Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 29 Jun 2011

Resepi: Nasi Arab & Salata Hara (Part 3)

Rabu, Jun 29, 2011 0 Comments

Jeng, jeng, jengggg... :39: Hehee... tau, tauuu... korang musti dah tak sabar nak makan nasik arab tu kan tapi side dish dia la plak tak siap lagi! Untuk yang terlepas rancangan ni, silelah baca Part I dan Part II dulu ye. Okeh skang kite terjah apa bahan dan cara menjahanamkannya menyediakannya:


Penyediaan Salata Hara

Bahan-bahannya:
2 biji tomato
2 cili merah
1/2 biji bawang besar
sedikit daun ketumbar
lemon
garam & gula secukup rasa

Cara penyediaan:
Untuk salata hara, kisar semua bahan kecuali garam, gula & lemon (kisar tanpa air). Apabila dah hancur, masukkan gula dan garam bersama perahan lemon. Hidang nasi bersama salata hara, telur masin, acar timun dan sebagainya.


Ini namanya tomato

Yang ni lak cili & bawang bosa

daun ketumbar

pati perahan lemon (kulitnya tu tayah)

Kisar tomato, cili, bawang, gula & garam. Cili bleh tambah kalau ske. Orang Arab tak makan pedaih.

Suda siap! Skang blehlah makan ngan nasi arab dan sup tadi! Nyum, nyummm...

Notakaki saiz tujuh:
:heh sogan: Jangan lupe bace Bismillah nak makan tuuu...



Signature

Resepi: Nasi Arab & Salata Hara (Part 2)

Rabu, Jun 29, 2011 6 Comments
Wahwahhhh...!!! :bofu_36: Tak sabar korang nak resepi sambungan entry semalamkan? :bofu_48: Hehee... bawak bertendang ye. Skang boleh kuarkan sup semalam dan mulekan dengan langkah keduanya yeitu penyediaan nasi. Untuk yang terlepas rancangan semalam, kite ni skang tengah belajo wat nasi arab ngan kuah cicahnya yang bernama Sahara Yaacob Salata Hara ye. Wokeh sambung!

Penyediaan Nasi

Bahan-bahannya:
3 cawan beras Basmathi
3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
2 sudu minyak sapi/mentega/minyak zaitun
1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
garam dilupa jangan (tak sedap kalau nasi tawar!)

Cara penyediaanya:
Tumis bawang besar bersama minyak sapi/mentega/minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. Transfer ke periuk nasi elektrik. (Kalau nak biarkan kat dapur gas pun takper, masak nasi sehingga masak) Bila dah masak, bolehlah titik pewarna kuning. Kalau taknak pun takper.


(1) Tomato dipotong dadu dada didi dudu...


(2) Bawang besar, bawang putih, halia dikisar (potong dadu pun bleh)




(3) Amek bahan kisar, tomato dan masuk sekali buah pelaga, bunga cengkih dan lada hitam

(4) Masuk minyak sapi





(5) Tumiskan bahan-bahan tadi


(6) Kacau sebati






(7) Masak sampai kuar aromanya


(8) Amek kuah sup (part 1)






(9) Masukkan sup ke dalam bekas nasi tadi (agak2 berapa byk beras nak masak) Kuah sup lebih kurang 75% cukup.
(10) Masuk air 30% aje





(11) Letakkan garam, gula & serbuk kunyit/pewarna kuning.

(12) Rasa sket. Kalau dah okay bleh proceed next gamba hehe...





(13) Pastikan guna beras Basmathi (kalau lain kureng la sket)

(14) Masuk beras yang dah dibasuh






(15) Nasi masak sudaaaa....



(16) Amek daging dari sup tadi tu...




(17) Letakkan ataih nasik. Wallawehhh...!!!


Sup suda siap. Nasik pun sudah siap. Bismil.. Eppppp!!!! Nanti duluuuuu... ade lagi satu yang belum siap lagi! Nak makan nasik ni mestilah ngan side dishnya yeitu Salata Hara yang masam-masam itew. :27: Caner lak nak wat tu? Ahhaaa... tunggguuu part 3 lak ye! :26: Ngeh, ngeh, ngeh...

"Dah! Gi simpan nasik tu dulu! Lom leh makan lagi!"

:28:

Resepi: Nasi Arab & Salata Hara (Part 1)

Rabu, Jun 29, 2011 1 Comments
Harini kite akan belajar cara bagaimana untuk memasak nasi arab bersama salata hara. Yeee.... sudah tentu ramai diantara puan-puan yang suka makan nasi arab ni,kan... jadi marilah kite balaja membuatnya kerana jika kite selalu usha laki kite blanje di restoran arab, sudah tentu kepala mereka akan lebih cepat keguguran rambut berbanding anda memasaknya sendiri dirumah, haha. Ok... sebelum tu kite kredit dulu kat Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, Pemuda As-Salam (Masjid As-Salam) dan Badan Agam Islam Perodua yang sudi menganjurkan kursus wat nasi arab ni minggu lepas dan sekaligus memberikan resepi ni untuk dicuba ye.

Ok sekang kite mule masak ye. Dah sedia? Untuk pengetahuan korang, penyediaannya ade 3 langkah utama jadik untuk Part 1 ni kite mula kan dengan langkah yang pertama yeitu :7: cara menyediakan sup untuk nasi.

Penyediaan Stok Tulang Untuk Nasi

Bahan-bahannya:-
1 1/2kg tulang lembu/kambing yang ada daging (jangan tulang semata)
13 biji buah pelaga
15 kuntum bunga cengkih
15 biji lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 biji buah pala (diketuk)
3 helai bay leaves
1 inci halia (diketuk)

Cara penyediaan:
Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves dan halis. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging.




(1) Bahan-bahannya


(2) Rebus tulang. Air kena banyak ye. Masuk buah pelaga.




(3) Masuk lada hitam. Jangan tumbuk.

(4) Masukkan bunga cengkih






(5) Masukkan serbuk jintan putih


(6) Masukkan daun bay leaves






(7) Inilah ghupe botol bay leaves


(8) Halia kena banyak tapi jangan potong cam dalam gambar ni





(9) Masukkan biji buah pala yang dah ditumbuk


(10) Inilah ghupe buah palanya





(11) Tunggu sampai mendidih


(12) Masuk lak daging kambing yang dah dipotong tadi tu ye





(13) Masukkan garam dan gula secukup rase


(14) Yeay, sup dah masak. Epppp!!! Lom bleh makan lagi....



Okeh, sup dah siapkan? Skang tunggu pulak part 2 yeitu penyediaan nasinya pulak okeh! :32: Tungguuuu...

:hello:
Follow Me at flickr! .