Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 7 Februari 2020

Resepi: Puding Pisang Raja



Nampaknya semakin lama semakin banyak lak habuk dalam ni kan heheh... jadik marilah kita turunkan ilmu cemana nak wat puding pisang raja yang simple tapi sedap ni supaya nuffnang tak marah saya, ahaks!


Ekcelli resepi ni colleague saya yang bagi dan dari kali pertama rasa memang terus masuk dalam senarai peberet selamanya! Jom tengok apa bahan-bahannya dan cemana cara nak membuatnya:


Bahan-bahan:
  • Pisang raja yang dah masak sesikat
  • 1 tin susu cair (nak kuah banyak tambah la lagi tau)
  • 1 sudu gula
  • 2 sudu tepung kastard
  • Sedikit badam/ kacang yang digoreng tanpa minyak 

Cara membuatnya:


Hiris pisang kepada tiga bahagian setiap sebiji. Kalau suka tebal belah dua aje. Pastu goreng pisang ni semua dalam kuali yang dah dibubuh sedikit butter. 

...Eh tetiba jadi pertambahan umat pisang ni kan? Hahaha....

Bila dah kekuningan, angkat dan susun dalam bekas. Ikut suka koranglah nak bubuh dalam bekas macamana pun. Saya suka bubuh dalam bekas banyak-banyak cenggini supaya time nak makan boleh amek satu bekas terus ngap! 

Sekarang masa untuk buat kuah dia. Campurkan gula, tepung kastard & susu cair dan panaskan perlahan-lahan dalam periuk. Kacau selalu tau sebab tepung kastard senang melekat dan hangus kat bawah. 

Bila tengok bancuhan tu dah likat, bolehlah tutup api dan tuang atas pisang tadi. 
Akhir sekali, taburkan hirisan badam atau kacang kat atasnya. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang dua jam. Lepas tu tunggu apa lagi, jemputlah makan!


Signature

10 ulasan:

  1. kejam., nmpk sedap pisang goreng raja tuuh.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih sadis, bukan saja nampak tapi memang sedap ajaja...

      Padam
  2. woww... menarik... weekend nie teman nak cuba buat laa... erkkk... boleh guna apa juga jenis pisang kan???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emmm pisang len taknak try sebab tak berani nak durhaka ngan resepi asal hehe... jadi takleh nak komen.

      Padam
  3. tak pernah nak try resepi puding raja ni , asyik tengok gambar jer lalu lalang hii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marilah try! Pastu pass sepinggan kat sini k! Hehe...

      Padam
  4. senang nmpknya...ptg2 tgk ni lapar plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sonang jo! Pejam mata pun boleh siap hajaja..

      Padam
  5. Balasan
    1. Tak pernah try tapi secara logiknya boleh je kan hehe...

      Padam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .