Finally... Baiti Jannati siap sudah!
Farah Deeb
Khamis, Jun 14, 2012
32 Comments
Soploh tahun okeh! - S-E-P-O-L-O-H... Kalau sebut dalam hari dah 3,650 HARI dah saya bawak
Alhamdulillah. Tu jelah yang terucap bila pertama kali baca surat tu. Kalau saya masih mengharap kat Kamsu SB dulu tu lagi (tak tau cite bleh baca sini) dah tentu nasib saya gamaknya kat ghumah sewa ni jelah sampai mati. Tapi masa memula pak ustad utarakan nak beli umah under Glomac ni seram sejuk jugak lagi. Trauma beb. RM20,000.00 hangus dengan Kamsu yang baik hati itu okeh. Jangan kata umah, tiang umah pun tak dapat. Hebatkan? Kerja penat-penat kumpul duit nak beli umah tetiba hangus camtu aje. Takperlah, balasan Allah SWT lagi hebat. Kalau saya balas setakat langgar dia ngan beskal, abes-abes koma 365 hari aje. Tak mencabar lansung.
Bile tengok kawan-kawan lain yang ada beli umah under Glomac ni akhirnya saya terima la gak hakikat sebab semua mereka takde masalah lansung berurusan dengan dorang. Rumah pun siap cepat. Rumah kiteorang ni stat progress bulan September 2010 dan siap sepenuhnya dengan CF hujung bulan Mei 2012. Kire cepat jugak la kan? Sepanjang tu dua kali dah saya gi nengok progressnya- Pertama kali kat sini dan kali kedua kat sini.
Walaucanerpun ekcelli lambat lagi kot saya anak-beranak nak masuk umah ni. Sebabnya: -
- Tunggu Glomac settlekan mana-mana kecacatan yang kiteorang dah tanda kat umah cam dinding sopek, cat tak penuh etc.
- Nak renovate dulu buat kitchen cabinet, wardrobe bagai... makan masa gak tu.
- Nak renovate tu kena pakai duitkan? So nak kena la kuarkan duit EPF. Sebabkan si Kamsu yang baik hati tu punye pasal, kiteorang takleh kuarkan EPF tu sebelum dapat surat dari Pejabat Tanah yang mengatakan projek si Kamsu tu dulu terbengkalai. Kalau tak- TAK DAPEK NAK NOLONG! Nak dapatkan surat ngan nak tunggu duit tu dimasukkan ke dalam akaun pun makan bulan gak.
Tapi yang paling jadik sebab UTAMA yelah sebab ni: -
- Tahun ni Maria nak amek peksa UPSR so kalau pindah sebelum peksa amatlah melecehkan. Sebab? Nama dia dalam list UPSR candidate kat sekolah sini so kalau sekolah kat area Sungai Buluh sekarang, nanti taim peksa dia kena amek peksa kat sekolah Gombak ni jugak. Cam menyusahkan je kan? Sekolah sana, amek peksa sini. Ahhh tunggu jelah. Lagi tiga bulan je pun lagi theee...
Psssttt... tapikan, yang sebenarnya hati saya SAYU bila dah tau yang saya dah boleh pindah rumah sendiri ni. Sebabnya... Dah 36 tahun saya tak pernah tinggalkan mak saya lama-lama. Dulu mase masuk asrama pun 2 tahun je berpisah tapi itupun asal ade cuti- balik! La ni saya kena tinggalkan dia lama. Kalau ade hari cuti pastu pak ustad pun free, barulah bleh jenguk dia kot. Lagi, skang ni setiap hari lepas balik keje saya belikan dinner untuk dia siap-siap sebelum amek budak-budak balik umah. Lepas ni sapa yang nak jaga makan minum dia? Siapa nak belikan dia apa yang dia nak? Siapa nak perati dia sihat ke tak hari-hari? Siapa yang nak bawak dia gi klinik bile dia sakit? (Sebab kalau saya yang tak mule tanye bila nampak dia ade masalah, saya KOMPEM dia takkan mintak tolong orang lain punye. Dia selalu cakap, "aku tak nak mintak tolong yang lain pasal nanti menyusahkan depa"
Uwaaaaaa.....!!!!!!! (Nak tinggal umah mak jelah macam ni! Boleh tak mak? Huhuuu...)
Notakaki Saiz Tujuh:
Saya sebenarnya fobia RALAT caner yang terjadi pada arwah abah saya dulu. Saya tinggalkan dia sebab nak belajar jauh konon dan gi dok asrama. Rupanya hari pertama saya amek SPM dia dah nazak tapi mak kate dia macam susah nak pergi, mungkin nak tunggu saya balik. Jawabnya bile saya dah balik KL untuk selama-lamanya, abah pun pergi sebelum saya sempat carik kerja untuk balas semula budi dia mencari nafkah selama hayatnya untuk membesarkan saya dan adik-beradik. Saya TAKUT bile saya tinggalkan mak, perkara yang sama berlaku. Saya masih belum sempat balas SEMUA budi dan pengorbanan dia lagi. Nak bawak dia gi wat haji pun tak mampu lagi, cuma yang dah lepas dapat hantar dia wat umrah aje.. humphhhh....!
Percubaan kali pertama stich 4 frames guna CS5. Okey tak? Patut buat 8 frames sampai pandangan hadapan kan? Damn!
"Camner ni makkkk!!!??? Huuu..."