Mak ni idok le ghajin na sebenarnya nak travel-travel nih. Tapi kalau hari-hari dah kena pujuk rayu dengan anak dara nak try naik pengangkutan awam
(maklumlah, sejak lahir tak pernah naik bas hatta bas sekolah. Okeylah tipu, mungkin ada la sekali kot masa kicik ikut saya gi Chokit) jadik mak yang baru abeh pantang ni pun gigih la jugak bawak dia gi 1Utama haritu. Alang-alang dah ajo anak dara naik pengangkutan awam ni kan, meh mak nak turunkan ilmu macamana nak travel dari Saujana Utama, Sg. Buloh ke 1Utama Mall tu ye. Kalau korang berhajat nak pegi sana naik kete, silelah waze aje okeh, itu lebih afdhol hehe...
- Okeh, memula korang kena tau kat mana port dan pukul berapa bas dari Saujana Utama ni akan bergerak. Ni infonya: -
*INFO PERKHIDMATAN BAS SAUJANA UTAMA - KL*
Nama Syarikat: Bas Selangor
No Bas: 101
Laluan Perjalanan: Saujana Utama-KTM Sg Buloh- Kepong -Bangkok Bank (KL)
Jadual Perjalanan
Hentian & Masa:
*Hentian Pertama* : *Seri Pagi (SU-KL)*
Masa : 6.30 pagi, 11.00pagi, 3.00 ptg
*Hentian Bangkok Bank (KL-SU)*
Masa: 9.00pagi, 1.00ptg, 6.00ptg
*Tertakluk kepada kesesakan jln & perubahan jadual oleh syarikat bas.
- Korang boleh tunggu kat mana-mana bus stop dalam Saujana Utama tapi kalau nak selamat, tunggulah kat hentian pertama bas yeitu kat Seri Pagi sebab kat situ kalau dia sampai, dia tak teruih jalan tapi dia akan tunggu lebih kurang 5-10 minit sebelum meneruskan perjalanan. Cuma haritu hari malang kiteorang kot sebab saya dapat info yang bas ada selang sejam, jadinya seawal pukul 8:00 pagi kiteorang dah terpacak kat situ. Tunggu punya tunggu, akhirnya pukul 10:00 pagi baru dia sampai port huhu...
|
Tiket bas sorang RM2.50 aje dari SU ke stesen MRT Sg Buloh-Kajang tu. Kalau dia caj lebih, silalah saman. |
- Perjalanan dari hentian Seri Pagi tu ke stesen MRT Sg. Buloh adalah dalam 20 minit (bergantung kepada hari jugaklah... hari yang saya pergi tu Public Holiday jadi jalan lengang hehe...). Bas akan berhenti betul-betul kat tepi tangga untuk naik ke stesen MRT jadi turun je dari bas, bersedialah pasang kuda-kuda untuk mendaki tangga tu ye.
|
Sila klik gambar untuk tumbesaran sihat. |
- Bila korang berada dalam ruang legar MRT tu, silalah bukak mata besar-besar dan mulakan misi mencari mesin token ye. Bila dah jumpa, pilih perjalanan ke hentian BANDAR UTAMA dan samada nak token pergi-balik ataupun sehala. Tambang untuk perjalanan sehala yelah RM3.80 aje, Bila dah puas ati, tekan Ok dan nanti korang akan dapat token kaler biru macam dalam gambo tu. Ingat tau, kalau korang beli token pergi balik, simpan token tu baik-baik sebab nanti time balik korang nak guna balik. Kalau tak, sangkutlah korang kat hall nak masuk tu like forever heheh. Okey dah settled beli token, bolehlah scan token korang kat hall masuk ke ruang menunggu MRT tu dan tunggulah sehingga ia tiba ye. Owh ye, jangan risau kalau tetiba blur. Tanya je kat staff sana sebab depa suma sangat peramah dan friendly sangat okeh! (Mekaseh ye abang staff yang bagi tunjuk ajar kat kami budak first timer naik MRT nih hehe!)
|
YEAYYYYYYY Keretapi dah sampai!!!! Errr keretapi ke hee... |
|
Bersih dan kemaih sangat dalam ni. |
|
Dalaman dia tema kaler biru yang cantik. |
|
Perasan ke perasan? Hahaha.. ye, tadak orang selain kami! Kamilah RAJAAAAA!!!!! (Tumbuh tanduk) |
- Perjalanan dari stesen MRT Sg. Buloh ke stesen Bandar Utama amek masa lebih kurang 30 minit la lebih kurang. Bila dah sampai, korang jalan je teruih nanti nampak signboard 1Powerhouse. Kalau nampak tu kira betuilah tu. Nanti korang akan nampak MRT feeder bus bersusun kat tepi jalan.
- Bukan semua MRT feeder bus tu akan lalu ke 1Utama tau jadi korang kena tengok betui-betui kat bas tu dia tulih apa. Carik bas yang ada tulih laluannya T812.
- Tambang feeder bus ni RM1 aje tapi kalau korang nak jimat
kedekut taik idung masin, korang boleh je lintas jalan dan teruskan berjalan kaki selama lebih kurang 5-10 minit bergantung kepada kelajuan korang dan nanti korang akan jumpa pintu masuk 1Utama tu. Kalau naik bas, nanti dia akan belok ke kanan dan tak sampai 5 minit korang pun sampailah kat 1 Utama Centre Court Entrance (Dataran Bandar Utama). Lepaih tu, bolehlah teruskan aktiviti menyoping dan mencuci mata ye.
- Waktu nak balik nanti korang ada 2 option gak samada nak menapak je atau tunggu feeder bus. Tunggu je feeder bus kat tempat korang tunggu tadi tapi saya tak pasti berapa lama masa menunggu sebab haritu kami menapak aje. Tempat menunggu bas untuk balik ke Saujana Utama pulak, korang cuma jalan ikut jambatan yang sama korang naik ke MRT masa datang memula tadi tapi instead of turun ke tempat bas turunkan korang tadi, korang jalan teruih je ke opposite road dan tunggu bawah jambatan tu ye. Jangan lupa berdoa bas sampai cepat! Ahaks!
Sekian saja pelajaran kita untuk harini ye murid-murid! Daa....!
Perjalanan dengan Perodua Bezza 2020 akan menjadi menyeronokkan tahun ini
BalasPadamTengok gak perjalanannya tu kemana. Kalau takat ke kedai Acheh depan taman ni ido le seronok beno.
PadamThank you!
BalasPadamThank you!
BalasPadam