Sujud syukur.
Alhamdulillah selepas 14 hari berada dalam tempoh kuarantin, akhirnya anak bongsu saya kembali ‘MERDEKA’. 14 hari bukan sekejap tau gais, lebih-lebih lagi bila melibatkan virus pandemik macam covid19 ni. 14 hari yang penuh saspen, debor... semua ada. Yang peliknya selera makan ummi dia ok je plak walaupun tengah risau-risau tu, ahaks! Meh saya share pengalaman yang kami terpaksa lalui sepanjang tempoh kuarantin tu. Hopefully entri ni dapat menghilangkan kepanikan semua orang dengan virus ni dan tau macamana nak cuba elakkannya, ok!
Well, citer bermula bilamana ayah kepada salah seorang kawan sekelas anak saya, disahkan positif covid19 seminggu sebelum. Kemudiannya pada hari Jumaat, anak saya beritahu yang kelasnya siang tadi kena buat pembersihan sebab kawan sekelas ni tetiba hasil ujian swab kali keduanya positif . Kami parent’s tak dapat apa-apa maklumat dari sesiapa pada waktu ini kecuali keesokannya dah mula terhidu yang ada dua orang murid sekelas dihubungi KKM dan dibawa ambulan ke Hospital Sg Buloh untuk ujian swab sebab depa dua ni memang batuk selsema minggu tersebut. Masa ni grup-grup taman bawah, grup sekolah dan yang sewaktu dengannya semualah kecoh hehe...
Petang hari tu dari grup whatsapp kelas, kami dimaklumkan yang KKM sedang melakukan lawatan ke rumah kesemua 43 orang murid dan 11 orang guru yang mengajar kelas anak saya tu. Tapi dek ghamei na, maka lawatan tu disambung keesokan harinya. Serius beb... serius debor time ni.
Maklonglah giliran tak sampai lagi pastu kena tunggu esok pulak. Yang mana dah dapat kunjungan dok rancak bercerita dalam grup kelas plak tu. Maka tidurlah kamu dalam dup dap sehingga esoknya...
Petang hari tu dari grup whatsapp kelas, kami dimaklumkan yang KKM sedang melakukan lawatan ke rumah kesemua 43 orang murid dan 11 orang guru yang mengajar kelas anak saya tu. Tapi dek ghamei na, maka lawatan tu disambung keesokan harinya. Serius beb... serius debor time ni.
Maklonglah giliran tak sampai lagi pastu kena tunggu esok pulak. Yang mana dah dapat kunjungan dok rancak bercerita dalam grup kelas plak tu. Maka tidurlah kamu dalam dup dap sehingga esoknya...
Okeh so kisahnya bermula pada hari Ahad dimana pagi tu saya dihubungi oleh pegawai dari KKM memaklumkan yang beliau akan singgah ke rumah untuk membuat pemantauan. Petang tu beliau pun tiba kat depan pintu rumah. Huhu... tipu la kalu kata tak debor. So basically penolong pegawai KKM ni mintak details macam sejarah/ route perjalanan anak saya seminggu sebelum tu dan tanya kalau anak saya ada masalah kesihatan sepanjang tempoh tu sampai sekarang.
Kemudian kami diberikan surat kuarantin selama 14 hari untuk anak saya, tindakan yang patut saya ambil jika ada simptom dan juga arahan untuk buat ujian swab esoknya.
HARI UJIAN SWAB
Esoknya, kami semua diarahkan untuk membawa anak untuk ujian swab di Klinik Kesihatan Bestari Jaya. Memandangkan kami ni berjemaah jadi kami dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan A jam 9:00-10:00 pagi, Kumpulan B jam 10:00-11:00 pagi dan Kumpulan C jam 11:00-12:00 tengahari.
I am cannot imagine cemaner depa boleh tahan pakai macam ni kat cuaca yang paneh huhu... Respek sangat! |
Waktu tiba kat sana rasa macam dalam citer X-Files dowh... (Nampak nau peminat tegar siri X-Files ajaja...) Masuk je ada guard yang guide ke tempat parking khas dan kami tak bleh kuar dari kereta hingga sampai waktu schedule kami. Semua yang kat tempat amek swab tu semuanya bertutup litup macam astronaut dan kiteorang tak bleh pi sana kecuali anak-anak yang nak amek ujian swab tu je. Itupun dari dalam kereta sampai ke tempat swab tu kena pakai topeng walaupun idok le jauh na cuma dalam 10-20 langkah je. Strict tak strictnya SOP KKM nak pastikan yang semua in handle tu... tabek spring sangat! Dekat dengan tempat parking tu pulak ada dua orang yang bertugas bagi penerangan kat kami semua.
PROSES KUARANTIN
Ok so seusai buat ujian swap tu, maka bermulalah sessi kuarantin. Kami tak boleh singgah kat mana-mana pun unless darurat sangat dan kalau keluar pun, anak kena tinggal dalam kereta dan pakai mask. So kat rumah, ini ialah benda-benda yang kena buat semasa dalam kuarantin: -
- Mop dan sterilize rumah dengan dettol atau clorox yang anti-bakteria. Mop ni kena buat selang 2-3 hari sekali. Bertambah-tambah ramping lagi pinggang mak, uhuk!
- Anak kena tinggal dalam satu bilik khas dan tak boleh guna tandas yang sama dengan orang lain. Kalau dia nak apa-apa, kena ambilkan (kemainkan macam raja?). Sabo, sabo demi tanak merisikokan diri dan keluarga tersayang huhu...
- Tiap kali selepas anak guna tandas, tandas tu kena dibersihkan dengan dettol atau clorox.
- Makan minum anak kena guna pinggan mangkuk pakai buang sebab lepas dia habiskan hidangan, pinggan mangkuk tu kena masukkan dalam plastik dan terus buang dalam tong sampah. Owh ye, dia kena makan minum dalam bilik khas tu jugak tau. Tak bley turun makan sama-sama kat meja makan huhu...
- Kalau anak nak keluar dari bilik sekejap, kena pastikan dia pakai topeng dan sanitize semua tempat dia pergi dan benda yang dia sentuh. Saya buat satu botol spray larutan air+dettol jadi saya spray je kat tempat-tempat tu. Owh ye, sejadah pun tak bley kongsi raya okehhhh...!!!
Sepanjang-panjang tempoh 14 hari kuarantin ni, pihak KKM dengan friendlynya akan hari-hari tepon tanya keadaan anak kita samada ada demam, batuk atau selsema. Hmmm.... walaupun tu memang tugas depa tapi bagi kami yang hati tengah gundah gulana ni, benda sekecil itu pun sangatlah tacing huhu... Timekacih!
Akhirnya, selepas 14 hari jadi tahanan kuarantin, kiteorang kena pi Klinik Kesihatan Bestari Jaya sekali lagi untuk buat pemeriksaan. Alhamdulillah, lepas pemeriksaan anak saya pun dapat surat pelepasan tapi kami dinasihatkan supaya cepat-cepat bawa dia semula ke sana untuk ujian swap kalau dalam masa terdekat tetiba dia ada simptom-simptom coronavirus.
Untuk info, peristiwa ni berlaku sebelum gelombang yang kedua dan masa tu tak ramai lagi bilangan yang positif. Pada masa entri ni ditulis, negara kita sudahpun melalui gelombang yang kedua dan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan selama 14 hari. Saya merayu sangat kepada semua, TOLONGLAH patuhi perintah ni sebab saya dah melalui sendiri pengalaman anak dikuarantin, melihat para petugas KKM bersusah-payah berkorban masa dan tenaga untuk pastikan kita selamat dan believe me, itu semua bukan kerja mudah.
Saya juga salute dengan sekolah TTDI Jaya (bukan sekolah anak saya) kerana memberi contoh yang baik bagi mengelakkan ibubapa panik dengan situasi di sekolah. Mungkin sekolah lain boleh ambil tindakan bijak mereka ini sebagai suatu contoh untuk situasi sewaktu dengannya dimasa hadapan.
Bagi umat Islam, bersabarlah dan banyakkan berdoa serta bertaubat. Yang ditakutkan ialah mati disebabkan oleh virus sekecil ini sedang mati itu memang sudah pasti untuk semua makhluk Allah SWT. Tapi Nabi ajar kita supaya jangan bertawakal selagi kita belum berusaha jadi berusahalah sedaya mampu untuk elakkan dari dijangkiti apetah lagi menjangkiti orang lain. Tapi sekiranya ditakdirkan anda menjadi salah seorang yang dijangkiti, redholah bahawa anda telah terpilih untuk ujian Allah ini. Yakinlah pada Allah bahawa virus itu juga makhluk Allah maka Allah jugalah yang bisa mematikannya.
Buat semua para petugas KKM walau dimana anda berada dan khusus buat petugas di Klinik Kesihatan Bestari Jaya, para penolong pegawai yang telah banyak berkorban dan bertungkus-lumus bertugas walaupun pada hari cuti hanya untuk memastikan keselamatan kami dan orang lain terpelihara, acik-acik cleaner dan kesemua pahlawan yang tidak didendang- saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga dan mendoakan agar kalian semua mendapat keberkahan hidup serta sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, amin ya rabbal alamin.
Akhir sekali, timekasih buat sokongan moral dan doa yang tak putus-putus dari adik-beradik, sanak-saudara, sahabat handai dan jiran tetangga. Sebenarnya doa-doa inilah yang menjadi penguat semangat kami ketika mendapat ujian ini. Dan melalui ujian ini juga saya belajar betapa mudahnya kuasa viral dan fitnah tersebar hanya dari sekeping gambar, nauzubillahiminzalik. Moga kita semua terhindar dari sifat-sifat yang keji, amin ya rabbal alamin.
مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ
Ertinya:
“Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerusakan dimuka bumi” (QS. Al-Maidah: 32)
allahuakhbar.. semoga semua baik2 saja.
BalasPadamalhamdulillah untuk kesembuhan.. take care..
Alhamdulillah, amin yra. Jzkk!
PadamAllahuakhbar. Berita macam ni memang susah kita nak hadam dan handle. Alhamdulillah semuanya baik-baik je. Harap semua boleh beri kerjasama untuk memudahkan kerja demi keselamatan bersama. Semoga Allah lindungi kita semua. Aaminn
BalasPadamUjian untuk kita semua, dalam tempoh wabak covid ni macam2 boleh tengok perangai manusia macam mana, semoga kita tak tergolong dalam golongan tersebut. dan semoga kita menjadi rakyat yang sentiasa patuh arahan.. sejak covid menular ni, nampak macam segala terbatas nak buat itu ini. bertabah lah kan,, semoga kita termasuk orang yang sabar :)
BalasPadam