Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Memaparkan catatan dengan label islamic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islamic. Papar semua catatan

Khamis, 28 Jun 2012

Perginya dalam Khusnul Khotimah... Allahuakbar!

Khamis, Jun 28, 2012 21 Comments


Bayangkan ini:
Beliau dan saya memulakan perniagaan ini dari kosong- zero. Dan dari hari ke hari selama 14 tahun, setelah menempuh pelbagai dugaan up and down dalam perniagaan, termasuk pernah dianiaya dengan client malah bekas staff sendiri... akhirnya pada suatu hari Ahad yang tenang, saya dapat panggilan mengatakan orang yang saya jumpa setiap hari selama 14 tahun itu sekarang berada di HKL dan telah disahkan meninggal dunia. Lebih mengharukan apabila mengetahui yang dia meninggal kerana dilanggar sebuah kereta yang memandu laju dan orang yang memandu itu adalah remaja berumur 18 tahun!
Gambar diambil oleh salah seorang peserta konvoi dari atas lebuhraya tempat di mana asalnya mereka sedang berbasikal. Dianggarkan jarak arwah melambung ke bawah seumpama jatuh dari bangunan 6 tingkat. -Gambar kredit saudara Mohd Azlan Omar (FB)

Beliau melambung jatuh dari lebuhraya Duke setinggi 40 kaki ke bawah akibat dirempuh kereta yang dipandu  laju sewaktu beliau dalam perjalanan konvoi beramai-ramai menaiki basikal menuju ke Majlis Ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus. Saya difahamkan mereka baru saja solat Subuh berjemaah sebelum itu dan baru saja memulakan perjalanan kurang satu jam dari tempat permulaan. Lebih tragisnya, anaknya yang berumur 11 tahun yang mengekori dari belakang menyaksikan sendiri di hadapan mata bagaimana bapanya dilanggar kereta dan melambung ke bawah. Akibat dari kemalangan itu, beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan didada. Namun tiada sebarang luka dan darah mengalir ditubuhnya. Malah sahabat yang menziarahi beliau ketika masih belum dibedah-siasat di HKL menyangkakan jenazahnya sudah siap dimandi dan dibersihkan. Malah yang lebih sayu, beliau kelihatan seolah-olah sedang nyenyak tidur.

    Gambar 10 tahun lepas. Masa ni baru 4 tahun melangkah.

    'Beliau' dalam cerita ini ialah Allahyarham Azmi Bin Ismail. Timbalan Pengarah UPU, bendahari Surau Al-Ikhwan, AJK Pemuda PAS Gombak dan ahli bikers Pemuda PAS Gombak. Semasa hayatnya beliau sentiasa memperjuangkan keadilan dan memperjuangkan agama Islam. Beliau juga adalah 'big boss' saya dan dia jugalah orang yang sudi memberi saya peluang menguruskan perniagaan dia sehingga kini. Sepanjang 14 tahun mengenali arwah dan bekerja bersamanya, arwah lebih kepada seorang bapa berbanding seorang 'Big Boss'dan kami sume adalah anak-anaknya. Banyak sebenarnya memori bersama dengan arwah tapi di antara yang tak mungkin kami lupakan sampai bila-bila: -
    • Kami sume di sini selalu wat aktiviti makan-makan kat belakang tapi dia tak pernah marah atau larang malah dia pun join sama dengan kiteorang (walhal tu waktu keje tu...) 
    • Bila lepas hari raya dia mesti nak panggil sume client dia datang ke jamuan hari raya untuk jamu dorang sume makan. 
    • Dia suka ajak sume staff dinner atau lunch sama-sama bagi meraikan apa saja. Sampaikan budak-budak yang praktikal kat sini pun kalau habis praktikal, wajib merasa disambut bagai.
    • Beliau bukan jenis orang yang berkira. Selalu bersedekah dan menolong orang. Dalam 14 tahun saya bekerja dengannya, marah pun cume sekali tapi itupun saya tau sebab dia hempas laci dia kuat-kuat. That's it. Lebih dari tu tak ada. Bila ada client atau orang yang menganiaya dia, dia redha dan antara kata-kata  yang selalu dia sebut yelah, "Takpe. Kite jumpe di padang masyar"
    • Tiap kali besday dia, kiteorang mesti sambut. Paling cikai beli kek dan order nasik beriani. Tapi tak sangka surprise besday dia yang ke-50 tahun haritu (disambut kat umah mak saya mase kenduri khatam quran Maria & Amirul haritu) adalah sambutan kali terakhir. Memang surprised besday tu saya rancang sebab saya fikir tahun ni kali terakhir saya dapat sambut dengan sume (pasal nak pindah) tapi rupanya memang 'kali terakhir' buat sume orang.

    Kaki ini tetap akan melangkah ke pejabat seperti hari-hari biasa. Tangan ini akan tetap melakukan kerja-kerja seperti biasa. Tetapi suasana dan keadaan di pejabat ini tidak mungkin akan sama. Selagi Allah izinkan, selagi itulah akan saya gunakan semua ilmu yang arwah berikan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini, insyaallah. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan para solehin dan semoga kami semua juga bakal mengakhiri hayat kami dalam keadaan khusnul khotimah juga, amin!

    Alhamdulillah jasadnya selamat dikebumikan di kampung halamannya di Ulu Beranang, Negeri Sembilan pada hari Ahad Jun 24, 2012.
    AL-FATIHAH


    Signature

    Jumaat, 22 Jun 2012

    Al-Fatihah sahabat!

    Jumaat, Jun 22, 2012 7 Comments



    Khamis Jun 21, 2012
    Pegawai Komando TLDM Maut Selepas Jalani Latihan
    KEMAMAN: Seorang pegawai komando Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut, Perak dilaporkan mati mengejut dua hari lepas selepas selesai menjalani latihan di laut berdekatan Platform Alpha Tinggi, kira-kira 125 batu nautika dari perairan Kemaman.
    Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari ketika Lt Komandan Shamrus Che Dan, 37, menjalani latihan bersama anggota yang lain.
    Allahyarham dilihat berada dalam keadaan yang sangat letih selepas menjalani latihan dan kemudiannya pengsan.
    "Melihat kejadian itu, anggota pasukan yang lain terus meminta bantuan dan mangsa kemudiannya dibawa dengan helikopter untuk dihantar ke Lapangan Terbang Kerteh bagi mendapat rawatan di hospital.
    "Bagaimanapun sebaik tiba di lapangan terbang, mangsa disahkan meninggal dunia," kata Che Suza kepada Bernama.
    Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

    Untuk pengetahuan sume, arwah adalah rakan sekolah saya semase di Sekolah Menengah Teknik Ipoh dulu. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat arwah dan berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin, amin.

    Notakaki Saiz Tujuh:
    Masuk ni dah empat orang sahabat saya yang dah pergi menghadap-Nya. Sekarang tunggu giliran diri sendiri... semoga bersih dari segala dosa semasa nyawa ditarik hendaknya, amin!

    Signature

    Khamis, 29 Mac 2012

    Janji Allah itu benar!

    Khamis, Mac 29, 2012 3 Comments


    Rasulullah S.A.W : Sesungguhnya orang yang miskin dari umatku adalah orang yang pada hari kiamat datang dengan membawa : sholat, puasa, zakat, namun ia juga suka mencaci-maki orang, menuduh orang lain, memakan harta yang bukan haknya, menumpahkan darah orang lain, serta menganiaya orang lain. Kelak atas kejahatannya tersebut maka pahalanya akan diberikan kepada orang yang pernah dia aniaya. Jika pahalanya sudah habis sedangkan kesalahannya belum semua terbayar, maka dilemparlah orang itu ketengah- tengah orang yang pernah dia aniaya, dan akhirnya dilemparkan kedalam neraka. ( Riwayat Muslim ; Shahih Riyadhus Sholihin, Hadits No : 223).

    Ni cite betul. Kalau nak masuk dalam slot 'Tanah Kubur' kat Astro Oasis tu pun boleh, saya tak kesah. Kronologi: Ya arwah abah saya meninggal semasa doktor amek air tulang sum-sumnya untuk pemeriksaan penyakit TBnya. Tapi hakikatnya, sebelum dia jatuh sakit akibat penyakit tu, dia dah pun berbulan makan hati kepada seseorang yang sangat rapat dengannya.

    Sebab? Untuk pengetahuan korang, arwah ayah saya ada berbelas ekar tanah kat kampung. Tapi dia tak dapat nak uruskan sebab dia satu-satunya anak yang belajar, berkahwin dan menetap di KL ni. So dia dah amanatkan seseorang itu untuk menjaga tanah dia termasuk bagi upah tiap-tiap bulan sebagai membalas budi menjaga tanah tu bagi pihak dia.

    Selepas berpuluh tahun, rupanya baru arwah abah saya dapat tau yang sebenarnya tanah dia dah lama takde dah dijual kepada broker cina oleh seseorang itu. Orang tu pulak tak mengaku sedangkan semuanya dah terbukti benar. Arwah abah saya makan hati berbulan lamanya kerana perbuatan orang tu sebab dia tak pernah sangka orang tu tergamak menipu dan mengambil haknya. Betul... arwah abah tak dapat satu sen pun hasil jualan tanah tu. Dia jatuh sakit dan sebulan terlantar dirumah sebelum Allah SWT takdirkan dia mendapat penyakit TB dan meninggal dunia selepas itu.

    Peristiwa tu dah berbelas tahun berlaku. Kami adik-beradik termasuk mak pun dah lupakan apa yang orang tu pernah lakukan pada arwah abah. Haritu saya ke Ipoh berjumpa dengan saudara-mara di sana dan mendapat satu berita mengenai orang itu. Rupanya dia dah lama jatuh sakit tapi tak juga meninggal. Pintu rumah mesti selalu dikunci sebab kalau dia nampak pintu terbuka dia akan lari. Kononnya nak ke Selama untuk gali tanah sebab duit tanah arwah abah kononnya disorok kat situ. Kalau ade orang melawat even anak-anak dia sekalipun, dia akan suruh dorang balik cepat sebab dia kate suma yang datang tu cuba nak curik duit tanah yang dia simpan.

    Sedih. Sebak. Tapi apa yang kami sekeluarga boleh buat. Kami dah pun halalkan duit tanah arwah abah yang mungkin bernilai ratusan ribu tu. Walaupun yang dia pernah bagi mak selepas arwah abah meninggal cuma RM 1,000.00 kononnya itu aje yang dia dapat (tak logikkan?) Tapi takperlah, mak pun dah redha. Cuma tulah... peringatan kepada diri sendiri dan juga korang semua. Kalau kite pernah menganiaya sesama makhluk Allah SWT, kepada makhluk Allah SWT tu jugaklah korang kena mintak ampun dan maaf sebab Allah SWT takkan mengampunkan dosa yang dibuat sesama makhluk. Dalam kes arwah ayah saya ni, kalau dia nak mintak maaf dengan arwah ayah saya pun dah tak boleh so apa yang bole dibuat lagi. Kami semua berdoa ajelah semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosanya dan hentikan seksaan dunia kepada orang itu.

    Semoga cerita ni menjadi ikhtibar dan pengajaran buat diri sendiri dan semua, wallahualam.


    Signature

    Jumaat, 23 Mac 2012

    Ingat! Kalau buat kenduri, buat kat dewan!

    Jumaat, Mac 23, 2012 2 Comments



    Akhirnya selesai gak Majlis Khatam Al-Quran Amirul & Maria haritu. Kalau korang nak tau, daku super duper bizi tau nak menyiapkan semuanya dari hari ke hari. Hari ni jahit bantal duduk, besok design kad jemputan, lusa carik bahan, tulat jemput orang, tungging baking... bak kate makan berminggu jugaklah nak pastikan semuanya teratur dan berjalan lancar!

    Cantik tak pelamin tu hahaha... itu last minute punye idea. Kalau korang nak tau tu kain seperah lebih daku tampal kat dinding akaka...!

    Last-last minute pulak dapat tau yang ustazah dan ustad depa tu kena attend dua majlis khatam pada hari yang sama dan waktu yang sama tapi tempat yang berjauhan. So sah-sahlah tak dapat hadir ke majlis daku tukan. Okeh takper yang tu mak walaupun keciwa sket tapi since pak ustad rela oper dirik nak lead majlis so daku dah lega sket.

    Ini ustad Don ana yang punya hahaha...

    Tup, tup lagi 3 hari nak majlis, pak mentua plak masuk spital suspek heart failure! Aduhhhhaaiii... hanya orang berada di tempatku jek yang tau caner susahnya atiku taim tu. Jemputan dahler tak abes jemput lagi. Persiapan pun ade lagi 10-20% lagi tak siap. Memang gundah-gulana dibuatnya okeh!

    Kalau belum mule jemput orang memang ku dah kensel taknak wat terus dah!



    Tapi alhamdulillah... pada hari tu Allah SWT mudahkan urusan. Walaupun 90% ku Lone Ranger buat sumenya sendiri tapi dengan pertolongan 10% lagi tuh la sebenarnya yang melengkapkan majlis harituh. So saya nak ucapkan maseh banyak-banyak kat sume yang sudi memberikan bantuan haritu tak kire dari segi apa termasuk sudi datang pun dah cukup melegakan hati seorang pengurus majlis ini, hehe...

    Kebetulan haritu jatuh pada harilahir Big Boss daku yang ke.. errrr *kalau expose kena potong commission so anggap je yang ke-18- Wink, wink!*

    Cuma yang agak ralat sebab saya tak dapat abadikan banyak gambar sebab saya lupa yang saya ni host. Sebagai host korang kena conduct banyak mende sampai takde mase nak capture moment-moment yang penting dan comel itu. So korang harus tau ye nape bile wat kenduri-kendara atau sesuatu majlis, korang harus upah jurugambar, katering dan sebagainya tu. Salah saye sebab ingat saya boleh buat sumenya tapi hakikatnya mak pun macam orang lain gak! Tulah Rajab, nape ko gi Tapah tu... kalau tak, kan ko bleh tolong amekkan gambo anak aku ni haaa... huhuu...! *Tetiba nak salahkan orang haha...*


    So, peringatan ye anak-anakku... kalau korang nak kawen sok, pastikan korang ade sejuta dulu ye. Kalau tak camno korang nak upah jurugambar, katering, pereka pelamin bagai tu! Dan lagi satu, kawen sok buat kat dewan! Itupun kalau korang taknak tengok Ummi korang ni fengsan!!!


    Signature

    Khamis, 26 Januari 2012

    Teman nak gi Mekah la weh! Weee...!

    Khamis, Januari 26, 2012 8 Comments

     

    Haritu tetiba jek pak ustad tanye saya boleh tak kalau dia nak culik saya dari opis skjap pasal nak bawak saya gi Tabung Haji. Dia cakap perlahan sangat so saya tak berape dengar sebab pe nak gi sana tapi ujung-ujung ayat tu ada dengar perkataan umah, refinance so... saya assume ni nak settle berkaitan umah la kot ni kan. So saya dengan terkinja-kinja rela hati sedia diculik.

    Tup-tup sampai sana baru dia bagitau yang sebenarnya dia nak registerkan saya gi haji dengan dia. Wahhh... nak terjatuh jap jantung! Yang lagi rase nak nanges tu sebab dia wat potongan gaji tiap-tiap bulan untuk sponsor saya... wahhh, rase nak berguguran ape yang boleh digugurkan okeh! Tayah guna Veet pun! *Konpem takleh derhaka lepas ni, haha...!* 

    >
    Kalau korang nak tau, inilah angan-angan saya sejak dari kecik tapi yelahkan bukan sikit duit pakai nak jadik tetamu Allah SWT tu. Dah bertahun-tahun saya berdoa agar diberikan rezeki ke sana (walaupun tau duit yang nan hado tu konpem tak dapat bawak saya ke mana pun, hehe...) tapi saya doa la jugak hari-hari. Alhamdulillah upenya ade gak rezeki saya ngeee...

    Tapikan bawak bertenang... ni saya nak bagitau la kat korangkan... kiteorang punye giliran nak gi sana tu lagi 33 tahun atau lebih  tepat lagi tahun 2045 nanti! Hahahaaa....  Konpemlah dah dapat cucu nanti baru dapat merasa jejak kaki kat sana huhu...! *Itupun kalau nyawa ko panjang Farahhhh...! Erk! Sabo jelah!*

    Takde ke sesape yang tak jadik pegi weh? Ade kuota kosong boleh kiteorang pegi awal sket haha! *Skeati je!*

      Signature

    Khamis, 12 Januari 2012

    2 perompak mati ditembak- alkisahnya!

    Khamis, Januari 12, 2012 2 Comments


    Selama lebih 10 tahun saya lalu Jalan Madrasah kat Taman Melati tu... kelmarinlah first taim jem. :mThinking: Memula saya hengat bas rosak sebab ade 2 bijik bas yang tersadai kat tepi masjid tu dan bagi lampu kecemasan. So saya pun potong queue dan belok ke jalan tu. Upenya jalan tu kena block dengan kete polis! :mPeluh: Orang punyelah ramai tapi saya tak pasti apa yang dah berlaku kat situ. Rupanya malam tu kuar brite ada 2 perampok yang mati ditembak polis kat situ. Ni cite dari Harian Metro: -

    TAK SEMPAT MEROMPAK -Oleh Kalidevi Mogan Kumarappakalidevi@hmetro.com.my
    KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditembak mati manakala seorang lagi melarikan diri selepas berbalas tembakan dengan anggota polis ketika kumpulan itu dalam perjalanan untuk menyamun berdekatan sebuah pasar raya di Wangsa Maju, di sini, petang semalam.
    Kumpulan lelaki terbabit dipercayai aktif merompak bank, samun kereta mewah dan samun di sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan.
    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah kereta Proton Putra berwarna putih sedang berlegar-legar berdekatan kawasan pasar raya itu yang disyaki penjenayah, kira-kira jam 4.15 petang.
    Menurutnya, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan ketika pihaknya sedang mengintip kenderaan itu, kereta yang dinaiki tiga penjenayah terbabit memecut laju sebelum dikejar.
    “Ketika itu, kumpulan penjenayah terbabit sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum dibalas anggota menyebabkan dua daripada mereka mati.


    Wooo.. seram noks! :mPanas: Mak ni dahla pakar lemah semangat. Bile tau bab cite-cite camni berlaku kat area tempat tinggal sendirik, huhuuu... gigil! Dahla baru jek opis kena rompak haritu, pehtu bekas best friend mati ditikam baru-baru ni... adehhhh...


    Maka dengan itu kengkawan, meh mak nak kasik satu ayat untuk protection. :24: Ayat ni boleh diguna untuk mem'protect' diri dan jugak harta-benda. Contohnya bile korang nak gi bank ke, dari dalam kete tu baca dulu ayat ni pehtu baru kuar ke bank. Untuk harta-benda pulak, contohnya kate la korang parking pastu akan tinggalkan kete tu lame (cam gi opis 8 jam baru dapat berjejak kasih semula dengan kete tu kan) so bolehlah korang baca ayat ni sambil niatkan untuk keselamatan kete kite tu. Pak ustad ni pun satu, dah jadik memacam baru nak turunkan ilmu ni kat saya haha... (walhal sendirik yang maleh nak menanye! :pandaGeli_11: Padan muke!)
    Jom amal: -

    Klik pada ayat untuk tumbesaran sihat


    Signature:02:

    Khamis, 29 Disember 2011

    Pakai tudung (baik) tapi...

    Khamis, Disember 29, 2011 1 Comments




    Dah bagus dah pakai tudung dan baik sebab tak buat maksiat apa semua, tapi tudung tu sekadar tudung, tak tutup aurat dengan sempurna. Allah perintahkan wanita bukan sekadar memakai tudung sahaja,tetapi hendaklah melabuhkan tudungnya hingga menutupi dada..

    Contohnya:

    #1 pakai tudung tapi... nampak rambut (tak pakai anak tudung)
    #2 pakai tudung tapi... pakai legging (ketat)
    #3 pakai tudung tapi... baju pendek (tak tutup pinggul)
    #4 pakai tudung tapi... baju jarang (tak pakai inner)
    #5 pakai tudung almost perfect tapi... nampak kaki (tak pakai stoking)
    #6 pakai tudung tapi... pakai baju lengan pendek/lengan tiga suku
    #7 pakai tudung tapi... tak tutup dada (common problem walhal ianya disebut di dalam al-Quran )
    #8 pakai tudung tapi... nampak leher (sebab nak tayang subang kot)
    #9 pakai tudung tapi... sanggul tinggi sesangat
    #10 pakai tudung tapi... ber-make-up tebal (tabarruj)

    Bukannya tak boleh nak melawa dan berfesyen tapi berpada-pada lah .. Boleh je tutup aurat dengan sempurna dan nampak lebih cantik. Kalau di mata manusia tak cantik pun, at least cantik di mata Allahkan? :03:


    Thanks for the info: Kempen Aurat Saya Maruah Saya


    Signature
    Follow Me at flickr! .