Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 12 Januari 2012

2 perompak mati ditembak- alkisahnya!



Selama lebih 10 tahun saya lalu Jalan Madrasah kat Taman Melati tu... kelmarinlah first taim jem. :mThinking: Memula saya hengat bas rosak sebab ade 2 bijik bas yang tersadai kat tepi masjid tu dan bagi lampu kecemasan. So saya pun potong queue dan belok ke jalan tu. Upenya jalan tu kena block dengan kete polis! :mPeluh: Orang punyelah ramai tapi saya tak pasti apa yang dah berlaku kat situ. Rupanya malam tu kuar brite ada 2 perampok yang mati ditembak polis kat situ. Ni cite dari Harian Metro: -

TAK SEMPAT MEROMPAK -Oleh Kalidevi Mogan Kumarappakalidevi@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditembak mati manakala seorang lagi melarikan diri selepas berbalas tembakan dengan anggota polis ketika kumpulan itu dalam perjalanan untuk menyamun berdekatan sebuah pasar raya di Wangsa Maju, di sini, petang semalam.
Kumpulan lelaki terbabit dipercayai aktif merompak bank, samun kereta mewah dan samun di sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah kereta Proton Putra berwarna putih sedang berlegar-legar berdekatan kawasan pasar raya itu yang disyaki penjenayah, kira-kira jam 4.15 petang.
Menurutnya, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan ketika pihaknya sedang mengintip kenderaan itu, kereta yang dinaiki tiga penjenayah terbabit memecut laju sebelum dikejar.
“Ketika itu, kumpulan penjenayah terbabit sempat melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum dibalas anggota menyebabkan dua daripada mereka mati.


Wooo.. seram noks! :mPanas: Mak ni dahla pakar lemah semangat. Bile tau bab cite-cite camni berlaku kat area tempat tinggal sendirik, huhuuu... gigil! Dahla baru jek opis kena rompak haritu, pehtu bekas best friend mati ditikam baru-baru ni... adehhhh...


Maka dengan itu kengkawan, meh mak nak kasik satu ayat untuk protection. :24: Ayat ni boleh diguna untuk mem'protect' diri dan jugak harta-benda. Contohnya bile korang nak gi bank ke, dari dalam kete tu baca dulu ayat ni pehtu baru kuar ke bank. Untuk harta-benda pulak, contohnya kate la korang parking pastu akan tinggalkan kete tu lame (cam gi opis 8 jam baru dapat berjejak kasih semula dengan kete tu kan) so bolehlah korang baca ayat ni sambil niatkan untuk keselamatan kete kite tu. Pak ustad ni pun satu, dah jadik memacam baru nak turunkan ilmu ni kat saya haha... (walhal sendirik yang maleh nak menanye! :pandaGeli_11: Padan muke!)
Jom amal: -

Klik pada ayat untuk tumbesaran sihat


Signature:02:

2 ulasan:

  1. perghhhhhh....seram jugakkan...sekarang macam2 bende leh jadik...walaupon kita ni terlebey berhati2.....

    BalasPadam
  2. @adex-aiedaMemang puuunnn... selagi ade penjenayah selagi tulah kite semua tak selamat huhuuu...

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .