Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 15 Disember 2021

Cuti-Cuti Malaysia: Kuala Selangor- Sg Besar- Sekinchan- Sabak Bernam



Setakat hari ni laaa... rasanya inilah percutian paling dekat dengan rumah yang saya pernah pergi. Asalnya plan nak keluar negeri tapi tak jadik pasal imam koje. Yang beria nak travel ni pun si anak dara sebab dia tension pasal cuti-cuti pun lecturer kasik assignment. Sebelum dia mengalami kemurungan teruk dan masuk statistik depression negara tahunan, maka eloklah saya followkan hajer keinginan beliau itu. Lagipun hantu-hantu pun kan baru nak start beroperasi menyakat manusia yang dah lama tak check-in hotel tu, jadi kita tunggulah sok lusa bila depa dah bosan nanti baru kami jalan jauh sket kannn ajaja... *tenangkan hati sendirik*

Kredit: FB Hussin Fauzi Farm

Lokasi pertama yang kami tuju ialah Hussin Fauzi Farm yang terletak di Jalan Batu 45, Teluk Penyamun, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Tapi apa la punya malang rupanya hari Rabu tempat ni tak beroperasi huhu... Dek kerana tempat ni senang je nak cari dan nampak menarik maka kami datang lagi hari kemudiannya hehe... (Boleh baca review kat sini ya!)

Kredit: Google Image

Lepas tu kami terus ke Bukit Melawati yang terletak kira-kira 11 minit perjalanan dari situ. Lagi sekali malang, kami tak dapat masuk sebab rupanya hari tu depa tengah renovate! Tapi kat website tak tulis pun kata tutup so kita assume jelah Dia tengah bagi ujian kesabaran aras dua ke atas kami hamba-hambaNya yang terpilih ataupun… ada yang tak mandi pagi tadi kan hajaja... (yang ni tak dapat diputuskan sebab takde sapa ngaku).


Acah macam tengah berlakon dalam video klip musik bila angin bertiup

Taktaulah tulisan kat pasir tu hint ke apa...

Seterusnya kami menuju Pantai Kg Sungai Kajang di Tanjung Karang. Takde apa sangat pantai ni tapi pemandangan dia memang cantiklah walaupun waktu kami sampai tu air tengah surut jadi pemandangan pantai macam padang jarak padang tekukur gitu. Kat sana ada gerai jual minuman dan pondok untuk piknik. Juga ada disediakan kereta atv dan bot untuk disewa. Waktu saya sampai tu tengah rembang jadi cuma ada satu, dua keluarga je yang sedang berpiknik kat situ.

Kredit: Google Image

Kredit: Google Image

Selain dari pantai ni, korang boleh teruskan beberapa kilometer saja ke hadapan untuk ke Pantai Redang di Sekinchan sebab kat situ pun ialah spot menarik pelancongan. Satu lagi pantai berdekatan ialah Pantai Bagan Nakhoda Omar. Kami tak singgah haritu sebab confirm air tengah surut jugak jadi kami terus ke lokasi seterusnya untuk misi mengisi perut!


Biasalahkan, sebagai seorang food blogger *sangat* ,seminggu sebelum nak pergi jalan ni saya dah kaji kedai-kedai makan yang popular disepanjang perjalanan tu. Ada diantaranya kedai yang pernah masuk tv jugak tau tapi kali ni saya lebih tertarik nak cuba makan di Warong Amai Mentarang ni. Warung ni kena masuk satu lorong dari jalan besar so lokasinya tak lah sibuk. Suasananya tenang je dan yang lebih menariknya sebab ada pemandangan tali air dan rumah-rumah kampung disekeliling.


Juadah yang WAJIB korang cuba bila melalui Sekinchan ni dah tentulah mentarang! Ada pelbagai menu masakan mentarang ni yang boleh dicuba termasuklah mentarang bakar, mentarang celup tepung, sup mentarang dan mentarang goreng pedas dan macam-macam lagilah tapi kali ni saya cuba mentarang celup tepung sebab saya ialah spesis manusia yang tak menyukai rasa segala jenis seafood yang berkulit keras dan ternyata saya memanglah bijak kerana kami anak beranak berjaya menghabiskan setengah kilo mentarang celup tepung itu hoho... Pelayan dikedai ni peramah so sempat la dapat info yang rupanya kalau orang macam saya biasanya tak mampu habiskan mentarang bakar sebab rasa ‘laut’nya tu lebih kuat. 

Overall semuanya okay, juadah kat situ semuanya sedap dan harga berpatutan, parking pun senang. Saya sangat rekemen kat semua orang untuk cuba datang makan kat kedai ni. Cuma satu je… geram kat lalat yang menari-nari time nak makan huhu...

Kredit: Google Image

Dah kenyang kami menuju pula ke kedai kerepek As-Syifa' yang terletak tak jauh je dari situ. Tapi (malang lagi sekali) kedai tu tutup ye. (Saya masih menunggu kalau-kalau ada yang nak ngaku siapa tak mandi pagi tadi...) Tapi kan kalau korang lalu jalan ni wajiblah singgah tau sebab kedai ni jual pelbagai jenis kerepek hasil orang kampung dengan harga yang murah. By the way untuk info, kalau korang nak tumpang solat, saya suggest sangat korang singgah ke stesen minyak Petron yang berdekatan sebab walaupun bilik solatnya kecik aje tapi sangatlah selesa!

Kredit: Google Image

Seusai solat kami teruskan destinasi ke Laman Tebu Aidil tapiiiiiii ye tappiiiii... dia belum buka lagi haha... so kami teruskan je perjalanan ke d'Rasa Jerami Ban Kenal. Untuk info, kat Laman Tebu Aidil tu korang boleh makan dan cuba air tebu segar atau cuma nak menikmati pemandangan laman tebu dan orkid yang cantik pun boleh.


Marilah spam gambar banyak-banyak haha...

Terlayan perasaan la pulekkk...

First time tengok padi, jakun jap lol!

Kat d'Rasa Jerami Ban Kenal ni pemandangannya pun cantik dek dipenuhi dengan sawah padi yang terbentang luas so sini memang port untuk amek gambar banyak-banyak! Ekcelli ada kedai makan kat sini tapi sebab tadi baru lepas makan jadi kami berhenti bergambar dan menikmati suasana kat sini je.

Kredit: Google Image

Korang jugak boleh singgah ke Pasar Jerami Ban Kenal yang berdekatan. Kat situ ada gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan dan minuman 'street food', hasil tanaman orang kampung dan macam-macam lagi. Tapi kami tak singgah haritu sebab hari dah makin lewat petang.

Kredit: Google Image

Akhir sekali sebelum pulang, wajiblah singgah pasar pasir penambang kan? Kat sini ada banyak pilihan jenis hasil laut jadi korang boleh la pilih ikut kemampuan. Buah-buahan, ikan masin dan rempah-ratus pun ada jugak jual kat pasar ni so senang semua dalam satu.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati kat daerah Kuala Selangor, Sg Besar, Sekinchan dan Sabak Bernam ni sampai tak sempat nak pergi kesemuanya. Kalau korang nak rasa puas berjalan, saya cadangkan korang bermalam kat chalet dan kabin yang ada di kawasan sawah padi tau. Hmmm rasanya macam akan repeat pergi lagi je lepas ni hiu hiu...


Signature

1 ulasan:

  1. Tak pernah lagi jalan jalan area situ. Pernah sampai tapi tak turun kereta sebab terlalu ramai orqng (masa mula mula boleh rentas daerah rasanya)

    Nanti ada masa nak ke sana lagi lah. Nak borong kerepek. Hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .