Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 9 Disember 2013

D.A: Menu Lunch/Dinner -4

Isnin, Disember 09, 2013 4 Comments


Menu yang ini tak berapa sesuai untuk peng'diet atkins' tegar ye. 

Sebabnya untuk ayam ni saya perap dengan Rempah Ayam Madu so ada kandungan gula yang tinggi di situ. Kalau ikut info pakcik gugel, katanya kadar carb dalam madu saja ialah 84.4 gram huhu... Tapi kalau korang peng'diet' suam-suam kuku cam saya ni boleh aje. Yang penting jangan makan dengan nasi dan jangan amal selalu, okeh!


Bahan-bahannya: -
2 ketul ayam (4 ketul untuk makan malam sekali kalau malas hiu hiu...)
Sedikit rempah ayam madu (saya beli ngan Fiza. Sapa nak beli boleh direct kat dia)
Daun salad
Daun Kubis
Tomato dipotong dadu
Satu sudu besar mayonis
Garam


Caranya: -

  1. Perap ayam dengan rempah ayam madu selama sejam dan panggang sehingga masak.
  2. Sayuran digaulkan dengan garam dan sesudu besar mayonis. Siap dan boleh dihidangkan dengan ayam madu panggang tadi!



Signature

D.A: Menu Lunch/Dinner -3

Isnin, Disember 09, 2013 0 Comments


Resepi ni saya bagi nama 'Fish Fillet & Salad'. Untuk yang 'newbies' atau yang betul-betul perlu jaga kadar kandungan carb dalam makanan dorang, saya kena bagitau yang 'breaded fish fillet' macam ni adalah tidak boleh ye anak-anak. Disebabkan ade roti di situ maka kandungan carb dia agak tinggi so susahlah kalau korang betul-betul nak turun berat badan dengan cepat. Sebaiknya korang carik fish fillet yang kosong tanpa breaded atau nak fresh lagi, beli je ikan sekor dan belah buat fillet (kalau rajin ler hehe...).

Untuk menu ni saya cuba guna gravy sos hijau dari blogger Ummisalsabila sebab saya suka sangat sos fillet caribbean kat Secret Recipe tu. Cuma saya terpaksa skip krim masakan tu so resultnya taklah sesedap sos kat SR dan rupanya pun memang lain la dari resepi dari blogger ni huhu... takpe Farah, kate nak kurusss... Meh tengok bahannya: -

Bahan-bahannya: -
Sekeping dua fillet ikan (bergantung kepada berapa banyak korang nak bedal)
Daun salad
Daun kobis
Tomato dipotong dadu
Garam
Minyak olive

(Untuk sos hijau)
1 sudu butter
3 ulas bawang putih
Satu genggam daun parsley segar
1 kotak kecil krim masakan (skipped yang ini kalau nak kurus! Har har!)
Sedikit herba dill (saya takde nih)
Garam
Black pepper
Limau nipis atau lemon

Caranya: -
  1. Fish fillet tu dipanggang guna minyak olive yang sedikit saja dalam kuali pemanggang ajaib. Boleh guna kuali biasa tapi kena guna minyak banyak so itu tak berapa elok untuk kesihatan pun kan?
  2. Untuk salad: Gaulkan kesemua sayuran dengan minyak olive dan garam
  3. Untuk sos hijau: Panaskan kuali bersama satu sudu butter.Masukkan 3 ulas bawang putih yang dicincang, segenggam daun parsley yang dikisar halus, masukkan krim masakan, sedikit herba dill (jika ada), garam, black pepper dan sedikit perahan limau atau lemon.Masak sehingga mendidih.Siap!


Signature

D.A: Menu Lunch/Dinner -2

Isnin, Disember 09, 2013 2 Comments


Macam biasa, menu untuk lunch biasanya boleh dibuat sebagai menu dinner jugak. Cuma korang mungkin boleh ubah 'salad'nya ataupun 'gravy'nya. Menu yang ini pun ekcelli menu yang paling simple dan selalu kite buat yeitu- Telur dadar hehe... cume kite ubahsuai sikit dari biasa je. Meh tengok bahannya: -

Bahan-bahannya: -
2 biji telur
sedikit bawang besar
sedikit serbuk lada putih
sedikit cheese parut
garam
daun salad disiat kecil-kecil
kubis dihiris nipis
tomato dipotong dadu
satu sudu mayonis
minyak olive

Caranya: -

  1. Panaskan minyak. Sementara tu pukul telur dengan bawang besar, serbuk lada putih dan garam sampai berbuih. Kemudian tuangkan ke dalam kuali.
  2. Bila hampir masak, taburkan cheese parut ke atas telur tadi dan balikkan sekejap terus angkat.
  3. Untuk saladnya: Campurkan kesemua sayuran dan digaulkan dengan garam dan sesudu besar mayonis. Senangkan? 


Signature

D.A: Menu bekpes -3

Isnin, Disember 09, 2013 6 Comments


Ini feveret saya heheh! Memang saya selalu makan bekpes style cenggini tapi dulu makan dengan roti bakar yang disapu peanut butter dan jem stoberi. Rasa dia perghhhhh!!! Tapi skang lupekan pasal roti tu ye. Kite makan telur ni je sudah! Haa... kate nak kurus haha...

Bahan-bahannya: -
2 biji telur
sedikit cheese parut
sedikit serbuk lada hitam/ lada putih
tomato dipotong dadu
sedikit butter


Caranya: -

  1. Cairkan butter di dalam kuali dan sementara itu, pecahkan telur kedalam bekas dan campurkan garam serta serbuk lada hitam/ lada putih (jangan kacau)
  2. Tuang telur tadi kedalam kuali dan biarkan sehingga separuh masak. Taburkan keju parut ke atasnya rata-rata. Berapa banyak tu terpulanglah kat korang. Lepas tu baru kaup balik dan bila nampak telur tu dah masak sume bolehlah diangkat ke dalam pinggan.
  3. Taburkan tomato yang dah dipotong dadu. Boleh jugak gantikan dengan sayur lain tapi saya memang suka makan tomato hehe... weiii, tomato boleh bagi kulit cantik tauuuu!



Signature

D.A: Menu bekpes -2

Isnin, Disember 09, 2013 2 Comments


Dalam banyak-banyak menu bekpes saya, yang inilah rasanya menu yang paaaaaling senang sekali hehe. Tak payah melibatkan periuk kuali belanga dan seangkatannya pun. Apa yang korang perlu cuma setin tuna mayo yang dah siap dan biskut. Meh tengok bahannya:

Bahan-bahannya: -
Satu tin tuna mayonis
Tomato dipotong dadu
Beberapa keping biskut (sebaiknya biskut kering yang tak bergula)

Caranya:

  1. Letakkan sesudu dua isi tuna tadi ke atas kepingan roti dan lengkapkan dengan tomato dadu. Senangkan?
Owh ye... petang-petang kalau tetiba rasa laparkan, boleh gak menu ni jadik bahan kudapankan? Thee...



Signature

D.A: Menu Lunch/Dinner-1

Isnin, Disember 09, 2013 0 Comments


Okeh skang kite tengok menu untuk makan tengahari pulak. Menu ni boleh gak dibuat untuk dinner. Senang cite buat je lebih, nanti malam tayah masak dah hehe... Meh tengok bahan-bahan dan cara memasaknya: -

Bahan-bahan: 
2 ketul bahagian ayam (buat 4 ketul kalau nak masak untuk dinner sekali)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk lada hitam
Garam
Daun salad
Tomato
Kubis
Mayonis
Minyak olive



Caranya: -

  1. Perap ayam dengan garam dan serbuk lada hitam. Biar satu jam kemudian dipanggang/ digoreng. Saya guna kuali pemanggang ajaib 'IKAN' so agak sekejap jelah masaknya dan tak perlu guna minyak sampai tenggelam ayam. Sikit je dah cukup.
  2. Untuk salad: Potong semua sayuran dan masukkan kedalam bekas. Percikkan sedikit minyak olive dan letak sesudu besar mayonis dan sedikit garam. Mayonis ni pastikan korang beli hat Jepun punye tu tau yang ade lambang budak kecik tu. Yang itu kadar carb dia 0%. Kalau guna jenama Kimball, kadar carbnya 1.1g still masih rendah. Brand lain saya tak perasan so kalau korang nak gi beli better baca nutrition fact dia dulu ok. So, lepas dah masukkan semuanya, korang gaul manja-manja sudah pastu dah boleh makan!


Signature

D.A: Menu Bekpes -1

Isnin, Disember 09, 2013 2 Comments


Okeh saya dah janji nak bagi resepi diet atkins saya kan haritu? So kite mula dengan menu bekpes yang ini ye. Simple je dan sebenarnya kebanyakkan menu diet atkins ni jauh lebih mudah dari kita masak nasi dimana perlu masak lauk-pauk lain. Menu bekpes yang ini saya bagi nama Sausage & Omellete. Meh tengok bahan dan cara buatnya: -


Bahan-bahan: -
Sebiji telur
Tomato dipotong dadu
Beberapa batang sosej dihiris kecil
Serbuk lada putih
Garam
Sedikit cheese parut
Sedikit butter


Caranya: -
Memula panaskan kuali dan masukkan butter. Bila butter dah cair bolehlah gorengkan sosej sampai garing.
Bila rasa-rasa sosej tu dah masak, tolak ia ketepi kuali dan masukkan telur. Biar separuh masak. Taburkan serbuk lada putih dan garam. Pastu baru kacau rata-rata.
Akhir sekali taburkan cheese dan letakkan ke dalam pinggan. Taburkan tomato yang dah dipotong dadu tadi dan tunggu pe lagi? Bedallah! Ngee...


Signature

Jumaat, 6 Disember 2013

DIET ATKINS- Menu saya :)

Jumaat, Disember 06, 2013 5 Comments


APA ITU ATKINS DIET?

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak."



Walawehhhh.. tetiba je kan nak follow diet atkins ni kan haha... Sebenarnya saya dah tau lama dah akan kewujudannya dan dah ramai kawan yang buat tapi saya tak taulah secara detail apa itu diet atkins. Rupa-rupanya tanpa saya sedar, dah dekat setahun gak saya amal diet ni tapi saya cuma kurangkan makan nasi iaitu cuma pada hari Sabtu dan Ahad saja. Yang lain-lain karbo saya tetap makan so bile nak mulakan diet ni agak senanglah pada saya hehe... Ok, meh saya share menu atkins yang saya dah wat: -

Menu bekpes: Sausage & omelette

Menu lunch & dinner: Blackpepper Chicken & Salad

Menu bekpes: Tuna biscuit with tomatoes

Menu bekpes: Scramble egg with cheese & tomatoes

Menu lunch & dinner: Omelette & salad

Menu lunch & dinner: Fish fillet & salad

Menu lunch & dinner: Ayam panggang rempah & salad

Insyaallah entri lepas ni saya share resepi-resepi mereka di atas ni eh. Lagipun saya kena terangkan sket sebab ada sesetengahnya tak sesuwei untuk yang nak turunkan berat badan dengan cepat sebab saya curang sket kui kui... Depends untuk reason apa korang nak dietlah. Cam saya ekcelli berat ngan tinggi dah ideal tapi saya ade kesukaran berdiri lama dengan berat yang pangkal 5+ ni so saya berdiet sebab nak cuba turunkan ke angka 4+. Okey by then, tungguuuuu... !


Signature

Khamis, 21 November 2013

Rayyan's Graduated!

Khamis, November 21, 2013 2 Comments


Ok. Memula sebenarnya mak tak berape konpiden nak anta si Rayyan ni gi sekolah at the age of 5 sebab kakak ngan abang dorang dulu saya anta dari umo 4 tapi gi sekolahnya adelah beberape bulan hajer. Ate kalau dah banyak kali monteng melalak, melolong, meraung tanak gi sekolah memang banyak le tuangnye huhu...

Ni first day sekolah :)

Tapi ntahla nape kan... mase belum pindah Saujana Hill ni,*cewah* kiteorang anak-beranak saje je gi lalu SK Seri Pristana ni sebab nak tunjuk abang sekolah dia. Ntah caner ternampak banner untuk kemasukan pra-sekolah pastu ntah caner 'ter'isi borang dan 'ter'hantar har har.. dan akhirnya 'ter' dapatlah keputusan yang dia dapat masuk. Ekcelli dia bertuah sangat sebab saya dapat tau yang ini 2nd year sekolah bukak untuk budak 5 tahun dan tahun depan dah takde offer untuk 5 tahun. Rezeki betulkan?

Ni baru beberapa bulan sekolah- time ni baru dapat baju :)

Dan sesungguhnya saya sangat-sangat bersyukur sebab Allah SWT mudahkan segala jalan dari apply sampai la dia graduated haritu. Ade la gak drama-drama linangan airmata, kuak lentang kat tengah-tengah kelas, purak-purak tido dalam kelas... tapi alhamdulillah, either Rayyan yang well behaved atau cikgu-cikgu kat sekolah ni pandai tackled budak, wallahualam.

Tengah susun barisan ikut giliran nak naik pentas. Sebelah tu kelas Rayyan. Yang sungguh berdedikasi tulah cikgu dia :P

Tapi telling the truth... so far kat sekolah ni saja yang saya tengok anak saya diajar masa pra-sekolah. Kakak dan abang dia dulu saya anta kat sekolah Tabika Perpaduan tapi fakta: dorang belajar sebulan, dua aje. Lain-lain manyak nyanyi dan wat keje sendiri. By end of the year (walhal dorang lagilah masuk tadika since 4 tahun so maknanya gi belajar 3 tahun!) kakak tau baca tapi bukan sebab kat sekolah tapi sebab saya belikan dia cd belajar abc dan dia sonok belaja thru cd hari-hari sampai boleh baca buku. Mirul darjah satu baru boleh membaca.

Rayyan ni pulak, even dia ni banyak gak tuang kelas tapi bukan sebab monteng cuma... dia banyak sakit (ya, masa 6 bulan pertama dok umah baru ni kami anak-beranak selalu je sakit bersambung-sambung. Sampaikan doktor kata dia pembawa talasemia which sampai skang saya takleh accept sangat) tapi saya boleh nampak improvement dia. Masuk bulan ke-2 dia dah boleh tulis ABC sampai Z. Bulan seterusnya dah boleh baca simple words, kemudian dah hafal Al-Fatihah, dah tau berwudu' dan solat... dan paling ketara- dia boleh berdikari.


Saya sangat bangga sebab budak yang dulunya cuma tau certain words macam ummi, ayah, abang, kakak dan perkataan-perkataan yang sangat digemarinya iaitu 'play' dan 'games'... sekarang dah berubah tahu banyak perkataan. Malah dia dah tau nak beza amalan yang baik dan yang buruk.


So rasanya the credits goes to his teachers: Cikgu Rosilawati, Ustazah Azlina & Cik Rosdalilah yang saya tau banyak berkorban masa dan tenaga untuk pastikan depa-depa ni mencapai tahap yang membanggakan parents. Wahhh tetiba berucap macam ahli parlimen agaga...!

OMG soh ummi amek gambar dia berdua dengan awek dia UHUKKKKSS!!!!

Untuk sume cikgu-cikgu Rayyan, saya sangat berterima kasih dan berdoa semoga Allah akan permudahkan urusan mereka di duniawi dan juga diakhirat kelak, dimurahkan rezeki dan dilindungi rahmat dan ehsan Allah sepanjang masa, amin!

Rayyan, jangan suke sangat na sekolah dah abes. Tahun depan ade seround lagi pra yek! Heheh!


Signature

Rabu, 13 November 2013

Hari Sukan & Sukaneka Pra-Sekolah & PPKI SK Seri Pristana, Sg Buloh

Rabu, November 13, 2013 0 Comments

 

Cite basi tapi mak penat nak taip haha. Wehhh, jadik suri rumah ni lagi penat tangan asek bergerak je doploh empat jam tauuu... kaki pun dah naik kematu berejam dok berdiri aje kat dapo tu. Padan le sape keje opis sumenya kuku kaki tangan sume cantik-cantik ceh! *bukan jeles, bunyik aje macam heheh!*


Ini ialah Welkam Gift dari sekolah untuk AJK (nama je AJK tapi keje tuang hehe...) Sekolah korang mampoo? Haha... Baca buku tu rasa cam nak baby la plak haha bengong...

Mari layan gambar: -






















  Signature
Follow Me at flickr! .