Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Selasa, 27 Disember 2011

Jom piknik @Bagan Lalang, Sepang

Selasa, Disember 27, 2011 2 Comments


Hoho... (Santa Claus sesat!) lame tol tak berupdatekan? Manyak mendelah nak kene settle ujung-ujung tawon nih jadik blogging ni terpaksa diabaikan sekejap. Ni hari boleh sapu sawang sket so nak citer pasal aktiviti sihat family mentuaku baru-baru ni.

Ape yang penting? Kerjaaaasama!

Dimulakan dengan Bismillah...

Haritu kiteorang sume plan nak gi bercuti kat Cameron Highlands tapi akhirnya terpakse ditukar ke Bagan Lalang je sebab pak mertua kata tak sesuai nak gi panjat gunung taim-taim ujan tak putus ni... hrmm... bahayekan pun. Total sume sekali famili yang pergi yelah tujuh keluarge bahagia termasuk mak dan pak mentua. Dorang sume stay kat Hotel Seri Malaysia tapi saya & famili tak stay sebab esoknya pak ustad ade kelas pengajian jadik kenalah balik hari jek huhuuu....

Kat tepi laut pun ade papparazi tau... Menantu sapelah ni ghajin betul!

Qaseh dah tak sabo nak terjun laut!

Ikan ini bernama Encik Senangin. Beliau sedang menikmati rawatan spa panas di atas daun pisang.

Daging rusuk black pepper dibawa khas dari Setapak!

Anyway, meh nak review sket pasal Hotel Seri Malaysia kat sini. Tempat dia dekat je ngan pantai yeitu kire-kire 100 meter berjalan kaki melalui backdoornya. Tempatnya bersih dan stail ala-ala kampung serta ade macam-macam kemudahan cam tempat makan, swimming pool dan surau (selalunya kiteorang pergi hotel tak jumpe pun surau!). Tapi of courselah rate dia tinggi sket yeitu RM 180/- semalam with breakfast so untuk bajet kecik better go for LKIM Camar Laut atau PNK Sepang je- baru RM80! (takde breakfast la tapi hehe...)

Gambar bukan menunjukkan udara yang kurang sihat tapi air dah terlebih masuk lubang idung!

Min & Ain- 2 orang anak dara yang berjaya memanfaatkan pengggunaan air sebaiknya

Kiteorang pegi haritu hari Sabtu (dan coti sekolah) so memang dah expect kat sane sure crowdednye kan- so... kiteorang datang awal. Mase pegi taim ghaye dulu tu kiteorang je manusia yang ada kat situ! Sungguh berbeza keadaanya dowh, haha! Dah pasang-pasang khemah sume, idupkan api- maka bermulalah aktiviti piknik kiteorang. Budak-budak terus terjun laut tengah-tengah rembang tu sampai kulit hitam haha... Ikan-ikan segar korang bleh beli kat ujung jalan tu je so saya just bawak sambal ngan kuah asam dari umah. Yang ayam dan daging tu saya bawak gak dari rumah. Kat sane takde jual ayam dan daging ye! Heheh! Owh ye, pasar jual ikan tu bukak dari pukul 7:00 pagi sampai 9:00 malam so korang bleh beli ikan-ikan tu anytima okeh. In fact, malam tu sebelum balik pun saya sempat singgah memborong ikan kat situ dengan kak Nurul hehe!

Rayen cube menari tango bile nampak ombak sambil diiringi guru-guru tarinya

Pemenang kategori baju sama kaler
Budak yang disangka takut laut jangan disangka selamanya akan takut ye!

Akhil bermain kompang di dalam air

Rayyan takut air??? Impossible...

Pelbagai cara digunakan untuk mendulang emas

Yang ni mendulang emas sambil buat lawak mega minggu ke-9
Qaseh sudah bersedia di garisan permulaan. Sile beri laluan ikan-ikan sume!

Dah puas berendam main pasir pulok!

Qaseh dah taknak kuar dahhhhhh...!!!

Aktiviti sihat sesame sepupu- sepapat

Asyraf membuat percubaan mengurangkan pasir

Posing ala majalah Mangga gitew... ahaks!

Sessi latihan mengorek pasir

Pencurik pasir di Bagan Lalang terbongkar!


Signature

Khamis, 15 Disember 2011

Gerhana Bulan 10 Dis 2011

Khamis, Disember 15, 2011 3 Comments



Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. - Kredit to Encek Wiki

P/s: Gambar kat atas tu saya amek guna lense 18-200mm. Tunggu kot-kot ade orang sponsor lense 300mm boleh dapat imej laaaagi besar, okeh! (Ade kew? :mKorek: Haha!) Gambar tu diamek pada jam 9.45 minit malam kira-kira 30 minit lagi sebelum berlakunya proses gerhana bulan penuh. *Sambil diiringi Maria dan Rayyan yang bikin sound blaster sebab dapat kuar umah malam-malam!*


Untuk gambar lebih besar sila klik di sini

Signature :01:

Rabu, 14 Disember 2011

Wordless Wednesday: Ombak Rindu

Rabu, Disember 14, 2011 7 Comments

 


Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

This is mine.


  Signature

Selasa, 13 Disember 2011

Segmen : 5 Blog Cool Pilihan Ku 2011

Selasa, Disember 13, 2011 8 Comments


Wahhhh... sambil-sambil berblog-walking tadi, tetiba ternampak satu segmen dari Abe Ben Ashaari aka Aaron Aziz itu (sesuke ati tambah).

Untuk join , mudah saja ... Cam biasa ,buatkan satu entri ..Letak header BENASHAARI.COM
Tajuk : 5 Blog Pilihanku 2011 dan linkkan ke entrinya.
Berikan 5 buah blog pilihan korang dan kenapa ianya menjadi pilihan .
Tinggalkan url di ruangan komennya.

Senang je kan ? Tapi dateline jam 5 petang ini (13/12/2011) so struggle Deeb cepatttt...! Dah pukul 4.13 nih! Haha!

So, ni dia link-link peberet mak: -

SEBAB SKE: Tayah beli paper. Dia selalu post entry brite terkini! Ahaks!

SEBAB SKE: Entry post dia manyak bikin STRESS!!!

SEBAB SKE: Blog dia ade variety ade macam-macam info

SEBAB SKE: Dia ade banyak citer pasal telor!

SEBAB SKE: Dia ni klako! Haha...


YESSS! Berjaye abeskan 04:25pm! Ngeee....


Signature

Berangan nak LASIK boleh?

Selasa, Disember 13, 2011 11 Comments


Korang de tengok tak Ustazah Pilihan mase final haritu. Serius terkejut sey bile dapat tau rupenya sume finalis tu dapat wat Lasik percuma :puteh_26: dengan Professor Dr. Muhaya yang comel tu! Ingatkan dorang pakai contact lense rupanya mata dah dibaiki... dan yang jeles tu sebab FREE!!! Pastu Maria cakap,

" Itulah ummi... bukannya nak masuk ustazah pilihan tu. Kalau tak, kan dah dapat wat benda tu free!" 

BOLEH??? Macam la ummi dia ni boleh sampai ke final pun! Masa stage 1 lagi wajib out!) :10:

Ni wajah Ustazah Firuz selepas Lasik. Comeiiinyeee dieeee....

Eh? Ooo... ade yang tak tau Lasik tu ape eh? Okeh meh baca sini *ehsan Mr. Wiki* : -

LASIK or Lasik (laser-assisted in situ keratomileusis), commonly referred to simply as laser eye surgery, is a type of refractive surgery for correcting myopia, hyperopia, and astigmatism. LASIK is performed by ophthalmologists using a laser.[1]
LASIK is similar to other surgical corrective procedures such as photorefractive keratectomy, PRK, (also called ASA, Advanced Surface Ablation) though it provides benefits such as faster patient recovery. Both LASIK and PRK represent advances over radial keratotomy in the surgical treatment of vision problems, and are thus viable alternatives to wearing corrective eyeglasses orcontact lenses for many patients.[2]

Nilah Prof Dr Muhaya yang comel tu....

Sorilah encek Wiki harini tak supply Malay translation so paham sendiri jelah ye, ahaks! So smenjak tengok Ustazah Pilihan Final haritu, ginilah daku berangan-rangan setiap hari. Kalaulah ku kaye, kan bleh hari ni terus proceed wat Lasik tu. Tayah dah pakai ini


ataupun susah-payah pepagi bute kopak mate nak masukkan lense ni, kannnnnnnn....!


"Pak Ustad nak dapat bonus ujung bulan ni. Wajib ngenen nih! Ekeke...." :mKening:


Signature

Jumaat, 9 Disember 2011

Menculik Deeb- Day #4 (versi Zoo Melaka)

Jumaat, Disember 09, 2011 3 Comments

 

Dari Sg Duyong, Pak Ustad decide nak bawak budak-budak tengok sedare-mare kat Zoo Melaka. Ekcelli saya ngan Pak Ustad dah pernah pergi tapi yang lain tu blom pernah lagi. Mase kiteorang pergi tu Maria dok berdukung lagi, haram tak ingat yang dia pernah gi sana!


Zoo Melaka ni terletak betul-betul berhadapan dengan Taman Buaya. Tapi kami tak gi sana sebab round dalam Zoo Melaka ni pun dah rase nak pengsan! Tengok map panjang lagi tempatnya... dalam hati dok tanye bile nak abes cover satu zoo ni doe! Ahaks! Moral of the story: Kalau dah tue, naik tren je bile masuk zoo. Jangan perasan hebat boleh jalan kaki, okeh! Muahaha!


Saya masih ingat mase pergi Taman Buaya dulu, Pak Ustad hampir-hampir nak kena baham buaya. Mase tu saya tengah fokus kamera nak amek gambar dia dokong Maria betul-betul kat belakang paya buaya tu. Sekali saya tengok dalam viewfinder, ada sekor buaya dah lompat berdiri sama level ngan Pak Ustad terus saya pun jerit. Seb baik Pak Ustad cepat-cepat beralih ke depan, kalau tak taim tu sure Maria ade seorang ayah yang tidak berkepala, huhuuu...!

Dia ni bijak tau. Ekcelli dia berdua tapi bile dia nampak saya acu kamera, dia terus tolak kawan dia jauh-jauh. Pastu dia terus buat macam-macam posing, boley? 

Mereka-mereka ini pukul 4.30 petang baru nak mandi. Pemalas betul!

Derang ni memang terer posing!

Comeikan? Kalau tak perati betul-betul memang ingat sangkar tu cume display pokok je pun!

Sian dia lapo...

Alamak aiii... saiz badan kite cam same wehhh...

Mahu tapi malu. Cenggitulah gayenya....

Dorang patut letak signboard 'AWAS KUDA INI MENGGIGIT' tu kat depan sket, okeh! Mujur tanganku yang gebus itu tak digeget! Rambut dah le ikut cutting Temenggung Jugah Anak Barieng!

Dah macam pakai jubah abaya pulak si seladang ni

Baru nak bukak pose

Datang siang-siang hari manyak minatang dalam zoo ni wat taik mate je kejenye....

Posing paling henskem!

Seronok dapat naik tren free! Pak ustad tak tau kena bayar akaka! Halal jelah!


Notes: Cerita dari awal penculikan boleh baca kat Menculik Deeb- Day #1. Pastu sambungannye yang sedikit seram kat Menculik Deeb- Day#2. Next, tengok tempat makan best kat Muor at Menculik Deeb- Day#3. Nak tau pasal Hang Tuah pulak meh jenguk Menculik Deeb- Day #4 (versi Sg Duyong) okeh!


  Signature
Follow Me at flickr! .