Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 21 Jun 2012

Novel Review: Mustafa Kamal Ataturk



Terus-terang cakap la eh- saya ni sungguh la tak minat baca novel. Lebih-lebih novel yang cintun-cintan adehhh... wajib makan setahun nak abeskan! Wat mase ni novel yang ala-ala gitu yang berjaya dibaca sampai abes cume novel 'Ombak Rindu' je. Itupun pinjam dari anak sedare sebab orang dok kate cite dalam novel lagi best dari yang kat filem (walhal yang kat filem pun tak tengok gak! Dah donlod lame dah tapi terperap dalam lappy aje. Asal nak tengok je rase ngantuk so sampai harini tak tengok lagi bulih? Akaka....)


Novel yang boleh masuk sejak dari saya kecit dulu pun cume novel penyiasatan- itu aje. Maklumlahkan, kecit-kecit dulu cita-cita nak jadik polis tapi mak tak bagi sebab takut kena tembak. Kalau tidak mesti skang saya dah gleme berlakon dalam cite CSIkan! Tapi ntah canerkan, haritu terpandang kat novel sejarah karya Abdul Latif Talib (pengarang novel sejarah no. 1 di Malaysia) ni masa saya gi MPH haritu. Belek-belek dia punye sinopsis cam best la pulak. Lebih-lebih lagi sebab saya selalu baca pasal kekejaman dan keterseksaan hidup Mustafa Kamal Ataturk pada akhir-akhir hayat sehinggalah kisah bagaimana kuburnya tidak diterima bumi sehingga kini. Tapi sampai setakat ni saya masih belum jumpa artikel yang benar-benar menceritakan perihal beliau dari mula hingga akhir hayatnya dengan terperinci.


Akhirnya haritu saya jumpa jugak buku yang cite details macam yang saya carik tu. Novel ni sangat lengkap dan terperinci. Ade la gak satu, dua chapter cite tang dia lead perang-perang tu berkurun gak la saya nak abeskan (maklumlah tak minat lansung bab politik ni!) Tapi akhirnya berjaya gak saya habeskan 408 mukasurat itu dalam masa sehari. Meh saya share sket apa yang terkandung dalam novel ni ye: -


  • Beliau dilahirkan tanpa diketahui siapa bapa yang sebenarnya kerana terhasil dari pesta kambing orang-orang yahudi.
  • Nama asal beliau ialah Mustafa Kemal Pansha tetapi beliau tidak menyukainya. 'Ataturk' yang bermaksud patung berhala yang disembah ditambah sendiri oleh Mustafa Kamal kerana tertarik dengan nama itu.
  • Sejak dari zaman kanak-kanak sifat mementingkan diri dan sifat buruk sudah kelihatan pada dirinya.
  • Ibunya yang berasal dari keturunan yang kuat agama berusaha menghantar beliau belajar agama dan mengaji tetapi beliau lebih berminat dengan pendidikan teras. Ini dikuatkan pula dengan sokongan dari ayah kandungnya yang sanggup membiayai segala kos perbelanjaan sekolah tersebut (Arwah ayah dan ayah kandungnya adalah dari golongan Yahudi Dughallah iaitu golongan yang mengaku Islam supaya mudah diterima dalam masyarakat sedangkan ibadat dan amalan dalam Islam tidak pernah diamalkan. Malah lebih teruk, mereka melakukan apa yang dilarang dalam agama seperti minum arak dan sebagainya)
  • Setelah dewasa beliau masuk ke sekolah tentera dan terus terlibat dalam peperangan menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah. Bermula di sini semakin terserlahlah sifat-sifat buruknya. Beliau menganiaya sesiapa saja demi cita-citanya tercapai dan lansung tiada sifat menyesal atas apa yang dilakukannya. Ini termasuk menghalau Sultan Abdul Hamid dan menjatuhkan kerajaan Islam dalam sehari saja.
  • Akhirnya setelah pelbagai penganiayaan yang dilakukannya (bab tu panjang so kena baca sendirilah ye! Theeee...) beliau akhirnya berjaya menjadi Presiden Turki. Semasa menjadi presiden ni, beliau telah menghalalkan banyak perkara yang dilarang di dalam Islam seperti azan dan bacaan dalam solat harus diganti dengan bahasa Turki, wanita-wanita dibenarkan membuka hijab dan mesti memakai pakaian-pakaian barat yang seksi, serban kaum lelaki pula mesti ditukarkan kepada topi koboi dan sesiapa yang ingkar telah digantung sampai mati. Lebih dari 10 ribu masyarakat Turki mati di tali gantung kerana ingkar dengan peraturan barunya itu.
  • Beliau telah menjadikan masjid-masjid di Istanbul (Konstantinopel) sebagai muzium, gudang dan selebihnya ditutup dan tidak dibenarkan sesiapapun untuk solat berjemaah.
  • Tabiat buruknya ialah menjadikan arak sebagai minuman hariannya dan gemar berfoya-foya. Beliau juga kononnya mengamalkan sistem sekular tetapi hakikatnya menjalankan sistem komunis iaitu semua rakyat wajib melaksanakan apa saja yang beliau perintahkan tanpa perlu dibincangkan dengan para menteri.
  • Bab yang menginsafkan yelah part di akhir-akhir hayat dimana beliau menghidapi penyakit misteri, perutnya dipenuhi cairan kuning sehingga kembung dan terpaksa dibuang berkali-kali. Tubuh badannya bersisik akibat gatal dan panas yang tidak tertahan. Sehingga pada suatu masa beliau masih rasa panas walaupun dimandikan dengan ais dan beliau tinggal di lautan buat beberapa ketika dengan harapan panasnya akan hilang tapi gagal.
  • Selepas kematiannya pula berlaku insiden dimana jenazahnya terbiar lama kerana berlaku pertelingkahan sesama menteri mengenai cara menguruskan mayatnya. Solat jenazahnya pun dilakukan secara tertutup dan bacaannya kesemua di dalam bahasa Turki (termasuk Al-Fatihah)
  • Akhirnya mayat beliau di awetkan dan diletakkan di dalam muzium yang asalnya adalah masjid yang  beliau tukarkan menjadi sebuah muzium semasa hayatnya.
  • Selepas 13 tahun, akhirnya menteri-menteri bersepakat untuk menguburkannya di atas sebuah bukit tetapi selama tiga hari jenazahnya dikuburkan, tiga hari berturut itulah juga jenazahnya terkeluar semula dari dalam tanah pada keesokan harinya. Oleh sebab itu akhirnya mereka meletakkan jenazahnya semula di dalam muzium untuk menjadi tatapan masyarakat Turki sehingga ke hari ini.



So kesimpulannya, novel ni selain mengenalkan kita siapa itu Mustafa Kamal Ataturk, ia juga sangat menginsafkan dan boleh dijadikan pengajaran buat kite semua. Untuk itu, saya bagi sepuloh bintang untuk novel ni!

Signature

16 ulasan:

  1. baru ku kenal siapa mustafa ataturk ini...heheheh

    BalasPadam
  2. kekadang nak juga baca novel2 ni tpi masa tu cam semput ler sgt

    BalasPadam
  3. Banyak giler buku dlm list yg nak kena baca...

    BalasPadam
  4. @LinHehehe.. itu list kumpul dari tahun bape tu gamaknye? :P

    BalasPadam
  5. rajin farah baca novel macam ni.. kalau saya rajin baca novel yg kisah rumahtangga je.. hehehe..

    BalasPadam
  6. @EriyzaBoleh sangat Eriyza! Jom dating! Theee...

    BalasPadam
  7. @Farah ShamsudinTakper... janji bace! Hehe... kite ni pun baca sebab memang interested nak tau pasal mamat ni je! Aci tak?

    BalasPadam
  8. seram pulak bila dgr mayat dia terkeluar dari kubur......

    BalasPadam
  9. kat mana jual novel ni??area selangor...

    BalasPadam
  10. @Eny YusnizarKan... itulah balasan yang sepadan dengan perbuatannya memperlekehkan hukum Allah. Subhanallah!

    BalasPadam
  11. Asalamualaikum.. Sis awak nk jual tk buku ni.. Sya teringin Sgt nk baca.. Nk beli tpi semua stock dh habis😭.. Klu awak bermurh hati juallah.. 👉👈

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak i is sayang buku ni sebab antara buku yang memberi keinsafan hehe... cer gugel kedai buku online mana tau ada? I wish you luck bebeh!

      Padam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .