Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 17 Januari 2011

Review: Chengal d' Garden Cafe


RATING
Servis: starstarstarstar
Food: starstarstarstar

Kali ni bagi review pasal satu tempat makan yang agak baru la kat area umah aku ni. Rasanya baru setahun lebih kot dorang wat restoran kat situ. Nama restoran tu 'Chengal d Garden Cafe' yang terletak di Jalan Cengal, Taman Setapak, Kuala Lumpur. Lokasi di tepi jalan je so korang mesti tak susah punyalah nak carik. Tapi jangan tersalah sebab berdekatan dengan tempat makan ni ade lagi satu gak kedai makan tapi yang ini selepas tempat cuci kereta ye.

Ini sup campur yang sangat sedap

Konsep kedai ni ialah ala-ala cafe di dalam taman gitu. Tempat duduk boleh pilih samada nak duduk di kosi meja biasa cam kat kedai2 makan lain tu ataupun nak duduk kat beranda. Tapi kat situ sesuai untuk famili la sebab mejanya panjang dan luas. Budak-budak boleh jalan-jalan dalam beranda tu. Tapi amaran kepada yang sakit gout tu sila jangan pilih untuk duduk sini ye sebab kosi takde!- Kene dok bawah, heheh! Biasanya kiteorang kalau gi makan sana memang akan pilih duduk kat beranda la sebab korang tau jelah budak-budak suka lari sana-sini selagi makanan takde depan mata.



Kali ni kiteorang pegi sebab pak ustad dapat bonus, so nak belanje la anak bini ni makan... heheh. Kali ni aku order Fish Grilled Fillet with omellette dengan sos black pepper. Pak ustad makan lamb chop, Mirul makan chicken chop dan Rayyan makan 'acik cup' (Hahahaa... :mJahat: itu pelat dia. Kalau loghat betulnya, nasi dengan sup!)


Yang ini aku dengan Maria yang puuuunyaaaaa... heheh!

Overall okla... Servis boleh tahan cepat dan makanan pun sedap gak. Cuma aku tak dapat nak amek gambar lamb chop yang enak itu sebab dikala itu skirtku yang berkilat-kilat itu telah terbasah. Yang lebih tragis, ia bukan saja basah tetapi terdapat butir-butiran nasik di atasnya diikuti bau yang agak tak best. Huaaaaaaa!!!!! :bofu_24: Rayyan muntah atas skirt aku!!! Rayyyaaaannnn!!!!!!

:pandaGeli_13:

2 ulasan:

  1. no contact dia ada tak kak?? tlg email kite bole???sbb akak tak on9 tu yg minta tlg email....tq

    fitrianengsih@bmi.unikl.edu.my

    BalasPadam
  2. @nana tanjungAlaa nana... taknah lak tau nombornye heheee... leh guguel kot? Ngeee...

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .