Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Ahad, 8 Mac 2020

SPM2019: Budak Akaun... Post ini untuk anda!




Mari kita mulakan entri ni dengan ucapan 'Alhamdulillah' dan 'Tahniah' buat semua SPM candidates 2019 walau dimana anda berada. Walau apa pun keputusan yang korang dapat, percayalah... 

ITULAH PERANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK UNTUK ENGKORANG, insyaallah!

Siyesli, saya teruja jakun betul tengok slip SPM anak saya sebab zaman saya dulu (kurun keberape ntah kahkah...) kat bahagian bawah slip keputusan sementara tu cuma ada tulis samada lulus atau tidak ujian lisan dan berapa aggregat. Berbeza sekarang, ada lima perkara dinyatakan iaitu:

1) Gred English= 

Kod 1119 tu adalah result English SPM biasa yang merangkumi markah dari paper 1 dan paper 2.
GCE lak ialah markah dari Kertas 1 je dan diperiksa menggunakan standard Cambridge English oleh pemeriksa GCE Cambridge. Kegunaan GCE ni bila nak apply study ke luar negara tapi laku setahun sahaja okay... sama macam exam IELTS or TOEFL.


Tapi kan, senang betui hidup korang eh skang ni. Saya dulu kena menapak dari sekolah pegi kedewan sekolah STAR nak amek periksa English 1119 ni tau. Sampai dewan dengan bau ketiak panas, penat lak tu terus kena jawab soklan. Jadi jangan salahkan saya gred tak cantik haha! *alasan  


2) 3756 LCCI=
LCCI tu stand for London Chamber of Commerce & Industry (LCCI) International Qualifications yang merupakan salah satu badan pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka dari United Kingdom yang mengiktiraf kursus-kursus berkaitan dgn bidang perniagaan. So ada la gred-gred dia macam jadual kat bawah ni:


Nota: Permohonan sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yg mempunyai KOD KELAYAKAN MEMOHON SIJIL LCCI pd keratan keputusan SPM.
Kod
Kelayakan
Jenis sijil LCCI
1
Pass with Distinction
Level 2  Book - Keeping & Accounts
2
Pass with Credit
3
Pass
4
Pass with Distinction
Level 2  Book - keeping & Accounts
(Bahasa Melayu)
5
Pass with Credit
6
Pass
*kredit to http://taaishnia.blogspot.com/

3) 3756 LCCI-Prinsip Perakaunan= 
Ada 2 keistimewaan siapa yang ambil Prinsip Perakaunan SPM...
1- Layak memohon Sijil LCCI
2- Layak mendapat pengecualian ACCA-CAT-FA1.

Istimewanya sebab ambil satu subjek tapi bila dapat result boleh dapat lagi satu sijil selain sijil SPM. Kegunaannya bila mohon kerja ada syarikat yang minta sijil ni so kat sini korang dah dapat jimat kos.

Pengecualian FA1 tu kalau sambung dengan ACCA akan terus dapat pengecualian CAT-FA1 so itu pun dapat jimatkan masa dan kos jugak.

4) Perkara asas fardhu ain= Lulus atau tidak. Kalau tak lulus takleh kawen lagi yeay, ahaks! 

5) Layak atau tidak mendapat sijil.


Okeh, sekarang kita cite bab cemana nak apply sijil LCCI tu, ye. Memula kita ucapkan mekaseh kepada hencek OmarFaayiz  sebab kerana tweetnyalah saya dapat info ni. Mekaseh!

kredit to: https://twitter.com/omarfaayiz
Untuk pengetahuan, dolu-dolu permohonan bleh dibuat secara manual tapi selepas SPM 2018, permohonan hanya diterima melalui online sajer kat website dibawah ni. Benda boleh online buat apa nak manual, kan? Heheh!

https://www.lcciasia.com/

kredit to: https://twitter.com/omarfaayiz
Korang isi details & follow je step. Sila isi dan jangan lari.

kredit to: https://twitter.com/omarfaayiz
Dekat select result, check la slip exam tu tulis dapat Distinction, Merit atau Pass, pastu tandakan. Jangan tipu ye.

kredit to: https://twitter.com/omarfaayiz

Step seterusnya, amek je gambar slip sementara SPM korang tu dengan gambar kad pengenalan dan submit! Sonang sungguh, kan? Next, dia akan mintak kita buat bayaran RM35.00 untuk yuran pemprosesan + RM2.25 untuk caj e-service. Bayar jangan tak bayar! Demi masa depan okeh, apelah sangat mengorbankan RM37.25 itu huhu... Dah habis bayar, printlah permohonan korang tu so that nanti korang bleh gi cek kat sekolah samada sijil tu dah ready ke belum untuk di-collect ok!

Last but not least, dak Omarfaayiz ni ada jual buku soklan KBAT dan LCCI klon untuk kegunaan budak akaun SPM. So kalau berminat bolehlah dapatkan dari IG beliau! (Terlambat tau pasal buku ni. Budak dah dapat result baru tau kewujudannya, huhu...) 


SEMOGA BERMANFAAT!

Signature

13 ulasan:

  1. Saya spm dulu student akaun. Sambung study course lain then langsung lupa cemana ilmu akaun sedihnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama gak belajar subjek akaun dulu tapi lepas tu melencong teruih pi grafik! Hajaja!

      Padam
    2. Assalamualaikum nk tnye... Klu kita mbil course selain accounting on diploma ..sijil LCCI ni still valid ke?

      Padam
  2. Assalamualaikum sis Deeb, Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah untuk pencapaian anak2 SPM 2019.
    hehe kite dlu ada gak keinginan nak amek akaun tapi bila direnung kembali..
    idakkkk le teman sanggup =P

    BalasPadam
  4. Best gak la Siti. Yang tak best cuma bila tak tele!!! Hahahaha... yang tu memang buat depression lapan belas tahun!

    BalasPadam
  5. saya tak boleh nak isi ic dengan slip spm sebab dia minta 1 mb

    BalasPadam
    Balasan
    1. oooo i get it! Saiz awak upload tu tak sampai 1MB ye? Besarkan jelah saiznye! Wink!

      Padam
  6. kenapa dia kata tak layak nk apply niiiiiii. dh habis tarikh ttup ke ni????tolong sayaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehhh ehhhh alamak tak pasti lak dik. Cuba awak hantar enquiry kat email dorang.

      Padam
  7. Hi saya student spm 2019 saya ada mohon tapi sijil nya x smpai ii sekrng dh degree pon. Demi kepastia sijil tu akan hantar dekat rumah atau dekat sekolah ye?

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .