Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 4 Ogos 2011

JJCM: Day 3 Ramadhan 1432


 

Sebenarnya semalam aku de beli nasi lemak tapi aku tak sempat snap sebab budak yang tak pose tu sampai je umah dia dah mintak nasi. Pastu aku pun takde rase pasal dah jadik ikan buntal lepas berbuka so aku takleh tulis reviewnya. Makanya ini ajelah yang terselamat untuk direview ye. Sila layan dengan kusyuk.

TEPUNG PELITA
Heheh... kuih ni adalah kemestian aku bile bulan pose dan pilihan aku yelah kat booth makcik masam. Haha.. jahat molot ko Farah tapi memang muke makcik tu masam. So itu jelah trademark dia yang aku bleh bagitau pun. Anyway, kuih-kuih dia tidaklah semasam mukenya so aku bagi 10/10.

POPIAH SENGKUANG
Sedap beb. Sengkuang dia potong kiub-kiub so bile masuk mulut krup krap bunyik dia. Cicah lak ngan sambal, perghhhhh... markahnya 10/10.

ROTI JALA
Brader yang jual roti jala ni aku taknah nampak meniaga kat bazaar ramadhan Danau Kota tahun-tahun sudah. Newbie kot sebab muke cam baru abes sekolah je hehe. Canerpun, aku suke kuah kari dia. Pekat dan manyak ayam hehe. Markah 10/10 gak!

Total belanjawan hari ini:-
Nasi lemak= RM3.50 (dengan paru. Paru aku bedal)
Tepung pelita: RM2.00
Popiah: RM2.00
Roti Jala x2= RM4.00
 Jumlah busat: RM 11.50

Wahwahhh... pandai cik Farah berbelanjekan? Heheh...

  Signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .