BIODATA
Nama:Bunyit (Buncit+kenit)
Tarikh lahir:Tidak diketahui
Status:Single and available
Jenis kucing:Hmmm... ntahla haha...
Hobi:Suka asah kuku kat kerusi yang Wan beli kononnya sebagai kerusi di majlis persandingan Ijam nanti
Pantang-larang:Jangan tunjuk betis- dia suka kejar dan gigit. Keutamaan kepada yang mempunyai betis yang gebu. Kesimpulannya, sila tutup aurat bila dia ada berhampiran ya.
Sipat buruk:
Bila nampak tilam toto Wan, serta-merta pundi kencing dia tak berfungsi. Maka hancinglah toto Wan dan radio Wan pun bergema, ahaks!
Gambar masa hari pertama diambil- 4hb Jun 2010
Si Bunyit ni sebenarnya aku jumpa kat depan pintu opis masa datang keje. Sian dia... dahla kurus kering, pastu ikut je aku naik tingkat atas sampailah masuk opis. Asalnya nak bagi dia shelter sekejap sebab mase tu hari hujan so sure la dia sejukkan tapi bila dah babysitted dia rasa sayang la plak hehe... Dahla manja, tak bising lak tu (itu kritea paling utama ok! Hehe...) So lepas dapat green light dari Mem Besar yeitu Wan Dolly, akhirnya aku bawak dia balik umah. Aku memang gile nak jadik mak angkat dia tapi soriii... pak ustad dah kate no,no, nooo... awak tu ade asma! So, kenelah redha. Nak tak nak kenalah anak sedare aku jadik mak angkatnya hmm... Skang ni dia dah gile different dari hari dia dibawa balik dulu. Kalau dulu dia pakai saiz XXS, skang mungkin XXL! (Walhal baru lebih kurang 7 bulan jaga tu !)
Gaya nampak lalat atau apa-apa juga benda yang bergerak... termasuk kaki! |
Buat-buat muke marah la plakkkk... hahahaa, dah bosan la tu aku soh posing depan kamera dari pagi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!