Friday, December 6, 2013

Home » , » DIET ATKINS- Menu saya :)

DIET ATKINS- Menu saya :)



APA ITU ATKINS DIET?

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak."



Walawehhhh.. tetiba je kan nak follow diet atkins ni kan haha... Sebenarnya saya dah tau lama dah akan kewujudannya dan dah ramai kawan yang buat tapi saya tak taulah secara detail apa itu diet atkins. Rupa-rupanya tanpa saya sedar, dah dekat setahun gak saya amal diet ni tapi saya cuma kurangkan makan nasi iaitu cuma pada hari Sabtu dan Ahad saja. Yang lain-lain karbo saya tetap makan so bile nak mulakan diet ni agak senanglah pada saya hehe... Ok, meh saya share menu atkins yang saya dah wat: -

Menu bekpes: Sausage & omelette

Menu lunch & dinner: Blackpepper Chicken & Salad

Menu bekpes: Tuna biscuit with tomatoes

Menu bekpes: Scramble egg with cheese & tomatoes

Menu lunch & dinner: Omelette & salad

Menu lunch & dinner: Fish fillet & salad

Menu lunch & dinner: Ayam panggang rempah & salad

Insyaallah entri lepas ni saya share resepi-resepi mereka di atas ni eh. Lagipun saya kena terangkan sket sebab ada sesetengahnya tak sesuwei untuk yang nak turunkan berat badan dengan cepat sebab saya curang sket kui kui... Depends untuk reason apa korang nak dietlah. Cam saya ekcelli berat ngan tinggi dah ideal tapi saya ade kesukaran berdiri lama dengan berat yang pangkal 5+ ni so saya berdiet sebab nak cuba turunkan ke angka 4+. Okey by then, tungguuuuu... !


Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

5 comments

December 6, 2013 at 2:38 PM

mmm... bukan awak kurus ker...? :)

December 6, 2013 at 7:50 PM

@Izni Hafiz Abdul Rashid@@ Ulang lagi sekali @@ *Teruja mak, kui kui*

December 6, 2013 at 10:19 PM

sedapnye menu diet ni, lebih2 lagi yang ayam tu...hehe

December 8, 2013 at 2:09 PM

@SallyTulah ekcelli berdiet pun boleh makan sedap2. Jom arr thee...

March 14, 2016 at 2:15 PM

sy pon baru nk start atkins balik..

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket