Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label homestay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label homestay. Papar semua catatan

Selasa, 11 Februari 2020

JJCM: SS Borneo Homestay, Kuching, Sarawak (Part III)

Selasa, Februari 11, 2020 10 Comments

 

Dari Sri Aman, kami berpindah pulak ke Kuching pada hari kedua. Ye arr... rugi lor datang Sarawak tapi tak ronda-ronda bandarnya kannn.... Kat bandar Kuching kiteorang stay kat homestay ala apartment (sebab dia kat tingkat atas) yeitu SS Borneo Homestay. Tak susah pun nak carik sebab banner dia beso gedabak and oso lot bahagian kepunyaan homestay tu dicat hijau so dari jauh pun dah bleh nampak.


Seriusly homestay ni sangatlah besar, cosy dan bersih. Saya rasa bangunan ni baru lagi sebab suasana dia sangat baru dengan modern appliances. Cuma bilik kiteorang pada awalnya takde air jadi lepas kami report kat owner dia, dia pindahkan kami kat bilik yang opposite.


Bilik dalam satu rumah tu ada dua buah dengan sebuah katil standart memasing dan ada satu katil standart size extra lagi dekat ruang hall. Kalau ikut katil boleh muat enam orang tapi luas tak luasnya hall homestay ni, saya rasa kalau bentang toto boleh muat lebih dari sepuluh orang kot! (tu belum kira kalau nak tidur kat sofa!).

pinjam gambo fb homestay, ahaks!

Kat sini takde dapur tapi ada peti ais, pot masak air panas dan paling penting ada mesin basuh baju sekali pakej ampaian yang luas kat belakang. Sempatlah kami basuh semua baju jadi tinggal sikit je baju masyem yang nak bawak balik nanti, ehek.

pinjam lagi seketui gambo dari fb homestay na... jangan mare huhi

Overall saya saaaaaangat suka dok kat homestay ni. Owner dia pun friendly, siap join kami makan kat kedai bawah tu lagi hehe. Memangnya orang-orang Sarawakian ni peramah belaka ye sebab dari mula jejak kaki kat sana saya dapat layanan yang sangat cosy. Windu Sarawak!


Ok bagi yang nak datang bandar Kuching dan berhajat nak dok kat homestay ni, sila waze SS Borneo Homestay kat alamat ni: Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Kampung Tupong Hulu, 93050 Kuching, Sarawak. Jangan lupa booking dulu di sini: 013-824 9499.

Owh ye, kalau nak baca dari mula journey saya ke bumi Sarawak ni, sila baca part i kat sini:

dan

review homestay masa saya kat Sri Aman kat sini:
JJCM: Ngah Ani Homestay-Sri Aman,Sarawak (Part II).

Nak tau apa tempat menarik kat Sarawak? Tunggu saya cite kat part IV pulak ye! Daaa....


  Signature
Follow Me at flickr! .