Alhamdulillah hari ni berjaye gak hasrat mak nak buke pose sama anak-anak dan cucunya. Anak yang tak dapat hadir cume kakak aku sorang je tapi dimaapkan sebab dia dok kat seberang sungai haha. Sementelah dah kumpul ramai-ramai tu, sempatlah kami sume sedekahkan bacaan Yasin buat arwah abah, Mohd Yusof Bin Ma'amor dan kakak ipar aku yang baru je meninggal dunia 2 minggu sebelum puasa haritu, Kak Nasirah yang meninggal pada usia 55 tahun. Masakan sume aku ngan mak yang masak so lauk berbuka untuk harini tayah beli. Ngeh, ngeh... Jom cek menunya: -
AYAM MASAK MERAH
UDANG MASAK PENANG STYLE
*Sila jangan gugel untuk resepi sebab skeati aku je boh nama ni. Nama resepi sebenarnya aku pun tak tau, kuang, kuang, kuang....*
BUBUR LAMBUK DAN IKAN MASIN
ULAM & SAMBAL BELACAN
*Sambal belacan lambat sampai- ketinggalan bas*
PUDING GULA MELAKA
PUDING KASTAD JAGUNG
TEMBIKAI MERAH MANIS
*Saje je tambah ayat belakang tu nak bagi terliur*
dan last........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SIRAP ROSE DENGAN NATA DE COCO DAN LAICI
Perghhhhhhhhhhhhhhhh....!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!