Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 9 Disember 2011

Menculik Deeb- Day #4 (versi Zoo Melaka)


 

Dari Sg Duyong, Pak Ustad decide nak bawak budak-budak tengok sedare-mare kat Zoo Melaka. Ekcelli saya ngan Pak Ustad dah pernah pergi tapi yang lain tu blom pernah lagi. Mase kiteorang pergi tu Maria dok berdukung lagi, haram tak ingat yang dia pernah gi sana!


Zoo Melaka ni terletak betul-betul berhadapan dengan Taman Buaya. Tapi kami tak gi sana sebab round dalam Zoo Melaka ni pun dah rase nak pengsan! Tengok map panjang lagi tempatnya... dalam hati dok tanye bile nak abes cover satu zoo ni doe! Ahaks! Moral of the story: Kalau dah tue, naik tren je bile masuk zoo. Jangan perasan hebat boleh jalan kaki, okeh! Muahaha!


Saya masih ingat mase pergi Taman Buaya dulu, Pak Ustad hampir-hampir nak kena baham buaya. Mase tu saya tengah fokus kamera nak amek gambar dia dokong Maria betul-betul kat belakang paya buaya tu. Sekali saya tengok dalam viewfinder, ada sekor buaya dah lompat berdiri sama level ngan Pak Ustad terus saya pun jerit. Seb baik Pak Ustad cepat-cepat beralih ke depan, kalau tak taim tu sure Maria ade seorang ayah yang tidak berkepala, huhuuu...!

Dia ni bijak tau. Ekcelli dia berdua tapi bile dia nampak saya acu kamera, dia terus tolak kawan dia jauh-jauh. Pastu dia terus buat macam-macam posing, boley? 

Mereka-mereka ini pukul 4.30 petang baru nak mandi. Pemalas betul!

Derang ni memang terer posing!

Comeikan? Kalau tak perati betul-betul memang ingat sangkar tu cume display pokok je pun!

Sian dia lapo...

Alamak aiii... saiz badan kite cam same wehhh...

Mahu tapi malu. Cenggitulah gayenya....

Dorang patut letak signboard 'AWAS KUDA INI MENGGIGIT' tu kat depan sket, okeh! Mujur tanganku yang gebus itu tak digeget! Rambut dah le ikut cutting Temenggung Jugah Anak Barieng!

Dah macam pakai jubah abaya pulak si seladang ni

Baru nak bukak pose

Datang siang-siang hari manyak minatang dalam zoo ni wat taik mate je kejenye....

Posing paling henskem!

Seronok dapat naik tren free! Pak ustad tak tau kena bayar akaka! Halal jelah!


Notes: Cerita dari awal penculikan boleh baca kat Menculik Deeb- Day #1. Pastu sambungannye yang sedikit seram kat Menculik Deeb- Day#2. Next, tengok tempat makan best kat Muor at Menculik Deeb- Day#3. Nak tau pasal Hang Tuah pulak meh jenguk Menculik Deeb- Day #4 (versi Sg Duyong) okeh!


  Signature

3 ulasan:

  1. hari tu pergi kat sini..memang penat utk ronda seluruh kawasan...mana yang sempat jer dapat pergi..

    BalasPadam
  2. @MamaEmaItulahkan... rase cam nak tercabut kepala lutut! Hahaha....

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .