Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 14 Jun 2012

Finally... Baiti Jannati siap sudah!

Khamis, Jun 14, 2012 32 Comments

 

Soploh tahun okeh! - S-E-P-O-L-O-H... Kalau sebut dalam hari dah 3,650 HARI dah saya bawak bertendang bersabar. Selama sepuluh tahun la saya nyampah redha dok kat umah sewa yang haluih cam reban ayam ni. Blom kire bumbungnya yang rosak, berape kali kena serangan sahabat-handai anai-anai dan yang sewaktu dengannyalah! Kalau dok dapo takleh lebih dari sorang manusia, kalau tidak mulelah berlaga bon***! ....Tapi itu suma bakal berakhir hehe... akhirnya 06-06-2012 haritu dapatlah berita yang ditunggu-tunggu dari Glomac, jeng, jeng, jengggg... 'Boleh amek kunci rumah tuan harini. Rumah dah siap dengan CF sekali' *Fengsan!*


Alhamdulillah. Tu jelah yang terucap bila pertama kali baca surat tu. Kalau saya masih mengharap kat Kamsu SB dulu tu lagi (tak tau cite bleh baca sini) dah tentu nasib saya gamaknya kat ghumah sewa ni jelah sampai mati. Tapi masa memula pak ustad utarakan nak beli umah under Glomac ni seram sejuk jugak lagi. Trauma beb. RM20,000.00 hangus dengan Kamsu yang baik hati itu okeh. Jangan kata umah, tiang umah pun tak dapat. Hebatkan? Kerja penat-penat kumpul duit nak beli umah tetiba hangus camtu aje. Takperlah, balasan Allah SWT lagi hebat. Kalau saya balas setakat langgar dia ngan beskal, abes-abes koma 365 hari  aje. Tak mencabar lansung.


Bile tengok kawan-kawan lain yang ada beli umah under Glomac ni akhirnya saya terima la gak hakikat sebab semua mereka takde masalah lansung berurusan dengan dorang. Rumah pun siap cepat. Rumah kiteorang ni stat progress bulan September 2010 dan siap sepenuhnya dengan CF hujung bulan Mei 2012. Kire cepat jugak la kan? Sepanjang tu dua kali dah saya gi nengok progressnya- Pertama kali kat sini dan kali kedua kat sini.


Walaucanerpun ekcelli lambat lagi kot saya anak-beranak nak masuk umah ni. Sebabnya: -

  • Tunggu Glomac settlekan mana-mana kecacatan yang kiteorang dah tanda kat umah cam dinding sopek, cat tak penuh etc.
  • Nak renovate dulu buat kitchen cabinet, wardrobe bagai... makan masa gak tu.
  • Nak renovate tu kena pakai duitkan? So nak kena la kuarkan duit EPF. Sebabkan si Kamsu yang baik hati tu punye pasal, kiteorang takleh kuarkan EPF tu sebelum dapat surat dari Pejabat Tanah yang mengatakan projek si Kamsu tu dulu terbengkalai. Kalau tak- TAK DAPEK NAK NOLONG! Nak dapatkan surat ngan nak tunggu duit tu dimasukkan ke dalam akaun pun makan bulan gak.

Tapi yang paling jadik sebab UTAMA yelah sebab ni: -
  • Tahun ni Maria nak amek peksa UPSR so kalau pindah sebelum peksa amatlah melecehkan. Sebab? Nama dia dalam list UPSR candidate kat sekolah sini so kalau sekolah kat area Sungai Buluh sekarang, nanti taim peksa dia kena amek peksa kat sekolah Gombak ni jugak. Cam menyusahkan je kan? Sekolah sana, amek peksa sini. Ahhh tunggu jelah. Lagi tiga bulan je pun lagi theee...

Psssttt... tapikan, yang sebenarnya hati saya SAYU bila dah tau yang saya dah boleh pindah rumah sendiri ni. Sebabnya... Dah 36 tahun saya tak pernah tinggalkan mak saya lama-lama. Dulu mase masuk asrama pun 2 tahun je berpisah tapi itupun asal ade cuti- balik! La ni saya kena tinggalkan dia lama. Kalau ade hari cuti pastu pak ustad pun free, barulah bleh jenguk dia kot. Lagi, skang ni setiap hari lepas balik keje saya belikan dinner untuk dia siap-siap sebelum amek budak-budak balik umah. Lepas ni sapa yang nak jaga makan minum dia? Siapa nak belikan dia apa yang dia nak? Siapa nak perati dia sihat ke tak hari-hari? Siapa yang nak bawak dia gi klinik bile dia sakit? (Sebab kalau saya yang tak mule tanye bila nampak dia ade masalah, saya KOMPEM dia takkan mintak tolong orang lain punye. Dia selalu cakap, "aku tak nak mintak tolong yang lain pasal nanti menyusahkan depa" 

Uwaaaaaa.....!!!!!!! (Nak tinggal umah mak jelah macam ni! Boleh tak mak? Huhuuu...)

Notakaki Saiz Tujuh:

Saya sebenarnya fobia RALAT caner yang terjadi pada arwah abah saya dulu. Saya tinggalkan dia sebab nak belajar jauh konon dan gi dok asrama. Rupanya hari pertama saya amek SPM dia dah nazak tapi mak kate dia macam susah nak pergi, mungkin nak tunggu saya balik. Jawabnya bile saya dah balik KL untuk selama-lamanya, abah pun pergi sebelum saya sempat carik kerja untuk balas semula budi dia mencari nafkah selama hayatnya untuk membesarkan saya dan adik-beradik. Saya TAKUT bile saya tinggalkan mak, perkara yang sama berlaku. Saya masih belum sempat balas SEMUA budi dan pengorbanan dia lagi. Nak bawak dia gi wat haji pun tak mampu lagi, cuma yang dah lepas dapat hantar dia wat umrah aje.. humphhhh....! 


Percubaan kali pertama stich 4 frames guna CS5. Okey tak? Patut buat 8 frames sampai pandangan hadapan kan? Damn!

"Camner ni makkkk!!!??? Huuu..."
  Signature

Selasa, 12 Jun 2012

Jalan2 Carik Makan - Le Chateau De Puah (Kg Puah, Gombak)

Selasa, Jun 12, 2012 22 Comments


RATING

Service: starstarstar starstar
Food: starstarstarstarstar
Operating hours: Start from 6:00 pm onwards


Orang nak pi makan, dia bantai tido! Harharhar... Rayyyyan, Rayyan...! Tempat ni sebenarnya memang saya tak tau pun wujud, walhal dekat je ngan umah saya pun hehe... Nak jadik citer, haritu besday Mirul dan dia request nak makan Western Food. So Ummi dia yangkaki teknologi ni pun gugel-gugel lalu kuarlah nama restoren ni. Reviewnya rata-rata sume kate best so WAJIBLAH teraikan!


Restoran ni ekcelli sebuah umah yang diubahsuai. Kelainan restoran ni yelah sebab: -

  • Dalam restoran ni ade spa so sesape rase cam overdose makan, silelah singgah masuk dalam spa tu ye, ahaks! 
  • Dalam ni jugak ade Cyber Cafe so semestinya ade Wifi di sana!
  • Owh ye, dia jugak sediakan macam-macam jenis tempat duduk. Contohnya ade kosi duduk yang standart kat kedai makan tu, pastu ade ruang untuk famili, ada tempat duduk yang duduk atas lantai pastu siap de kelambu dan bantal sandar ala-ala kat negara Arab. Hehe... ekcelli haritu  tempat yang ala Arab tu dah direserved tapi gamaknya pelayan tu kesian nengok saya dok usung budak kecik yang tido ala-ala gaya fengsan tu, dia terus bagi tempat tu untuk kiteorang ngeee... (Maseh Rayyan kerana pandai berlakon!)
  • Menu masakannya ada pelbagai dari masakan kampung melayu, western food, masakan dari negara Pakistan etc.
  • Kepada penggemar shisha, ade shisha percuma di sana.



The Verdict?= Service cepat, makanan MAVELES! So sape yang berdekatan, silelah ke sana ye. Memang tak nyesal!
Beef Carbonara eden punyo! Perghhhh sungguh lemak berkrim disukai ramai!

Fish & Chips untuk besday boy- Mirul

Tukang belanja punye makanan, ahaks! Homemade Burger.

Maria punye Grilled Chicken with Black Pepper Sauce. Sungguh yummeh!

Ni peta nak ke sana!


P/s: Kalau korang dari Gombak Setia, just drive sampai nampak bangunan pink Diamond Square itu dan masuk belok ke kanan ke kawasan perumahan tu. Dia ade kat belakang-belakang tu ye! Kalau nampak cam termasuk dalam kawasan perumahan jangan ingat korang dah sesat sebab dia memang sebaris dengan rumah-rumah (nama pun rumah yang diubah-suaikannn...)

Signature

Selasa, 5 Jun 2012

Cuti-cuti Malaysia: D'Ark Resort, Janda Baik, Pahang Darul Makmur

Selasa, Jun 05, 2012 36 Comments


Tetiba je gi cuti-cuti Malaysia kat sinikan? Thee... sebenarnya tak plan pun tapi haritu mase gi pesta buku kat PWTC tu, saya dapat voucher diskaun stay kat Tune Hotel sebab beli majalah Karangkraf. Masa tu cek-cek tempat yang boleh pergi sume cam jauh (malas nak travel jauh!) Pastu pak ustad lak kate Tune Hotel tu kecit je so cam tak sesuai kot untuk kiteorang yang lima beranak nih! Haha...


Tengah gugel-gugel sekali terbaca lak review orang yang dok kat D'Ark Resort kat Janda Baik ni. Reviewnya kan main lagi, bak kate sumenya best belakalah. Kebetulan Rayyan dah lama asek nak mintak mandi sungai so pak ustad kate oklah, cuti sekolah kali ni kite gi Janda Baik!


Ok now masuk bab resort okeh. Nak sampai kat resort ni senang je. Korang just ikut jalan belakang Mc'D kat Genting Sempah tu, amek jalan kiri (kanan ke Genting) pastu teeeerus aje. Nanti akan lalu kawasan homestay dan rumah rehat macam-macam tapi resort D'Ark ni atas lagi. Jangan risau, ade signboard dan kalau korang jumpa sungai tu maknanya betullah tu! Perjalanan dari Genting Sempah tu adelah dalam 30 minit kot nak sampai atas.


First impression mase sampai resort tu memang cam the vast tebabolah. Konsep dia ala-ala kampung means dia guna kayu untuk sume bilik-bilik resortnya termasuk opis dia. Opis dia memang cantik gilerlah- lengkap ade ruang tamu, tempat rehat, TV etc. Okeh itu opisnya. Haritu kiteorang stay kat bilik bernama Kenanga. Untuk info sume bilik kat sini menggunakan nama bunga ye. So skang saya nak review bilik yang bernama Kenanga tu ye- ingat! Ini cuma untuk bilik bernama Kenanga. Bilik lain saya tak tau.


Masuk je dalam bilik tu memang korang akan kagum giler la dengan konsep binaannya. Walaupun kecik dan agak sempit, tapi dia boleh memuatkan satu katil bersaiz queen dan satu katil bersaiz bujang (yang mana kendiannya diubahsuai oleh kiteorang menjadi sebijik katil bersaiz King haha!... Biaselah tu kan. Asing-asing  tido kang ade yang tengah malam nanges pulak!) Ruang tandas dia ke bawah sket so korang kena turun anak tangga untuk ke tandas tu. Agak merbahaya untuk kanak-kanak kecik so kena berhati-hatilah ye supaya budak kecit dok jauh dari tandas atau senang citer, tutup je pintu tandas tu!


The verdict: 
Untuk bilik yang berharga RM186.00 sehari semalam, saya expected akan dapat suma-suma ni tapi malangnya takde: -

  • Takde hot shower. Bayangkan berada di atas bukit dan cuaca yang lembab (hujan hampir setiap masa) dan tiada hot shower???
  • Bakul sampah satu je dan ianya sangatlah kecil. Macam bakul sampah mainan je. Masuk 4 ketul pampers yang dah diguna terus penuh, camne?
  • Channel TV cuma ade dua yeitu TV3 dan Astro Ria. Bile hujan lebat dia akan bertukar automatik jadik Astro HBO dan Astro Ria. Magikkan?

Yang best plak sebab sungai kat depan dan tepi resort tu aje so kalau korang nak mandi bolehlah jalan kaki terus kecebum. Malangnya hari yang kiteorang pegi tu hujan lebat turun dari datang sampailah ke malam. Brenti pun sekejap je so sempatlah taim tu saya bawak Rayyan jalan-jalan. Air sungai dia cetek je so sangatlah sesuai untuk kanak-kanak tapi tak sempat merasalah mandi situ sebab pagi esoknya pak ustad dah nak balik awal sebab dia nak solat Jumaat kat Gombak huhuuu... so begitulah berakhirnya episod cuti yang tak dapat wat apa-apa, haha... sekian!

Hampir nak makan sebab ingatkan laici, upenya bunga! Wahkahkah!



Notakaki Saiz Tujuh:
Adehhh.... lepaih ni dah takleh cuti-cuti dah sebab nak tumpukan mengajar Maria nak amek peksa UPSR. Go Farah Go! (Mak over)

Signature

Rabu, 30 Mei 2012

Lelong! Lelong!

Rabu, Mei 30, 2012 26 Comments


Harni ni saya berbesar hati nak wat lelongan amal boleh? Jualan je nama amal tapi untuk amal diri sendirilah hahaaa... sesape yang berminat sile contact saya ye:

Call/SMS/Whatsapp: (016)2290-444

Email/ YM: deeb0207@yahoo.com

FB: farah diba


BARANG-BARANG LELONGAN: -


1) Tamron SP 90 AF f/2.8 (Canon Mount) (SOLD)
Date bought:: January 2012
Warranty: Japan
Rarely used
Condition: 100% like new
Sale Price: RM 1,000.00 (Nego)


2) Canon EF-S 10-22mm f/3.5-4.5 USM Lens (with UV filter) (SOLD)
Date bought: 01st June 2010
Warranty: Until 01st June 2013
Seldom used
Condition: 95% like new
Sale Price: RM 1,950.00 (Nego)


3) Canon EF 50mm f/1.8 II (SOLD)
Date bought: 01st June 2010
Warranty: Until 01st June 2013
Seldom used
Condition: 95% like new
Sale Price: RM 260.00 (Fixed)



4) Canon EF-S 18-200mm f/3.5-5.6 IS Lens (with UV filter) (SOLD)
Date bought: January 2012
Warranty: Until 02nd May 2013
Condition: 99% like new
No box. With hood and UV filter.
Sale Price: RM 1,350.00 (Nego)


5) CANON 580EX II (SOLD)
Date bought: 01st June 2010
Warranty: Expired 01st September 2011
Condition: 95% like new
Sale price: RM 1,350.00 (Nego)


6) YONG NUO 468 II (SOLD)
Date bought: 2011
Condition: 95% like new
Sale price: RM 180.00 (Nego)


7)   Apurture Gigtube GT3C for Canon EOS 5D Mark II/ 50D/ 40D/ 30D/ 5D/ 20D  
Date Bought: 2011
Warranty: Nope
Condition: 100% like new
Used once
Sale Price: RM 180.00 (fixed)



8) Canon Original 7D Battery Grip (SOLD)
Date Bought: 2010
Warranty: Nope
Condition: 98% like new
Sale Price: RM 400.00 (Nego)


8) BlackRapid RS-W1 Strap with FastenR-3 camera sling (for woman) (SOLD)
Date Bought: 2011
Warranty:  Nope
Condition: 95% like new
Sale Price: RM 150.00



Terms & Condition:
Cash on Delivery
or
M2U 
(Free Delivery tapi selepas barang dihantar saya tak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan ye)
Meetup area: Gombak, Taman Sri Gombak, Taman Melati, Wangsa Maju, Taman Setapak only during daytime ONLY.


Sementara stok masih ada. 
Mana yang bertanda perkataan 'BOOKED' tu maknanye dah ade orang yang bayar pendahuluan tapi belum amek barang lagi dan  'SOLD' maknanya dah dijual ye! Maseh!!!


Signature

Selasa, 29 Mei 2012

USED baju pengantin for sale!

Selasa, Mei 29, 2012 6 Comments

 

Jangan salah sangka ya. Yang nak jual ni bukan baju pengantin saya. Zaman saya dulu sewa aje kat mak andam haha. Ini kawan photog punya dia nak jual. Tulah beli lagi sape soh hahaha... Ooops! Okeh so sesape berminat silelah contact dia di nombor yang tertera digambar tu ye!


Amacam? Cantikkan?

  Signature
Follow Me at flickr! .