Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Wednesday, March 21, 2018

Novel Review: Asrama:2




KATEGORI: 
BUKU

PENULIS:
 MUHAMMAD FATRIM

PENERBIT BUKU:
FIXI

GENRE:
REMAJA
SERAM
PERSAHABATAN

BIL. HALAMAN: 290


Lama dah tak baca buku Fixi ni kot. Sebab utamanya buku depa ni semuanya ber'hantu'. Beli satu buku, habis baca satu hari. Beli 10 pun habis baca 1 hari jugak >nangeh<. Harini ntah cemana tetiba berjaya pukau anak dara belanja ummi sebijik Fixi dan buku yang dia pilih bertajuk Asrama:2. Orang nak belanja so saya redho hajer dia nak belikan buku yang mana, heheh! *gelak syaiton*

Novel karangan Muhammad Fatrim, anak kelahiran Sabah ni merupakan sambungan dari novel pertamanya Asrama so kalau korang nak lebih 'feel', korang kenalah baca novel dia yang pertama tu kalau dak nanti tak berapa nak paham. Satu yang saya 'salute' ialah penggunaan dialog dan ayat yang banyak menggunakan bahasa Sabah dan keupayaan penulis memperkenalkan kepelbagaian suku kaum, keunikan makanan, tempat dan tradisi di Sabah secara tidak lansung semasa korang membaca novel ni.


Okey, so apa cerita dia sebenarnya. Opkos yang pertama sekali, ia adalah sambungan dari novel: Asrama dimana kalau korang ingat asrama tu pernah terbakar dan dihuni oleh beberapa roh pelajar yang maut terbakar. Kali ni karakter utamanya ialah Lily, seorang budak berumur 16 tahun yang nak hadap PT3 tapi masa yang sama dia ada masalah kisah silam sebagai mangsa yang terselamat dari 'Pembunuh Tangan Hilang' sewaktu kecik.

Lily ni baru je berpindah masuk ke sekolah tu selepas hadapi masalah dibeberapa sekolah yang lain sebelum ni dan ekceli masalah dia ialah ada 'sesuatu' yang asik bagi dia arahan dan kononnya 'membantu' dia bila kesusahan. Jadi instead of ada 3 'roh' penghuni asrama tu, dalam Asrama:2 ni ada satu lagi watak entiti lain dan beberapa lagi watak 'roh' penghuni asrama yang muncul nanti korang tak sangka mereka tu sebenarnya 'roh' juga huhu... nak tau depa siapa, korang kenalah baca sendiri weh! Baru thrill hehe... >wink<


Secara kesimpulannya, saya rasa novel ni berjaya menyambungkan novel Asrama dengan baik. Jalan cerita mudah difahami dan korang kena biarkan otak korang berimaginasi untuk dapatkan kesan 'horror' tu sikit. Cuma saya rasa macam tergantung sikit kat hujungnya tapi mungkin jugak itu memang hajat penulis untuk bagi pembacanya guna otak untuk pikir sikit kan. Yelah, otak tu kena bagi jalan juga kalau dak nanti berkarat heheh... So yang belum baca, saya rekemen korang untuk dapatkannya dan baca. Novel Fixi memang tak pernah mengecewakan punyelah!

SINOPSIS:
Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim?
Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan 'Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dulu.
Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi 'sesuatu'?
Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni?

Signature

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .