Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 22 Jun 2012

Al-Fatihah sahabat!




Khamis Jun 21, 2012
Pegawai Komando TLDM Maut Selepas Jalani Latihan
KEMAMAN: Seorang pegawai komando Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut, Perak dilaporkan mati mengejut dua hari lepas selepas selesai menjalani latihan di laut berdekatan Platform Alpha Tinggi, kira-kira 125 batu nautika dari perairan Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari ketika Lt Komandan Shamrus Che Dan, 37, menjalani latihan bersama anggota yang lain.
Allahyarham dilihat berada dalam keadaan yang sangat letih selepas menjalani latihan dan kemudiannya pengsan.
"Melihat kejadian itu, anggota pasukan yang lain terus meminta bantuan dan mangsa kemudiannya dibawa dengan helikopter untuk dihantar ke Lapangan Terbang Kerteh bagi mendapat rawatan di hospital.
"Bagaimanapun sebaik tiba di lapangan terbang, mangsa disahkan meninggal dunia," kata Che Suza kepada Bernama.
Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

Untuk pengetahuan sume, arwah adalah rakan sekolah saya semase di Sekolah Menengah Teknik Ipoh dulu. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat arwah dan berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin, amin.

Notakaki Saiz Tujuh:
Masuk ni dah empat orang sahabat saya yang dah pergi menghadap-Nya. Sekarang tunggu giliran diri sendiri... semoga bersih dari segala dosa semasa nyawa ditarik hendaknya, amin!

Signature

7 ulasan:

  1. alfatihah

    takziah buat keluarga arwah, ya allah suspen pulak baca tang nota kaki tu, dahlah diri sendiri byk sangat dosa

    walaupun mati tu pasti, moga kita semua kembali padaNya dalam keadaan yg baik2 belaka

    BalasPadam
  2. Innalillah... Berita kematian orang lain kadang2 buat buat kita insaf betul tak? Deeb mesti rasa mcm menggigil lutut bila dgr kan? Sbb org yg Deeb kenal.

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah utk arwah kawan deeb

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .