potong rumput kot??? Rosak kuku ku, i tak rela u...


Signature

Jumaat, 25 Mac 2011

Contest Kucing Paling Comel

Jumaat, Mac 25, 2011 1 Comments

A
ku ni yang sebenarnya seorang yang sangatlah malasnya nak masuk contest. Tapi contest yang tertentu cam gini memang tak patut diabaikan. Bukan nakkan reward dia pun sangat tapi seronok dapat tengok muke-muke tomei-comei itew bertanding haha! Okeh... panjang nau mukadimah sampai tak cite lagi pe cer nya. Ni haaa.. siApisV3 ni wat contest kucing paling comel. Kalaulah aku jadik juri sampai bile pun takde sape yang menang sebab bagi aku sume kucin tu comey! Haha!

Okehlah, cam biasa, encek ApisV3, aku dah pun follow hang. Gambo pun dah letak link hang. Jadik skang masa untuk menge'tag', haha... kite tengok sape yang kene! :-


Wokeh... dah bersedai nak tengok muke kucing haku (perasan) yang bajet paling comel itew??? Silekann....
c
o
m
e
l

t
a
k
?

h
e
h
e
.
.
.


Cummie-i


Khamis, 13 Januari 2011

Itulah BUNYIT

Khamis, Januari 13, 2011 0 Comments

BIODATA

Nama:
Bunyit (Buncit+kenit)

Tarikh lahir:
Tidak diketahui

Status:
Single and available

Jenis kucing:
Hmmm... ntahla haha... gile

Hobi:
Suka asah kuku kat kerusi yang Wan beli kononnya sebagai kerusi di majlis persandingan Ijam nanti rindu

Pantang-larang:
Jangan tunjuk betis- dia suka kejar dan gigit. takbole Keutamaan kepada yang mempunyai betis yang gebu. Kesimpulannya, sila tutup aurat bila dia ada berhampiran ya.

Sipat buruk:
Bila nampak tilam toto Wan, serta-merta pundi kencing dia tak berfungsi. Maka hancinglah toto Wan dan radio Wan pun bergema, bising ahaks!


Gambar masa hari pertama diambil- 4hb Jun 2010

Si Bunyit ni sebenarnya aku jumpa kat depan pintu opis masa datang keje. Sian dia... dahla kurus kering, pastu ikut je aku naik tingkat atas sampailah masuk opis. Asalnya nak bagi dia shelter sekejap sebab mase tu hari hujan so sure la dia sejukkan tapi bila dah babysitted dia rasa sayang la plak :puteh_2: hehe... Dahla manja, tak bising lak tu (itu kritea paling utama ok! :mHurm: Hehe...) So lepas dapat green light dari Mem Besar yeitu Wan Dolly, akhirnya aku bawak dia balik umah. Aku memang gile nak jadik mak angkat dia tapi soriii... @ehsan01 pak ustad dah kate no,no, nooo... awak tu ade asma! So, kenelah redha. Nak tak nak kenalah anak sedare aku jadik mak angkatnya hmm... Skang ni dia dah gile different dari hari dia dibawa balik dulu. Kalau dulu dia pakai saiz XXS, skang mungkin XXL! (Walhal baru lebih kurang 7 bulan jaga tu sengihnampakgigi !)


Gaya nampak lalat atau apa-apa juga benda yang bergerak... termasuk kaki!

Buat-buat muke marah la plakkkk... hahahaa, dah bosan la tu aku soh posing depan kamera dari pagi!


NOTES: Rindunya nak bela kucing lagi. Masa kecik dulu sampai la zaman anak dara, dah berpuluh-puluh ekor kucing rasanya aku jaga tapi bile dah tawen laki tak kasik la pulakkkk!!! ... huaaaaa...nangih!!! Takper-takper... tak dapat pahala jaga binatang kesayangan Nabi ni, dapat pahala taat suami pun okeh gakkannnnn... sengihnampakgigi ahaks! Masalahnye dapat kewww...???!! :mHihi:


:puteh_7:
Follow Me at flickr! .