Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 29 Mei 2014

Resepi: Rendang Pedas Wan Dolly



Lepas ni konpom gleme nama omak den jadik sebutan, kah, kah...

Bagi orang Perak, rendang yang paling lejen power semestinyalah rendang tok. Tapi mak saya dia tau anak-anak dia mesti malas nak masak rendang tok tu sebab penyediaannya agak lama dan bahan dia pun banyak juga nak kena sediakan. Jadi dia cipta resepi rendang paling sempoi ni untuk kiteorang yang dia panggil rendang pedas. Wan Dolly tu saya yang tambah bagi korang senang ingat resepi ni sape yang cipta agaga... Sebenarnya bukan pedas pun tapi biase ler omputeh tu, boh cili satu sudu kecik pun dia dah kata pedas azab giler! Ok meh kite tengok resepinya: -

Bahan-bahan: -

  • 1 ekor ayam/ daging (suke koranglah)
  • lengkuas
  • serai
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • daun kunyit
  • kunyit
  • minyak
  • garam
  • cili giling
Caranya: -
  1. Lengkuas, serai, bawang merah, bawang putih, halia, cili giling sume korang kasik blender haa... Berapa sukatan tu pandai-pandailah sebab resepi pakar ni biaselah dia main campak-campak aje so agak-agak jelah.
  2. Masukkan bahan yang dah diblender tadi kedalam kuali dan masukkan ayam atau daging serta santan. Biarkan sampai hampir kering.
  3. Bila nampak dah hampir kering, masukkan kerisik, minyak, daun kunyit dan garam ikut citarasa. Biarkan dia garing sekejap pastu boleh tutup api.
Tadaaaa.. kan dah kate senang aje! Haritu saya ekperimen buatnya tak sampai 20 minit pun dah masak hehe.. tapi daging tu saya dah biar dalam pressure cooker 30 minitlah. Sebab tu tayah tunggu lama. Kalau korang tak lembutkan dulu, masaklah lama sikit sampai daging tu empuk ya.


Selamat Mencuba!



Signature

8 ulasan:

  1. singgah kembali yer... yunk!!
    tarabozu2@blogspot.com

    BalasPadam
  2. mak ai sedapnya rendang, kalau hantar shah alam lagi best, lapar ni huhuhu

    BalasPadam
  3. ok setttt. nak order. boleh kan farah kannn ... hehehe.

    BalasPadam
  4. @Misz-ella IsmailAiiii dah bagi resepi paling malas dalam dunia pun nak order lagi? Okeh nak bape bekas hahaha...

    BalasPadam
  5. Sedapnya selalu saya pakai instant je hhehhee kes malas cari bahan2 hehe

    BalasPadam
  6. @Bitt (double IS)Wahhh yang tu memang malas tahap gaban! Har! Har!

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .