Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 5 Januari 2012

Tribute: Arwah Rozana Yusak @ Yan



Bapa arwah ditenangkan oleh jiran dan sahabatnya

Pertama kali saya dengar pasal kes jenayah ni yelah mase tengok berita di TV9 tapi masa tu cume tunjuk gambar rumah yang disewa arwah aje. Walaupun saya dengar nama dia dengan jelas- Rozana Binti Yusak... tapi since takde gambar dalam berita tu so saya cube pujuk hati kate itu orang lain yang namanya secara kebetulan same je kot :12:

Kesan darah yang tinggal dirumah sewanya

Hari ni entah caner, saya terjumpe surat khabar Harian Metro yang ade gambar arwah dimuka hadapan sekali :puteh_21: dan saya terus cam wajah tu ialah wajah arwah yang saya kenal sejak dari zaman sekolah lagi. Bukan setakat kenal tetapi orang itulah yang pernah menjadi sahabat suka-duka saya semasa di tingkatan 1. Tapi saya putus hubungan dengannya bile saya berpindah sekolah ke Ipoh dan namanya terus hilang. Cuma ingatan padanya masih kuat dan saya ada jugak mencarinya di FB tapi nampaknya takde jodoh nak berjumpa.

Apartment tempat arwah menyewa. Gambar kecil ialah bapanya, Encik Yusak

Dalam tak disangka, rupanya saya akan ketemunya semula dalam keadaan yang sungguh sadis seperti itu. :puteh_25: Dia ditikam 35 kali di badan sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak dan maut semasa dalam perjalanan ke hospital. Saya percaya ramai anggota polis yang terlibat untuk membantu sehingga kepada penangkapan suspek kerana ayahnya juga adalah seorang bekas anggota polis. Latest info yang saya tau kesemua suspek tu positif syabu- so... sendiri mau hengatlah. :girl_12: Dadah bukan saja boleh membinasakan diri sendiri tapi jugak menghancurkan harapan orang lain.

Suspek yang ditahan. Semoga mereka mendapat hukuman yang sewajarnya

Ni masa Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 1


Tak ingat ni bile tapi rasanya mase kat jamuan akhir tahun gak kot

Ni mase gi beraya umah Rita (yang dukung budak tu)
P/s: Sori, wajah-wajah yang diblurkan tu sebab mase tu zaman jahil tak tutup aurat lagi hehe...


Itu jelah kenangan yang ada mase bersama arwah, hanya gambar. :puteh_3: Itupun gambar tahun 1989... 23 tahun yang lepas... selepas tu dah takde kenangan dah sebab lost contact.


Ni pulak autograf yang dia pernah tulis untuk saya sebelum kiteorang berpisah (since haluih beno, jadik saya tulis balik kat bawah ni) Just highlight pesanan dia pada saya pada perenggan yang akhir tu : -



Date: 14th July 1991
Time: 21:10
Venue: Atas katil
Farah....
Wanita adalah makhluk yang suci penyinar alam ini. Ia diangkat sebagai kaum yang berdarjat tinggi. Sebagai sabda Rasulullah SAW bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Tetapi sekali wanita menjatuhkan maruahnya seluruh alam akan memandang hina terhadapnya.
Ketahuilah olehmu bahawa....
Cinta kepada pokok, pokok akan mati;
Cinta kepada bunga, bunga akan layu;
Cinta kepada manusia, keewa akan menanti;
Cinta kepada ibubapa, itulah cinta sejati.
Dan setitik airmata ibu itu adalah berharga daripada segantang airmata kekasih.
Biarlah ibumu menangis atas kejayaanmu tetapi jangan biarkan ibumu menangis atas kegagalanmu.
Kau umpama lilin yang menerangi orang lain walaupun membakar diri sendiri. Majukanlah diri dan bangsa untuk negara. Selagi kau menapak kehadapn, selagi itulah kejayaan dihadapanmu.
Kecantikan wajah akan luput ditelan usia dan akan berulat bila menjadi mayat. Tapi kecantikan hati yang beriman akan kekal selamanya.
Farah...
sembunyikan dukamu dibalik senyuman agar insan lain turut bergembira tanpa menduga duka yang terpendam. Hidup tidak selalunya indah. Hati tidak selalunya gelisah. Tiada tangisan yang meredhai penderitaan. Hidup ini hanya dapat dihadapi dengan senyuman dan airmata. Kau umpama bunga yang sedang mekar mewangi. Siramilah selalu dengan taqwa dan ketabahan. Kejayaan akan menyebelahimu....
Sedarlah olehmu bahawa masa itu tidak pernah menanti kita. Sebaliknya kitalah harus mengejar waktu itu. Di dalam kesibukan menegajr ilmu janganlah kau lalaikan suruhan Allah serta kedua orang tuamu.
Di dalam dunia zaman ini, janganlah kau anggap YANG JAHAT ITU BENAR-BENAR JAHAT. Kerana adakalanya YANG BAIK DENGAN KITA ITU AKAN MENJADI LEBIH JAHAT DARIPADA ORANG YANG JAHAT.


Buat semua pembaca dan bloggers semua, saya ingin memohon anda semua supaya sama-sama dapat sedekahkan arwah dengan bacaan Al-Fatihah. Semoga beliau ditempatkan bersama para solehin dan diampunkan dosanya, amin ya rabbal alamin.


"Dari-Nya kite datang dan kepada-Nya juga kite kembali"


*Post updated 11 January 2012*

Kekasih didakwa

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel


SELAYANG: Teman lelaki kepada seorang kerani bank, Rozana Mohd Yusak, 36, yang dibunuh kejam di Kepong, bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam bersama rakannya atas tuduhan menyebabkan kematian wanita itu.

Kedua-dua tertuduh, pengawal keselamatan, Muhamad Faizul Mohd Ali, 27, dan penganggur, Muhammad Zal Haziq Razali, 23, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Rozana di kediaman mangsa iaitu di sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Desa 2, Kepong, jam 12 tengah malam hingga 1.15 pagi, 21 Disember lalu. Bagi tuduhan itu, Muhamad Faizul, kekasih Rozana, dan Muhammad Zal Haziq didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah.

Mohd Isa kemudian menetapkan kes itu disebut semula pada 28 Februari depan bagi menunggu laporan forensik, kimia serta bedah siasat. Harian Metro pada 22 Disember lalu melaporkan seorang kerani bank terpaksa mengesot sejauh lima meter dalam kesakitan bagi meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya di Jalan Puncak Desa 2, Kepong.

Bagaimanapun, mangsa yang dihantar ke Hospital Selayang oleh seorang jiran, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan jam 2.10 pagi kerana cedera parah di bahagian badan selepas didapati ditikam 35 kali di seluruh tubuhnya.

Selepas kejadian itu, lima suspek ditahan polis bagi membantu siasatan, namun hanya dua saja iaitu Muhamad Faizul dan Muhammad Zal Haziq menghadapi pertuduhan, manakala tiga yang lain dibebaskan selepas ditahan reman.


Signature:girl_5:

6 ulasan:

  1. Salam k.farah
    Amy ni adik k.yan
    Blh tau x fb akak ape?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farah, blh tak bagi contact number Amy (adik Yan), sy adalah bekas kekasih yan (2007-2009) , semasa sy bekerja di Ambank KL. Sy ada berhutang dgn Yan dan ingin membayar pd adik@ keluarga dia. Sila hubungi wasup no. +60175007876

      Padam
  2. Salam, Apa khabar? Terima kasih atas menulis blog arwah. Saya adalah ex-colleague arwah dlm satu unit. Bersama arwah, kita tiga org jer dlm unit tu. So, kita cakap ape jer pasal bos, kerja & personal life... I amat terkejut masa sehari seblum terbang ke Singapura, I terima berita yg sgt tragis and I menangis kar KLCC sebab I cuti. Seblum cuti, arwah ada minta saya belikan Poisan - iaitu inhaler dr Thailand sebab arwah ingat aku pergi Thailand cuti but I pergi Singapura sebab masa tu arwah makcik I sakit tenat. I ada cerita pasal sepupu kat sana sombong dan arwah ada cakap dgn I, jgn ada kebencian dlm hati. I ingat pesanan arwah & tak sangka tu adalah kali terakhir I cakap dgn arwah. Masa kat Singapura, I tak happy sebab I rindu & marah pasal apa yg telah terjadi kpd arwah. Nak cakap dgn arwah that rupa-rupanya, sepupu I taklah seorang yg sombong dan juga layan mak dan I baik. I nak cakap dgn arwah tapi I tak sempat.

    Hingga kini, saya masih tunggu keputusan pembicaraan daripada Mahkamah. Semoga Roh dicucuri Rahmat.

    BalasPadam
  3. @AnonymousThanks Ano for sharing. Sama-samalah kita doakan dia semoga keadilan dapat ditegakkan dan rohnya ditempatkan bersama para solehin, amin!

    BalasPadam
  4. SHAH ALAM 17 Ogos – Dua rakan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita dengan menikamnya sebanyak 78 kali pada Disember 2011.

    Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Faizul Mohd. Ali, 24, dan Mohd. Zulhaziq Razali, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pendakwaan di akhir kes pembelaan.

    “Apabila dipertimbang secara keseluruhan, pembelaan (orang kena tuduh) OKT1 (Muhammad Faizul) tidak boleh dipakai dan didapati bersalah serta disabit kesalahan.

    “Pembelaan OKT2 (Mohd Zulhaziq) juga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan dan dia dibuktikan mengambil peranan dalam pembunuhan itu. Maka, OKT2 didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan,” katanya.

    Selepas hukuman dijatuhkan, Muhammad Faizul dan Mohd. Zulhaziq hanya tersenyum hambar dan anggota keluarga mereka yang hadir di mahkamah kelihatan muram dengan keputusan terbabit.
    Rozana Mohd. Yusak

    Kedua-dua lelaki itu dituduh bersama-sama membunuh Rozana Mohd Yusak, 35, yang juga teman wanita Muhammad Faizul, di rumah mangsa di Jalan Puncak Desa 2, Kepong, dekat sini antara pukul 12 tengah malam hingga 1.15 pagi, pada 21 Disember 2011.

    Muhammad Faizul dan Mohd. Zulhaziq dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

    Hujah pendakwaan menyatakan kedua-dua lelaki itu telah pergi ke rumah Rozana dan berlaku pergelutan sehingga mengakibatkan mangsa mati akibat ditikam 78 kali selain mengalami beberapa kesan luka dan lebam disebabkan objek tajam.

    Pihak pendakwaan turut mengemukakan keterangan saksi bahawa Mohd. Zulhaziq telah membuat persiapan awal pembunuhan dengan membawa sebilah pisau sebelum pergi ke rumah mangsa.

    Sepanjang perbicaraan diadakan, sebanyak 13 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan telah dipanggil memberi keterangan.

    Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkish Abdul Yazaid manakala Muhammad Faizul diwakili peguam Ariff Azami Hussein dan Mohd. Zulhaziq pula diwakili Saladin Mohd. Yasin.-BERNAMA

    BalasPadam
  5. Semoga Arwah tenang dan dan aman disana...

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .