Tuesday, August 23, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Gambo ghaye tawon lepas daa...


Since raya pun dah nak dekat, aku amek kesempatan ni untuk wish korang sume yang sudi menyinggah blog aku ni khususnya buat follower aku yang seramai 142 orang itu *ramai sungguh huhu* :01: dengan ucapan...

'SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2011'

Mana-mana yang balik kampung tu hati-hati di jalanraya okeh. Aku pun balik kampung gak- 5 minit je sampai haha! Kampung pak ustad pun tak sampai 1 jam sampai so as usual tiada adegan baling pinggan mangkuk pyrex mahupun melamine terlibat. Since seminggu nak raye ni aku akan jadik orang yang sungguh sebok :26: *yelah tu Farah...* so aku akan say gudbai sekejap *atau lebih tepat beberape minggu sehingga dah lebam beraye*. Insyaallah kalau panjang umo kite jumpe lagiiiii....!!! Maaf Zahir Batin sumeee....!!!

Untuk korang sume, nah amek lagu raye feveret aku ni. Wahhh, kan main feeling ko Farah! :hua: Haha! Layannn...

Hukhuk... sedeyyyy *tingat arwah abahhhh! Huaaa...!!!*

Signature:39:
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Al-Quran




PENURUNAN AL-QURAN (NUZUL AL-QURAN) 
Oleh: Abuyusoef Hashim Othman al-Maranji
 Sumber kredit: halaqah.net


PENGENALAN

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati Dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia Dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada Kita secara mutawatir, pasti Dan qat’i Dan ditulis mashaf yang Hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi Kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran Dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya Dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.



PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN

‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab,”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang IA datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”





PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekali Gus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekali Gus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; Dan kali ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. Dalam tempoh 20 malam.

Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

Penurunan ini berlaku sekali Gus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.

Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;

Allah SWT berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)

Firman Allah SWT,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)

Firman Allah SWT,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)

Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).

Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.

Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.

Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas.

Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekali gus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekali gus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir.

Pendapat kedua tentang penurunan sekali gus ke Bait al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.”

Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai ‘keseluruhan al-Quran’. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204, Allah SWT berfirman,

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekali gus ke Bait al-‘Izzah.

Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w.

Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.

Semoga memberi syafaat kepada semua, insyaallah. Selamat Menyambut Nuzul Quran!


Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Thursday, August 11, 2011

JJCM: Day 10 Ramadhan 1432



Semalam konon nak bertukar angin sekali-sekali lalu aku curang sekejap. Heppp...! Jangan bikin skandal. Aku curang sebab mengabaikan bazaar Danau Kota tu ajeee.... Tetiba rase bosan nak wat benda yang sama jadi aku nekad nak habeskan pendapatan kepada penjual-penjual juadah kat bazaar Taman Sri Gombak ni pulak hehe. Bazaar ni dekat je ngan opis aku- 5 minit pun tak sampai!

Different kat sini bazaarnya takle semeriah kat Danau Kota tu pasal bazaarnya pendek je. Kalau kat Danau Kota tu rasanya 2 kali ganda panjang dari yang kat sini. Bila panjang gerainya, maka banyakla pilihan sehinggakan aku rase kalau tawaf sebulan pun lom tentu aku leh habes rase sume makanan yang dijual kat situ, heheh! Kat Sri Gombak ni tak banyak sangat pilihan dan penjualnya cam tak mesra alam sangat la... awat la ek? Ke aku datang salah timing kot! Anyway, nilah ape yang berjaya memikat hati aku: -

 NASI AYAM GORENG REMPAH

Depa ni memang menjual kat pasar malam Sri Gombak tiap hari Isnin so aku dah tau depa punye nasi ni sedap. Ayam dia yang takleh tahan tu... nom, nommm...

 ROTI JALA

Kuahnya banyak tul isi sampai rase cam kuah lagi kurang dari bahan isi haha. Anyway sedap. Cume tak mesra alam penjualnya. Senyumla sket wei!

 PECAL

The best setakat ni yang pernah aku jumpe. Maria pun yang tak pernah makan bleh tambah 2 kali. Kuahnya menepati piawaian lidah heheh.

 KUE TIAW SUP

Mamat ni pun memang meniaga pasar malam kat sini so aku dah selalu beli ngan dia. Ade gak orang lain jual yang sama tapi aku maleh nak beli sebab biasanya peniaga yang bile bulan pose je muncul, rasa makanan dorang tu ikut nasib. Kalau nasib baik dapat la yang sedap tapi kalau tak bernaseb baik tu, hmmmpphhhhh...!!!

LEMANG & RENDANG

Rendang tak sempat nak snap dah licin, haha. Sedap hingga menjilat kaki. Owhh aku tak makan pulut tu, nak maut? Elok-elok dah 10 hari dapat pose tanpa gangguan Encik Lelah, kang tak pasal-pasal melepek! So aku makan rendangnya ngan roti jala itu. Owh nikmatnyaaaa... tetiba tingat rendang aku yang tak berjaya-jaya lagi nak dapat taste kauw camni setelah 12 tahun mencube, hukhuk...

Belanjawan hari ini:
Nasi Ayam Goreng Rempah: RM 4.00
Roti Jala: RM 4.00
Pecal: RM 2.50
Kuetiaw sup: RM 3.00
Lemang & Rendang: Bukan aku yang beliiiii tapi pak ustad yang beliii heheh!
Jumlah busat: RM 13.50

Syabbas Farah, syabbassss... heheh!

Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Wednesday, August 10, 2011

Cara mudah mencari muka surah di dalam Al-Quran! Jom cuba!




Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

Sumber kredit: Email


Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

JJCM: Day 9 Ramadhan 1432



Hmmm... lately aku takde mood nak menulih. Tapi Maria bet aku bleh siapkan challenge 30 hari ni dengan jayanya, huhuuu... boleh ke??? Anyway aku sambung cite jelah ye *nguap* Semalam petangkan hujan ribut topan sume tapi aku cam ayu bleh gi bazaar lagi tapau makanan, hahaha... ate kang kalau tak tapau buke pose makan megi jelah jawabnye, ndak keee.... Haaa, pe lagi? Jom tengok!

 KUIH-MUIH

Tak tahan nengok peberet aku ni haaa... wajib beli tapi udahnya budak-budak bedal sampai licin huhuuuu... batu la belahhhhh batu bertangkupppp...

 OTAK-OTAK

Ni memang kesukaan bapak ngan anak so worth it to buy. Murah pun murah- 5 pieces untuk RM3.50. Hehe...

 AYAM PANGGANG

Ni pun kesukaan budak-budak. Habes baca doa je makan macam mangsa kebuluran, sian aku nengok.

LAI CI KANG

Cam puah chu kang je nama tapi lain. Yang ni halal. Sedap gak hujan-hujan minum lai ci kang panas. Nyum, nummmm...

Overall sume sedap dan boleh ditelan. Aku de beli soto ngan lontong jugak tapi tak sempat nak snap hehe. Soto tu sedap tapi lontong tu sekor pun tak lalu nak makan sebab kunyitnye banyak sangat. Aku rase tu resepi Indon la sebab tukang masaknya Indon. Pelik je rase berbanding lontong asli kite. Udahnye masuk tong sampah... huhu, rugi duit mak!


Haaa... hari ni ending ade petua sket haha. Ade orang tanye cane aku bagi budak yang tak pose tu tak kaco taim berbuka. Jawapannye sonang jo. Balik je keje ko suap molot dia penuh-penuh sampai perut buncit. Pehtu baru le ko uruskan dapo ke, mandi, solat, bla, bla, bla..... Kedua- korang kene sediakan sesuatu yang melekakan dia seperti bagi dia main game PS2 ke, game PC ke.... Insyaallah, berkat usaha itu akan mengubah hidup anda haha... renung-renungkan dan selamat beramalllll!

Jumlah belanjawan hari ini:
Kuih-muih: RM 2.00
Otak-otak: RM 3.50
Ayam panggang: RM 7.00
Lai ci kang: RM 2.50
Soto: RM 3.00
Lontong: RM 3.00
Jumlah busat: RM 21.00

Adehhh... makin banyak lak ni Farah! Kurangkan, kurangkannnn...

Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Tuesday, August 9, 2011

JJCM: Day 8 Ramadhan 1432



Akhirnya tiada cite basi lagi haha. Ni menu berbuka yang aku beli semalam dan as usual mane lagi aku tuju kalau tak ke bazaar ramadhan Danau Kota. Jom tengok!

 TAUHU SUMBAT

Garing sangat la beb tauhunya sampai kering! Udah le isinya timun aje... sos cicah pun tak sedap. Hamek ko 5/10. Tapi air soya pakcik ni yang paling sedap, paling pekat, paling mantap. Errmm... jual air jelah pakcik ye.

 KEBAB AYAM

Hmmm rasenya just nice cam bIase aku beli kat pasar malam tu, takde apa yang istimewa. Anyway Maria suka. Eloklah tu, dulu mase ngandungkan dia hari-hari aku dok makan kebab. Udahnya beranak boh nama Mariatul Qibtiyah pastu mak aku tak reti nak sebut part yang belakang tu *sungguh lidah mat saleh* Udahnya bile orang tanye apa nama cucu dia, dia kate Mariatul Kebab, kebab ape laa.. Kebabtiah! Haaa!!! Owhh makkk...!!! Sian anak aku!

 POPIAH SAYUR

The paling tak best punye popia pernah aku rase. Dalamnya dah le dia boh taugeh semata (boleh???) pastu ko hagak sendiri ajelah kalau togeh ko simpan sampai taim berbuka dia jadik ape. Gigit sekali je pastu luah balik. Bagus... markahnye- tiada markah!

 CEMPEDAK GORENG

Hingat tak pasal entry aku beli cempedak goreng yang sungguh murah itu? Kalau tak tau bace sini. Boleh percaya tak, hanya selang beberape hari harganya dah jadik 5 bijik RM2???  Okeh... aku banned gerai ko, haha!

 PUTU PIRING

Pak ustad yang beli ni since dia monteng keje balik awal semalam. Sah-sah rasanya beli kat bazaar depan Ong Tai Kim tulah tu. Samelah ngan bini haha- takde tempat lain nak pergi. Balik-balik situuu la jugak!!! Owh ye, aku tak rase so aku tak tau sedap ke tak... sebab? Bace entry semalam haha!

CENDOL

Ni pun aku tak rase... naseb le... hehe...


Jumlah belanjawan hari ini:
Tauhu sumbat: RM 2.00
Kebab: RM 3.00
Popiah tak sedap lansung: RM 2.00 (rugi)
Cempedak goreng RM 2.00
Jumlah busat: RM9.00!

Kalau aku tak beli popiah yang tak sedap tu dah jimat RM2.00!!!

Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

JJCM: Day 7 Ramadhan 1432



Hahahaa.. Farah sudah addicted to cite basi lagi. Kali ni menu berbuka yang aku beli mase ramadhan yang ke-7 haritu. *Ceh, dah basi baru nak cite, kuang, kuang, kuang....*

Layan jelah: -

 ROTI CANAI

Ni pak ustad yang beli kat bazaar depan pasaraya Ong Tai Kim. Aku tak tau sedap ke tak sebab aku tak makan *Kes majuk ngan laki boleh? Muahaha!!! *Tumbuh tanduk setan*

 HONEY BBQ DRUMSTICK

Hahaaaa... carikla kat memane bazaar pun harus korang tak jumpe punye sebab ni aku order kat Pizza Hut aje haha...

 MEE GORENG MAMAK

Mee ni pun pak ustad yang beli dan aku tak makan. Ye, selain kes majuk sebab utama aku tak makan yelah aku dah kekenyangan makan budak di bawah ni...

 PIZZA

Terbaekkkk!!! Sape lagi kalau tak Pizza Hut yang punya. Sonang idup aku, bukak Chrome, isi itu, ini mengikut kemampuan poket, pastu tunggu je dorang hantar... heheh! Mesti nampak cam berlagaknye ko Farah berbuka makan pizza bagai... takde... mak budak-budak yang tingin nak makannn...

SOUP OF THE DAY

Harini soup of the daynye yelah mushroom soup. Sungguh nyum, nyummm... tapikan taim aku nak sedut tengok bawah tudung dah takde. Bekas je yang dijumpai dalam tong sampah. Siapa la punye angkara tak tinggal sikit untuk maknye tu ntah. Seb baik Batu Belah Batu Bertangkup dah lama missing in action. Ko tak beraye tanpe ibu budak-budak ni jawabnye.... (ke bapaknye yang bedal?? Hmmmm...)

Jumlah belanjawan hari ni:
Order Pizza Hut Delivery: RM38.35
Lain-lain menu bukan duit aku so tak kire.

Harini je makan sedap ye anak-anak!....

Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Hari Sukan Tahunan SKDK Tahap 1



Huk-alahhh... lagi cite basi, sowi. Event ni sebelum pose haritu lagi tapi i ni kan banyak makan tongkeng ayam so lupe la semedanggg haha... *salahkan tongkeng ayam* Memula siMirul malas nak pegi walhal dah berlatih bagai nak rak sampai 2 minggu. Alih-alih bile taimnya dah sampai, dia taknak pegi pulak sebab dia kate ade orang main tipu je selalu. Sudahnya asal berlatih je dapat no. 3 tak pernah dapat no. 1. Tapi korang tau jelah kan aku ni kan KL gangster kaunselor terbaek dari ladang. So setelah termakan pujukan tipu aku tu akhirnya dia pergi la gak. Udahnya dapat jugak no. 1 kauuu! Haha... gamaknye taim sukan betul-betul, budak yang ske menipu tu terkujat kot nengok orang -ramai sampai terlupa nak laksanakan taktik. Meh layan gambo mase hari sukan tu: -


Ini yelah cikgu yang berbakat seni- pandai wat inai dan berniaga songket kat uptown Danau Kota. Kalau pergi sana sebut nama aku nanti dapat spesel price *kate kau*



Tak tau nape budak tu sedang cuba menunjukkan emo ape. Yang duduk tu pernah jadi ustazah Mirul masa darjah satu dan pernah melakukan aksi-kejar-mengejar dengan Amirul sebab Mirul nak ikut aku balik, taknak dok sekolah, haha!




Yang tombam tu anak sedare aku
Haa ni yang depan ni haaa.. senang sket nak tunjuk hehe...
Bersemangat sungguh anak sedare aku ni kan
Kesian kaki anak aku terpeleot




Dayana pun dapat no. 1 gak hehe...
Sape la yang bersungguh-sungguh amek gambo anak aku tu haa....

Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

KITE KAWAN2!

 
Photobucket