Dari Sri Aman, kami berpindah pulak ke Kuching pada hari kedua. Ye arr... rugi lor datang Sarawak tapi tak ronda-ronda bandarnya kannn.... Kat bandar Kuching kiteorang stay kat homestay ala apartment (sebab dia kat tingkat atas) yeitu SS Borneo Homestay. Tak susah pun nak carik sebab banner dia beso gedabak and oso lot bahagian kepunyaan homestay tu dicat hijau so dari jauh pun dah bleh nampak.
Seriusly homestay ni sangatlah besar, cosy dan bersih. Saya rasa bangunan ni baru lagi sebab suasana dia sangat baru dengan modern appliances. Cuma bilik kiteorang pada awalnya takde air jadi lepas kami report kat owner dia, dia pindahkan kami kat bilik yang opposite.
Bilik dalam satu rumah tu ada dua buah dengan sebuah katil standart memasing dan ada satu katil standart size extra lagi dekat ruang hall. Kalau ikut katil boleh muat enam orang tapi luas tak luasnya hall homestay ni, saya rasa kalau bentang toto boleh muat lebih dari sepuluh orang kot! (tu belum kira kalau nak tidur kat sofa!).
pinjam gambo fb homestay, ahaks! |
Kat sini takde dapur tapi ada peti ais, pot masak air panas dan paling penting ada mesin basuh baju sekali pakej ampaian yang luas kat belakang. Sempatlah kami basuh semua baju jadi tinggal sikit je baju masyem yang nak bawak balik nanti, ehek.
pinjam lagi seketui gambo dari fb homestay na... jangan mare huhi |
Overall saya saaaaaangat suka dok kat homestay ni. Owner dia pun friendly, siap join kami makan kat kedai bawah tu lagi hehe. Memangnya orang-orang Sarawakian ni peramah belaka ye sebab dari mula jejak kaki kat sana saya dapat layanan yang sangat cosy. Windu Sarawak!
Ok bagi yang nak datang bandar Kuching dan berhajat nak dok kat homestay ni, sila waze SS Borneo Homestay kat alamat ni: Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Kampung Tupong Hulu, 93050 Kuching, Sarawak. Jangan lupa booking dulu di sini: 013-824 9499.
Owh ye, kalau nak baca dari mula journey saya ke bumi Sarawak ni, sila baca part i kat sini:
dan
review homestay masa saya kat Sri Aman kat sini:
JJCM: Ngah Ani Homestay-Sri Aman,Sarawak (Part II).
Nak tau apa tempat menarik kat Sarawak? Tunggu saya cite kat part IV pulak ye! Daaa....
Nak tau apa tempat menarik kat Sarawak? Tunggu saya cite kat part IV pulak ye! Daaa....
pernah sekali saja ke Kuching.. xdan habis ronda skejap sangat perginya.
BalasPadambanyak makanan2 nak cuba.. insyallah soon boleh plan pegi lagi..
Wahhh, nak ituttttt!!! :P
Padamsalam singgah sini.. luasnya homestay , nak bawak ramai keluarga muat lagi ni..
BalasPadamItulah pasalnya. Macam boleh bawak satu batalion hahaha...!
PadamWahhh.. Macam best je duduk sana. Sy tak ada rezeki lagi ke serawak. Moga suatu hari nanti dpt sampai kesana. Aamiin
BalasPadamBest sangat lebih-lebih sebab tayah kuar duit sesen pun hajaja ;P. Insyaallah kita doakan awak dapat gi sana okeh!
Padamlast g sarawak 2013..akk pun sty kt hmstay jgk..mmg best duk omstaykn..snng nk masak2 bgai 😊
BalasPadamBetul2... errr tapi bab masak tu tanak. Dah pi jalan maleh arr nak dok dapo harhar!
Padamyeee saya memang peramah orangnyaa....tiberrrr hahahahha
BalasPadam:P
Padam