Thursday, April 4, 2013

Home » , , » Rayyan= Talasemia??? Hmmm...

Rayyan= Talasemia??? Hmmm...



Tak taulah camne nak start. Dari semalam masa doktor bagitau yang anak bongsu saya adalah pembawa Talasemia, saya masih takleh percaya dan susah nak telan bulat-bulat apa yang doktor predicted tu. Kenapa? Okeh, meh saya cite sket apa itu Talasemia dan macamana seseorang tu boleh jadik pembawa atau pesakitnya: -



Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk. Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


Jenis-jenis Talasemia


Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.



Pembawa di Malaysia


Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)


Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal



Tanda dan gejala Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).



Rawatan untuk pesakit Talasemia


  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.


*********************************************************************************
Okeh skang saya bagitau nape saya masih ragu-ragu dengan prediction doktor itu okeh. Untuk pengetahuan korang, pak ustad baru je cek darah 4 bulan lepas masa dia demam teruk dan doktor takde plak mentioned yang dia punye sel darah merah rendah (pesakit/ pembawa talasemia bacaan sel darah merah kurang dari 10g/dl). Saya pun semasa mengandungkan Rayyan ni ada wat cek darah sebab saya under treatment doktor pakar masa tu (pasal saya lelah depa treat saya dalam special case). Tapi again, kalau saya punye sel darah merah pun rendah, sure mase tu doktor dah bagitau sayakan? So kesimpulannya, saya dan pak ustad bukan pembawa Talasemia so macamana ek Rayyan boleh jadik pembawa?


Apapun, saya berpegang pada qada' dan qadar dan percaya pada kebesaran Allah SWT. Doktor mungkin pakar dan menggunakan kepakarannya untuk menjelaskan sesuatu yang berlaku itu melalui kaedah sains tapi itu tak bermakna keputusan itu adalah tepat kerana yang Maha Mengetahui, yang Maha Menjadikan, yang Maha Berkuasa dan Maha Menentukan adalah Dia Yang Esa. Moga anak ummi akan terus sihat membesar agar dapat terus melakukan amalan dan ibadah kepadaNya, ye anak!


*Maklumat sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Talasemia

Signature Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

8 comments

April 4, 2013 at 11:38 AM

Askum. Anak saya masa 1 1/2 anemic. Dr suspect thelasamic gak, actually tidak, dia ada internal bleedin. Another sign of thelasamic kids, kepala dowang jendol, cuba google images. Moga anak puan ok2 saja, no need to worry, get 2nd opinion.

April 4, 2013 at 11:56 AM

cian rayyan...tapi akak pun cam tak caye je. terkedu bila baca keputusan dok tu semlm. akak doakan rayyan 'bebas' dari penyakit tu dan dpt membesar dgn sihat dan normal hendaknye...amin.

April 4, 2013 at 1:07 PM

semoga Rayyan bebas daripada talasemia dan membesar dengan sihat

April 4, 2013 at 4:25 PM

@SUwithloveMaseh SU for sharing. Actually itulah yang kite takutkan -sakit lain sebab sebelum ni doktor ada mentioned few names penyakit yang berkemungkinan termasuk cancer so saya adalah sangat amat takut! Huhuu...

April 4, 2013 at 4:28 PM

@SallyAmin. Maseh. Itulah tak tau nak kata apa. Kite yang mendengar perkataan tu kuar dari mulut doktor tu lagi la rasa cam nak pitam. Ini pun tak bagitau mak lagi sebab takut dia sedih. maklumlah dia jaga dari lepas pantang sampai umo 4 tahun. Haritu pun masa demam-demam, mak dok berulang datang jenguk dia. Baru ni pun sampai sanggup datang umah tido sini semalam nak menengokkan siRayyan tu huhuu...

April 4, 2013 at 4:28 PM

@iedaAmin. maseh Ieda for your support!

April 5, 2013 at 1:59 PM

kak Deeb..br sempat bc..didoakan..segalanya baik belaka..dan Rayyan terus-terusan sihat..semoga akan ada sinar nanti..bertabah ye kak

April 9, 2013 at 8:46 AM

@Lynda Che LahInsyaallah, amin Lynda. maseh banyak2.

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket