Saya tak pasti sejak bila kami adik-beradik mula bela kucing tapi yang saya tahu bila saya dah mula belajar mengenal benda, kucing memang dah ada kat rumah mak.
Bukan satu tapi dua puluh satu ekor semuanya.
Bila waktu makan, nanti mak akan gaul nasi dengan ikan letak dalam dulang makan ramai-ramai. Pastu tengoklah macam-macam adegan yang keluar. Ade yang letak sebelah tangan atas kepala yang lain. Ade yang makan sambil menderam. Ade yang konker sampai tengah-tengah dulang sampai terpaksa la yang lain mengalah duduk kat belakang tunggu giliran depa. Sume tu pasal berebut makan.
Bila masuk bab berak pulak, biasanya yang kecik-kecik mak ajar kurung depa dalam bilik jamban bila waktu malam. Dan menariknya, waktu siang bila kami lepaskan dia, bile depa rasa je nak uk uk atau shi shi, dorang akan terus lari lintang-pukang masuk bilik jamban untuk lepaskan hajat. Bila dah besar, dorang berak pulak kat pasir luar rumah. Kalau dorang ade berak kat rumah orang itu wallahualam tapi tak pernahlah sampai umor saya masuk 20-an, jiran-jiran bising kata kucing kami yang berjumlah dua puluh satu ekor tu berak kat umah dorang.
Lepas kawen saya dah tak bela kucing lagi. Pak ustad tak bagi sebab saya didiagnosed ada asthma. Walaupun doktor veterinar kata kucing kalau kerap diberi suntikan dan dibawa ke vet dorang tak akan menyebabkan lelah kepada manusia, tapi sayakan nak jadi isteri mithali *muntah*
Bila saya mula pindah masuk ke kawasan perumahan yang agak suku-elit ni (uuu... elit kewww?) saya dapat tau kebanyakkan jiran-jiran di sini ramai yang membela kucing. Tapi bukan kucing biasalah. Paling kurang pun kucing bulu tebal yang harganya ratusan ribu ringgit. Mak pandang hajelah sebab mak tak mampu. Lagipun mak masih nak jadik isteri mithali hiu hiu... *konon*
Kat sini, kalau kucing kita masuk rumah orang, siaplah... jap lagi gambo kucing tu masuk fb. Kucing pancut kat rumah- sekejap lagi tunggulah kena spray dengan air cili. Kucing berak kat laman umah- bersiap-sedialah jap lagi memang konpemlah dapat dengar sound laser siap dengan subwoofer sekali!
BARANGKALI MANUSIA LUPA BAHAWA BINATANG TIDAK DIBERIKAN AKAL SEPERTI MANUSIA...
Saya teringat kisah dari Ustazah Isfadiah yang comel masa saya pergi kuliahnya kat sini dulu. Ceritanya- dia tak bela kucing. Bela kucing pun dia tak suka tapi tu tak bermakna dia tak suka kucing sebab kucing tu kan binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW :) Alkisahnya jiran dia ni ada bela kucing dan kucing-kucing jiran dia ni suka sangat datang berak dilaman rumahnya. Setiap hari ade je batas pokok yang terpaksa dia buat semula sebab kucing-kucing jirannya ni akan mengais batas dia untuk dijadikan jamban!
Sampailah suatu masa dia rasa macam dah hilang kesabaran dan minta Allah SWT bagi dia ilham apa yang perlu dia lakukan. Akhirnya, dia belikan pasir yang khas untuk kucing berak tu, dia letakkan disuatu sudut di laman rumahnya dan alhamdulillah, sejak itu batas-batas pokoknya selamat sebab kucing-kucing jirannya tu semua membuang dipasir tadi.
Sampailah suatu masa dia rasa macam dah hilang kesabaran dan minta Allah SWT bagi dia ilham apa yang perlu dia lakukan. Akhirnya, dia belikan pasir yang khas untuk kucing berak tu, dia letakkan disuatu sudut di laman rumahnya dan alhamdulillah, sejak itu batas-batas pokoknya selamat sebab kucing-kucing jirannya tu semua membuang dipasir tadi.
Baginya berapalah sangat harga pasir tu jika nak dibandingkan dengan harga sebuah ikatan kejiranan dan ukhwah sesama manusia. Dia lebih rela simpan sedikit wang untuk beli pasir tiap-tiap bulan malah sanggup buang najis binatang kesayangan nabi tu tiap-tiap hari dari kehilangan kemesraan dan semangat ukhwah sesama jirannya.
Kesimpulan dari pengalaman ustazah yang saya pelajari ialah: -
- Guna akal yang waras apabila bertindak, bukan hawa nafsu.
- Selalulah 'think positive' dan carik jalan supaya dapat pengakhiran yang baik.
- Bila hadapi kesukaran, jadikan Al-Quran sebagai bahan rujukan.
Comel kucing2 tu..tapi tuan nya lagi comel..:-)
BalasPadamk lily pun suke kucing, diorang ni memang comey bebenau...
BalasPadam@Norma NMLAla tetiba rasa nak mengaku saya tuan kepada kucing yang mak saya bela itu boleh tak????
BalasPadam@CikLily PutihKan? Kalaulah boleh gigit pipi tembom tembam tu eeeiii eeiiii eeiiii (okeh kena pergi skang)
BalasPadamTeman pun suka kucing... tapi teman tak bela kucing... risau nanti kucing tu garu sofa... :)
BalasPadamya Allah!!!!!! budak2 nih.. gerem
BalasPadam@Izni Hafiz Abdul RashidOkeh rasanya sume lelaki alasan dia ini hahaha..
BalasPadam@~Beb~Kannnnnn!!!!
BalasPadam