Monday, December 5, 2011

Home » , » Menculik Deeb- Day #1 (Ayer Keroh-Kluang)

Menculik Deeb- Day #1 (Ayer Keroh-Kluang)


 

Ye takde kena-mengena pun entry ni ngan Miyabi walaupun muke saya maybelah ade iras-iras dia, wahaha... (muntah darah!) Yang sama yelah dia kena culik dan cite saya kali ni pun pasal saya kena culik. Hape??? Deeb kena culik? Heheh... Ye memang betul tu. Tatkala korang sume sedang bercuti menyambut hari Maal Hijrah 2011, kami anak-beranak kena culik ngan Pak Ustad! Haha! Misi menculik ni takde planning awal pun. Tetiba je Pak Ustad kena pegi outstation area Johor so dia hangkut sume anak-beranak sekali. Bijak tul suamiku itukan? Sah-sah minyak, tol, hotel sume company tanggung!

A'Famosa: Gambar ehsan encek Gugel

Hari pertama kiteorang ke Kluang tapi sebelum sampai sana, pak ustad bawak kiteorang singgah Melaka sekejap sebab saya memang dah plan nak bawak budak-budak gi sana cuti sekolah ni tapi since family mentua ade wat planning lain so kena tukar! Harini hujan turun renyai-renyai dan berterusan la pulak. Masa kat highway Seremban hujan kemain lebat tapi alhamdulillah takde apa-apa yang tak diingini berlaku. Sampai Melaka terus gi carik A'Famosa sebab saya nak tunjuk kat budak-budak bekas tapak kaki Hang Tuah. Tapi carik punye carik rupanya dah takde. Note: Last saya pegi sana waktu umo saya 12 tahun ikut rombongan sekolah! So yang sebenarnya saya pun dah ingat-ingat lupa tapak kaki tu berada kat mana. Cume seingat saya ade bekas tapak kaki dalam A'Famosa tu tapi skang dah takde. Sian saya kena gelak ngan Pak Ustad sebab dia berkali-kali dok kate masa dia sekolah kat Melaka bertahun tak pernah dengar pun pasal ade tapak kaki tu. Cisss...! Adelaaa... cume skang dah ilang! *Pujuk diri sendiri... huhu...*

Biaselah! Satu-satunya aktiviti yang boleh dibuat bile dah bosan dok dalam kete lama-lama... pakse budak-budak bergambar!

Kalau korang nak tau- masa kat A'Famosa (yang atas bukit tu) pemandangan nya caaaaaaaaantik sangat! Kebetulan masa tu hujan baru brenti, matahari pun cam segan-silu nak kluar. Takleh nak diceritakan caner cantiknya tempat tu. Ye.. jangan tanye pasal gambar. Disebabkan kamera saya ade dalam kereta yang diparking berbatu dalam pasaraya ape ntah selepas tak berjaya mencarik parking dan menghadapi jalan jem yang sungguh menyesakkan itu; tambah pulak bateri henpon saya sudah abes kering disedut oleh GPS... maka saya cume dapat bagi korang gambar ehsan dari encek gugel ni jelah. Tapi serius giler- gambar ni diambil waktu cuaca tengah panas, tak sama keadaanya pada masa berada kat sana haritu so sori to say- korang tak dapat la tengok betapa indahnya pemandangan itu ketika itu! Huhuuu...! *Lenkali kite gi sane lagi ye Pak Ustad! Tapi make sure tak tinggal kamera dalam kete!*

A'Famosa atas bukit: Ehsan dari encek Gugel jugak
Alang-alang dah bersusah-payah dapat ke sana (korang tak tau betapa jemnya jalan dah macam lagi hebat dari KL je!) kiteorang masuk la ke Istana Kesultanan Melayu Melaka. Fee dia  murah je, RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak yang bersekolah saja. Gambar? Sile baca perenggan di atas ye. Macam-macam gak la info pasal Hang Tuah ade dalam istana tu dan ada macam-macam replika seperti sultan dan para pembesar negeri bersidang, delegasi-delegasi dari pelbagai negara yang pernah berdagang di Selat Melaka pada zaman dahulu-kala seperti pedagang Gujerat, China dan Arab. Lagi info sini: -

Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986.
Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut.
Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang. -Sumber kredit:  http://iskandar-aziz.blogspot.com

Istana Kesultanan Melayu Melaka- gambar kredit  http://iskandar-aziz.blogspot.com

Lepas tu barulah kiteorang headed ke Kluang, Johor. Kat sana kiteorang stay kat Prime City Hotel. Bilik hotel ni luas dan ade dua bijik katil standart yang akhirnya berjaya kiteorang ubahsuai menjadi katil bersaiz King, haha!
Hall
Tandas

Ruang cafe bar

Tandasnya pun luas dan overall sumenya nampak cam baru (walaupun takla baru kot) Ratenya tak pasti sebab kiteorang takyah bayar satu sen pun hehe... *ngelat*

Muke baru bangun tido

Bandar Kluang from my site of view

Kat Kluang ni rasanya yang femes cuma Kluang Rail Coffee dia je kot (yang saya taulah) Since bangun pagi sume lambat pasal penat berjalan semalamnya, so takde la gi sana untuk bekpes. Sedar-sedar Pak Ustad dah tepon soh siap-siap packing sebab keje dia kat sana dah settle dan skang nak direct pergi destinasi kedua pulak yeitu ke Batu Pahat! Tunggu misi menculik Deeb- Day#2 pulok ye!


  Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

4 comments

December 5, 2011 at 10:25 AM

Wow, A famosa is a superb place to visit. I love that place.

December 5, 2011 at 10:30 AM

@ThristhanDefinitely Thristhan! :)

December 5, 2011 at 10:31 AM

rasanya mmg takde tapak kaki hang tuah kat afamosa tu, apapun mmg berbaloi bercuti tanpa kuar duit sendiri sesen pun, bijak sangat hihi

December 5, 2011 at 10:35 AM

@Tina OthmanYe eh Tina? So pelikkan sbb mak kite pun ingat mmg ade tapak kaki dalam A'Famosa tu dulu! Huhuuu... sedey still!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket