Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label islamic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islamic. Papar semua catatan

Khamis, 15 Oktober 2015

Sikit je lagi! Bantu kami bina surau yek (^_^)

Khamis, Oktober 15, 2015 2 Comments


Hoho! Usang giler blog nih. Dah kata dah jadik PA Kak Rosmah ni memang tak cukup masa dibuatnya ngeh, ngeh...
Ekcelli peristiwa ni dah berbulan yang lepas tapi baru hari ni ada masa nak post =^_^=. Genap sebulan ghaye haritu, Persatuan & Komuniti Bukit Saujana 1 bergabung dengan Surau Nurul Iman Bukit Saujana untuk buat mejelis pecah tanah ni. Kalau korang masih ingat, kiteorang pernah buat majlis perasmian kutipan tabung pembinaan untuk buat surau tetap sebab sekarang ni, kiteorang cuma menyewa sebijik rumah untuk dijadikan surau sementara. So tau jelah macamana tak selesanya bila jemaah ramai. Sapa yang hilang ingatan silelah baca kat SINI.


Alhamdulillah haritu kutipan dah dapat hampir 70% dari kos pembinaan maka kiteorang pun buatlah Majlis Pecah Tanah sekali dengan sambutan hari raya aidilfitri yang dah terlepas itu huhu... Terima kasih bebanyak pada semua yang ada buat sumbangan dan yang belum harap sudikanlah menyumbang kerana kami masih ada 30% lagi dana yang perlu dikumpul sebelum kerja pembinaan bermula. Syukran! Jazakallahu khairan katsira!


Alhamdulillah jugak ramai yang sudi hadir khususnya Tuan Haji Muhd Rashid Kassim, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat DUN Jeram yang sekaligus merasmikan majlis pecah tanah ni. Abang Jibby takde. Dia datang sekali je masa belum pilihanraya dulu dan janji nak buat sebijik lagi sekolah kat sini tapi sampai la ni pun takde, ahaks! Oopsssss.... Jom layan gambo!




Hadiah-hadiah cabutan bertuah. Ramai betui penaja! Mekaseh!

Buah-buahan & hadiah disponsor oleh FAMA. Mekaseh FAMA!

Bukan Dato' K .. ahaks!

Bacaan doa dari orang kuat surau hehe...

Official photog of the day!

Ucapan dari Pengerusi Surau Nurul Iman

Gadis-gadis surau.. ecehhhh

Ucapan Pengerusi Persatuan & Komuniti Bukit Saujana 1


Canerlah leh terlupa lak nama ustad nih hehe...

Ucapan perasmian jeng, jeng, jeng... Tuan Haji Muhd Rashid Kassim di situ!
Kat sinilah bakal tersergamnya sebuah surau tetap untuk kiteorang kat sini. Doakan ye!

Okeh, lastly... harap korang sudilah ye sumbangkan seberapa yang mampu untuk tujuan murni nih. Kasihanilah kami khususnya mak-mak gumuk cam kami nih yang terpaksa solat dalam keadaan tak selesa bersosak dalam surau sementara sekarang nih, heheh!


Budi baik korang saya dahului dengan ucapan terima kasih dan jangan lupe ye redeem mata ganjaran korang kat akhirat sok! Maseh!




Signature

Jumaat, 27 Februari 2015

Indahnya Usrotul Baiti Jannati!

Jumaat, Februari 27, 2015 0 Comments


Seriously nak kabo...

Dulukan... masa zaman-zaman gile keje tak hengat, zaman dimana gadget harus sentiasa hapdet setiap bulan, juga zaman dimana tudung wajib mengikut trend semasa.. masa tu saya lansung tak tau apa itu usroh dan macamana usroh tu berlansung.

Satu hari saya terbaca tentang seronoknya sahabat blogger, InaAchik bila berusroh dengan muslimah tetangganya, saya rasa teruja nak cuba... tapi... masih... disebabkan sibuknya dengan urusan dunia, sibuknya memikirkan hal dunia... saya tak berusaha pun untuk carik majlis ilmu *huhu... moga Allah ampunkan kezaliman saya ke atas diri sendiri, amin!*

Sori Lut... terambek gambo hang tertido plak kuikui...

Hinggalah bila saya berpindah ke Bukit Saujana ni... Allah buka jalan yang mudah untuk saya mencari ilmu. Bermula dengan pengajian solat jenazah di surau, saya terus dipermudahkan jalan olehNya bertemu dengan muslimat-muslimat BS yang sangat mesra sehinggakan dari saling tak mengenali, sekarang kami sudah bagai adik-beradik, huhu... *terharu* Di sinilah saya mendapat kemanisan berusroh dan menghadiri majlis ilmu yang tak putus setiap minggu.

Misi menggemukkan muslimah BS ngeh, ngeh... Mekaseh wei susah-susah datang bawak makanan hehe...
Diyana: Kek Gula Hangus;
 Izan: Roti Jala
(senduk nanti i pulang balik ngan sesenduk cucuq udang na agaga!)
Kak Fie: Bihun Goreng;
Mee tak tau sapa bawak. Sila angkat tangan hehe!
Kuih-muih: Siti, Ina;
Kak Ila: Puding roti;
Kak Maznah/ Bai/ Ija/ Kak Leha: Buah-buahan.
Tuan ghomah? Hee... saya tak pandai masak ngee jadi saya wat Aglio Olio dengan Mushroom Soup & Garlic Bread. Dessert sempat Japanese Cheese aje tapi subhanallah, jiran-jiran saya ni banyak sungguh bawak makanan sampai boleh tapau balik lagi, Alhamdulillah!

Seriously jugak... dulu saya selalu ade negatif perskripsi tentang usroh dan majlis ilmu ni. Saya malas nak carik majlis ilmu sebab saya malu ilmu saya tak tinggi. Saya rasa saya tak layak nak duduk berkumpul dengan orang-orang yang tinggi ilmunya. Tapi rupanya saya salah. Bila kami berkumpul, masing-masing datang dengan satu tujuan iaitu untuk mencari ilmu. Yang lebih sedikit ilmunya bermurah hati berkongsi pengetahuan, yang kurang ilmu pulak tak segan silu berkongsi pengalaman. Dari situlah kami semua pulang dengan ilmu penuh di dada, insyaallah.

Sahabat-sahabat Muslimah BS saya yang cengginiiii...!
Belakang: Izan, Ina, Kak Fie, Ibu Siti, Adda, Luthfiah, Siti, Diyana, Baizura & Aida
Depan: Ija, Kak Maznah, Ustazah Farhiyah, Ibu Fatimah, Kak Ila, Siti & Eyta

Alhamdulillah dengan izin Allah, haritu rumah saya jadi tempat usroh kami. Seronok tau. Banyak keuntungan sebenarnya bila kita menjemput tetamu ke dalam rumah dan lagi lah berlipat ganda pahala bilamana kita mengadakan majlis ilmu di dalamnya.

Tuan ghomah nak gak interprem! Okey, saya gumuk!

Ada tiga cara untuk menghadirkan Malaikat ke dalam rumah dan salah satunya ialah dengan mengadakan majlis ilmu di dalamnya. Masuknya tetamu ke dalam rumah, membawa bersama mereka rezeki buat kita dan beredarnya mereka keluar dari rumah, akan membawa bersama dosa-dosa seisi rumah, Tetamu-tetamu juga bilamana mereka menjamah makanan di dalam rumah yang di dalamnya terdapat ibadah atau majlis ilmu, maka setiap amalan dan ibadah mereka yang berada dalam perutnya atau menjadi darah mereka, pahalanya itu juga akan dapat kepada tuan rumah yang menjamu mereka sebelum itu, Allahuakbar!

Indah sungguh berusroh, kan? Ruginya bertahun tak kenal usroh! Sob, sob... (Hantuk kepala kat dinding).


Signature

Ahad, 8 Jun 2014

Cara transform tudung ala aidijuma kasik lulus ikut syariat ;)

Ahad, Jun 08, 2014 5 Comments


Sekarang ni kan tengah meletop-letop trend tudung bawal Aidijuma. Ate takkan mak tengok aje kot? Cantik wo... tapi kan bidang dia 50" hajer jadik agak tak berapa menepati syarat menutup aurat so meh saya kasik tips bagi yang tergedik cam saya nak jugak pakai tudung pendek tapi in the same time ia masih tutup aurat.


Ingat ye, kite pakai tudung bukan nak tutup kepala tapi nak tutup AURAT.


Cara pemakaian #1: -

Abaikan baju dan tudung yang tak matching itu k!

Stail camni kire okeh jugak. Just ekjas tudung tu bagi bawah dia berlebih aje- automatik jadik tudung bidang 60 ngeh, ngeh.... Tapi cara camni hanya sesuai kalau kita dikunjungi tetamu dan pada masa yang sama kita tak banyak buat kerja yang nak kena ambil barang dari atas. Sebabnya kiri, kanan tudung akan naik sama bila kita ambik barang di tempat yang tinggi so kan dah fail kat situ? Tapi still okay kalau yang datang umah kita tu ipar-duai sebab dorang ni aurat kite dengan depa ade sikit kelonggaran waktu darurat. Contohnya macam basuh pinggan takkan la nak bior je lencun lengan baju sebab punyelah nak kaver kan? No... Nabi kata ada kelonggaran di situ so gunakanlah kelonggaran itu tanpa was-was ye hehe...

Cara pemakaian #2: -


Haaaaaaa hat ni lebih praktik kalau nak pi keluar ghumah! Pusing la berapa darjah pun tapi konpem tiada keraguan di situ, hehe... Caner cara dia? Haaa sonang jek! Korang pi amek satu tudung instant korang yang dah tak pakai atau kalau takde gi ler beli kat paso malam, baru RM15 hajer! Kalau pandai buat muka panda boleh dapat RM10/- lepas less agaga...* INGAT! Tudung instant tu mesti bersaiz >XL untuk dapat hasil yang munasabah, okeh. Tengok makcik kat bawah tu bagi reminder kemahin siap tangan-tangan naik hiu hiu...


Pastu, korang tetas benang yang menyambungkan awning tudung tu dengan kain tudung dia. Kalau nak express, gunting aje tapi lepas tu korang jahit la tepinya kalau tak kang rambu-ramba plak. Sekarang dah siap! Sarung aje tudung instant tadi tu sampai bahu pastu pakailah tudung pendek tadi tu kat atas. Ekcelli tayah buat banyak-banyak pun. Cukup beli satu kaler putih dan satu kaler hitam. Putih untuk baju yang cerah dan hitam untuk baju yang gelap! Bijak tak? Kuang, kuang, kuang... Ekcelli saya dah lama dok pikir nak cipta kain tutup dada camni tapi malas belum ade mase lagi nak design *ceh konon!* Kredit goes to blogger InaAchik sebab dia yang bagi idea untuk kerat tudung instant jadik camni hehe...

Tudung bawal ala Aidijuma saya pakai tu cantik kan? Saya beli kat S2S Collection aje! Bukan tudung aje, brooch cantik dan blouse pun ada. Rasa-rasa nak habihkan duit, jemputlah memborong kat sana ye! Eh, terpromote ke ni? Ngeee...


Signature

Rabu, 4 Jun 2014

Jom tambah saham akhirat yuk!

Rabu, Jun 04, 2014 7 Comments



Alhamdulillah haritu selesailah sudah Majlis Pelancaran Tabung Pembinaan Surau Nurul Iman & Ceramah Isra' dan Mikraj kat taman saya. Allah dah kata kalau kita buat majlis untuk kebaikan dunia & akhirat insyaallah semua urusan Dia permudahkan, Allahuakbar!

Aktiviti berposing sebelum buat keje hias pentas haha...

Kalau korang sume nak tau, kat taman saya sekarang ni takde surau tetap. Yang ada sekarang cuma rumah kosong yang disewa untuk dijadikan surau sementara so korang bayangkan jelah keluasan umah boleh muat berapa orang jemaah ajekan.


Sebab itulah, kiteorang berusaha nak bina sebuah surau tetap yang lebih besar dan selesa. Suma dah beres alhamdulillah, tinggal sekarang kami sedang mencari dana untuk cukupkan belanja pembinaan surau tu aje. Sebab tulah saya harap agar pembaca blog saya ni sudilah kiranya kalau dapat menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Walau RM1 yang korang sudi sumbangkan, memang Allah dah janji terus masuk dalam tabung akhirat korang, Subhanallah!

Posing itu adalah wajib walaupun jam didinding sudah menunjukkan 11:40 malam kan hahaha... These are my lovelies neighbors. Yang sedang riba baby mata bulat ya amat tu ialah isteri Imam Muda Arrazzi.

Selain daripada tu, saya juga akan salurkan setiap RM1/- kalau korang buat pembelian di SugarPlum's Kitchen bermula dari sekarang. Insyaallah.. korang dapat saham, saya dapat tolong orang dapatkan saham, insyaallah!

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

  1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
  3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
  4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
  8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Rayyan yang berjaya mengayat awek huhuuu....


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

  1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


Akhir kata, 
jom layan upacara perasmian dan ceramah Isra' & Mikraj dari Imam Muda Arrazzi yang berlansung pada hari Jumaat 30hb Mei 2014 yang lalu!

 


  Signature

Selasa, 27 Mei 2014

Dulu lain, sekarang lain... Iye ke?

Selasa, Mei 27, 2014 8 Comments

 

Saya tak pasti sejak bila kami adik-beradik mula bela kucing tapi yang saya tahu bila saya dah mula belajar mengenal benda, kucing memang dah ada kat rumah mak. 

Bukan satu tapi dua puluh satu ekor semuanya. 



Bila waktu makan, nanti mak akan gaul nasi dengan ikan letak dalam dulang makan ramai-ramai. Pastu tengoklah macam-macam adegan yang keluar. Ade yang letak sebelah tangan atas kepala yang lain. Ade yang makan sambil menderam. Ade yang konker sampai tengah-tengah dulang sampai terpaksa la yang lain mengalah duduk kat belakang tunggu giliran depa. Sume tu pasal berebut makan.



Bila masuk bab berak pulak, biasanya yang kecik-kecik mak ajar kurung depa dalam bilik jamban bila waktu malam. Dan menariknya, waktu siang bila kami lepaskan dia, bile depa rasa je nak uk uk atau shi shi, dorang akan terus lari lintang-pukang masuk bilik jamban untuk lepaskan hajat. Bila dah besar, dorang berak pulak kat pasir luar rumah. Kalau dorang ade berak kat rumah orang itu wallahualam tapi tak pernahlah sampai umor saya masuk 20-an, jiran-jiran bising kata kucing kami yang berjumlah dua puluh satu ekor tu berak kat umah dorang.

Lepas kawen saya dah tak bela kucing lagi. Pak ustad tak bagi sebab saya didiagnosed ada asthma. Walaupun doktor veterinar kata kucing kalau kerap diberi suntikan dan dibawa ke vet dorang tak akan menyebabkan lelah kepada manusia, tapi sayakan nak jadi isteri mithali *muntah*



Bila saya mula pindah masuk ke kawasan perumahan yang agak suku-elit ni (uuu... elit kewww?) saya dapat tau kebanyakkan jiran-jiran di sini ramai yang membela kucing. Tapi bukan kucing biasalah. Paling kurang pun kucing bulu tebal yang harganya ratusan ribu ringgit. Mak pandang hajelah sebab mak tak mampu. Lagipun mak masih nak jadik isteri mithali hiu hiu... *konon*

Kat sini, kalau kucing kita masuk rumah orang, siaplah... jap lagi gambo kucing tu masuk fb. Kucing pancut kat rumah- sekejap lagi tunggulah kena spray dengan air cili. Kucing berak kat laman umah- bersiap-sedialah jap lagi memang konpemlah dapat dengar sound laser siap dengan subwoofer sekali!



BARANGKALI MANUSIA LUPA BAHAWA BINATANG TIDAK DIBERIKAN AKAL SEPERTI MANUSIA...




Saya teringat kisah dari Ustazah Isfadiah yang comel masa saya pergi kuliahnya kat sini dulu. Ceritanya- dia tak bela kucing. Bela kucing pun dia tak suka tapi tu tak bermakna dia tak suka kucing sebab kucing tu kan binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW :) Alkisahnya jiran dia ni ada bela kucing dan kucing-kucing jiran dia ni suka sangat datang berak dilaman rumahnya. Setiap hari ade je batas pokok yang terpaksa dia buat semula sebab kucing-kucing jirannya ni akan mengais batas dia untuk dijadikan jamban!


Sampailah suatu masa dia rasa macam dah hilang kesabaran dan minta Allah SWT bagi dia ilham apa yang perlu dia lakukan. Akhirnya, dia belikan pasir yang khas untuk kucing berak tu, dia letakkan disuatu sudut di laman rumahnya dan alhamdulillah, sejak itu batas-batas pokoknya selamat sebab kucing-kucing jirannya tu semua membuang dipasir tadi. 

Beliau sangat chomel!

Baginya berapalah sangat harga pasir tu jika nak dibandingkan dengan harga sebuah ikatan kejiranan dan ukhwah sesama manusia. Dia lebih rela simpan sedikit wang untuk beli pasir tiap-tiap bulan malah sanggup buang najis binatang kesayangan nabi tu tiap-tiap hari dari kehilangan kemesraan dan semangat ukhwah sesama jirannya.
Kesimpulan dari pengalaman ustazah yang saya pelajari ialah: -
  1. Guna akal yang waras apabila bertindak, bukan hawa nafsu.
  2. Selalulah 'think positive' dan carik jalan supaya dapat pengakhiran yang baik.
  3.  Bila hadapi kesukaran, jadikan Al-Quran sebagai bahan rujukan.

Ingat...
hanya manusia yang diberi akal fikiran jadi gunakanlah sebaik-baiknya okey. Peace no war ;)

Dengan jiran-jiran aka sahabat bukit's! Ndak gak interprem tuh ahaks!


  Signature
Follow Me at flickr! .