Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 29 Mac 2018

JJCM: Bandar Maharani, Muar, JDT (Versi Tempat Penginapan)



Dah penat berjalan kat tempat-tempat menarik dalam Banda Muo, pastu dah tau kat mana tempat makan nak dituju... sekarang mari kita cerita pasal kat mana korang nak bermalam pulak. Kat sini ada banyak sangat pilihan hotel dan homestay sebenarnya. kalau korang rajin pusing-pusing dalam bando dia memang konpem punya nampak signboar hotel. Tapi cam biasa, kalau waktu cuti sekolah, adalah lebih afdhol korang tempah dulu sesiap sebelum pergi. Kalu gamble jek sampai sana pastu tetiba takde yang kosong, jadik gelandanganlah pulak kang tido dalam kete huhu...

Oleh sebab saya bijak orangnya *hehe...* 2 minggu sebelum ke sana saya dah pun buat tempahan melalui applikasi Trivago. Ada banyak pilihan hotel tapi saya tertarik dengan Hotel The Grace. Meh saya kasik review: -

Hotel ni terletak kat tengah-tengah bando jadi amatlah senang nak mencariknya dan parkingnya pun banyak. Landmark mudah nak carik hotel ni ada Restoran Perfecto yang giler cantik berada disebelahnya. Alamat kalau nak gugel ialah 1998, Jalan Pesta 2, Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 1, 84000 Muar, Johor, koordinat: 2.0495884,102.5162314,12z.

Bila korang masuk je kat pintu utama, korang akan jumpa kaunter registration dulu kat bawah. So lepaih dah register nanti korang dapat kad access, bolehlah panjat tangga ke tingkat 1. Kat ruang atas tingkat 1 tu nanti ada tempat rehat tetamu yang cantik so kalau mengah angkat beg macam saya, dialukan untuk caj semula oksigen kat ruang ni.

Diruang yang sama, ada tempat untuk layan komputer dan opkos wifinya percuma! Sebelah tepinya pulak ada peti ais dan tempat membancuh air panas. Saya tak cuba jadi saya taktaulah betul ke idok tapi saya ada baca review kat Booking.com yang semua tu percuma aje. Kat tingkat ni pun ada bilik tapi bilik saya kat tingkat 2. Hilang lemak 10kg!

Saya pilih bilik berkatil extra-queen so katil dia boleh muat 3 orang *yang kuruihlah macam err..😌* Bilik dia cosy sangat cuma agak cramped untuk 2 orang dewasa, 2 remaja dan sorang kanak-kanak. Boleh je mintak billik twin (bersambung) tapi bila pikir sama gak nanti bila budak-budak ni takut, depa mai cabut lari tido satu bilik gak, so batalkan jelah niat murni itu, haha.

Aircond dia berfungsi dengan baik, tv pun dapat semua channel biasa. Walaupun bilik yang kiteorang inap ni betui-betui kat belakang kedai makan cina, tapi tingkap dia tak tembus bunyik lansung. Sangat aman damai dok kat dalam bilik ni sampai rasa malas nak keluar, haha. Semua kat sini ok sangat cuma satu je iaitu masa saya nak check out, kerani kaunter tu tengah sembang dengan colleague dia thru phone dan yang tak bestnya dia maki hamun dan kutuk 'seseorang' depan kiteorang dan sorang kastemer yang baru nak check in dengan selamba hajer which is saya rasa tak patut kot bersembang gitu depan kastemer, huhu... Tapi, selain daripada tu, saya bagi 5 🌟🌟🌟🌟🌟!

Okey, kalau korang nak tau apa tempat menarik yang korang boleh lawati kat Bandar Muo, silelah klik link ni ➩ https://deebpunyecite.blogspot.my/2018/03/jjcm-bandar-maharani-muar-jdt-edisi.html

Kalau nak tau apa makanan yang patut korang cuba bila berada di Muo pulak, klik je sini ➩ https://deebpunyecite.blogspot.my/2018/03/jjcm-bandar-maharani-muar-jdt-versi-nak.html

Signature

2 ulasan:

  1. ya ampunnnnn... peminat setia akak rupanyer hauhauhaua.... lama tak pi muorrrr makan seafood hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ekeke... Pi jgn lupa jemput peminat setia ni harhar

      Padam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .