D.A: Menu Lunch/ Dinner -7
Farah Deeb
Selasa, Disember 24, 2013
6 Comments
Haaa... menu kali ni saya dapat hasil sumbangan atkiners kat kelab FB gak. Memula cam tak caya sebab dia kata memang rasa macam nasi goreng. Secara logiks-nyer-lah-kan, takkanlah masak kobis boleh rasa nasik? Huk-a-loh... saya ni kan banyak tengok channel CI so saya pun teraiii... MEMANG BETUL TAK TIPU nyahhh- rasa dia memang macam nasi goreng! Jadi meh saya share resepi ni kat korang untuk diterai pulak eh. Resepi ini diberi nama Nasi Goreng Tipu hehe...
Bahan-bahannya: -
Bunga kobis dicuci bersih dan toskan (ikutla nak berapa banyak)
Sedikit udang geragau/ udang kering/ udang hidup/ ikan bilis (tengok dalam peti ais mana yang ada thee...)
Sebiji dua telur ayam
Sedikit cili kisar (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
1-2 biji bawang merah dan bawang putih dihiris nipis
Garam & serbuk perasa
sedikit minyak untuk menumis
Caranya: -
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang. Bila dah layu masukkan udang dan masak sampai naik bau. Lepas tu masukkan cili dan tumis sampai garing.
- Kendian masukkan telur dan biarkan sampai dia separuh masak baru masukkan bunga kobis serta perasakan dengan garam atau serbuk perasa dan kacau rata. Tadaaa... siap dah nasi goreng tipu anda! Budak-budak pun tertipu okeh har,har, har...