Mari mengeluarkan entri terperam lagi ye. Dah 4 bulan baru
ghajin ada masa nak tulih review pasal restoran arab ni agaga... bizi betui kehidupanku kan? Heheh!
Restoran ni baru je bukak dalam bulan Oktober 2016 kat Saujana Utama, Sg Buloh ni. Dia punya pemilik, tukang masak, pelayan, tukang bancuh ayor... semuanya orang arab... kena pulak dengan decoration dalam restoran ni kan, memang korang akan rasa macam tengah makan kat tanah arab punyelah!
Harga dia pun tak la mahal dan tak juge murah. Kira standartlah untuk masakan arab ni. Menu dia pun banyak berhelai-helai pages sampai tak tau nak order yang mana satu hehe...
|
Mari mulakan dengan ayor oren dan ayor apple hijau ni. Saya tak rasa sebab masa ni baru abes pantang tapi mereka-mereka yang mengodernya kata sodap! |
|
Ni namanya Chicken Grill Mandy. Sedap! |
|
Yang ini MY PEBERET... Beef Hummus! Roti dia boleh pilih nak roti nipih macam dalam gambo ni ke atau roti nan. I like yang nipih pasal nak diet*LAH*SANGAT. |
|
Yang ini Chicken Mandy Hanith. Pun sedap! E-ehhh macamana bleh tau ek? Agaga... |
|
Hehe... ini budak memang dari kecik kalau jumpa nasik macam sepuluh tahun tak makan ngeee.. taktaulah ikut perangai sapa *lap peluh* |
|
Jangan main-main... Wan Dolly skang pun dah pandai diet tau. Tak caya tengok dia makan ni aje- Chicken Kebab. Like mother like daughter sangat haha. |
|
Ni iklan sampingan- Kat sini ada gak juai eskrem ni & boleh je pi pilih sendiri nak flavour apa. Demi nak rasa sedap ke tak, saya sanggup langgor pantang sesuap. *Alasan!* |
|
Ni Lamb Mandy Thani. Kalau kata kambin toksah pikir la haih sapa punya. Konpem pak ustad la yang punya hoho. Tapi macam biasalah dia mesti suap punya bini dia yang dari mola dok perati je dia makan tu kan hehe... daging dia lembut sangat & sedap! |
|
Hat ni nama dia Lamb Oqdeh. Hat ni pun sedap gak rasa dia ala-ala rendang tapi ada masam-masam sket. Yang ni pun boleh pilih nak makan dengan roti nipis ataupun tebai. |
|
Yang ini nama dia Shawarma Chicken. Biasa shawarma dia depa lipat lepat siap kan? Tapi kat sini depa boh seketui ayam tu ha pastu pandai-pandai la lipat lepat sendiri. Sodap gak! |
|
Okeh, disebabkan makan banyak sangat, maka kenalah singgah dikedai perabot berdekatan untuk eksesais mata ye. Kalau teruih balik tido nanti naik 10kg lagi, hehe... |
Okeh, overall saya rasa masakan kat sini memang sedap. Environment pun selesa & layanan dia memang terbaik. Haritu sebelum balik depa tahan bagi kami free teh arab dulu. Malam tu lak hujan gerimis memang terbaeklah pekena teh arab yang berempah tu. Lagi best depa siap pasangkan kipas khas kat meja kami aje sebab dia kata memang adat depa kalau minum teh arab tu kena pasang kipaih. Gamaknya sebab teh tu memanaskan badan la kot no. Ntah la kalau depa chong pun kami pecaya je agaga... so berapa bintang saya nak bagi? Nin diaaa...
RATING
Cubalah weh!
Alamakkkk! nampak sangat menyelerakan. dah la tak makan lagi,
BalasPadammemang menduga betul ni hehehe. btw saya singgah sini dan follow ya!
Nice blog, salam perkenalan :)
jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)
@Seorang SyedMekaseh dek sudi jenguk dan salam perkenalan. Masuk blog ni ada syarat. Syarat dia perot mesti mau isi dulu kalau dak ngences harhar...
BalasPadamLamanya tak pekena masakan arab. Boleh mencuba ni
BalasPadamSila, sila... Boleh jemput saya sekali hagaga
PadamNasi arab selalunya sedap. Susah nk jumpa yg tak sedap. Haish tgh2 hujan ji nampak nasi mandy tu jadi terkenang2 masa mkn nasi arab😃
BalasPadamApa yang dikenang peristiwa lalu. Jom makan nasi arab haha...
PadamItulah. Memula macam err salah order ke tp dia kata itulah dia. So okayyy...
BalasPadam