BIODATANama :nama panjang rashdan nama pendek dan jumboNama samaran :nama besar qayyum nama kecik qE-mail :posto pun bolehFacebook :baru merancang nak buatAlamat :no.8, kampung dusun (rumah sarip dol).Hari di beranak :hari jumaatTempat beranak :sama tempat lahir ahmad albabMakan kesukaan :yang sebelum makan kena ambik bau dulu... Lazat?Minuman kegemaran :jin n’ tonikMainan kesayangan :bangsi hikmatWarna peberet :warna warni kehidupanBinatang kesukaan :binatang apa dia tunggangBacaan kesukaan :hikayat 1001 darham... Eh... MalamKenderaan kenaikan :cam kereta haji bakhil... Cantik bukan? Macam setanHobi :saya suka main bola... Hari-hari saya main bolaCita-cita:champion of screwSejarah hidup :hidup susah mati pun susah... Mati kena pegang bendelaPencapaian kerjaya :menjadi ahli mesyuarat tingkap. Lain-lain takde, kerja berat takut reput tulang...
Mase kecik dulu, aku ni memang liat nak makan. So untuk bagi aku de mood untuk makan, biasenya aku akan tebar majalah Gila-Gila atau Ujang untuk baca sambil makan. Benda tu dah jadik habit sampaikan mak aku selalu kata;
"Hang ni kan, dok baca Gila-Gila tu nanti besok hang pun jadik gila!"
Hahahaa... ternyata sumpahan mak aku itu benar. Maseh mak. Ko tak sure aku jadik minah skema sampai hari ni, hehe!
Ok, sambung cite. Pagi ni aku dikejutkan dengan berita yang arwah telah meninggalkan kite pada jam 7.45 minit malam semalam iaitu pada hari Ahad, 19hb Jun 2011 akibat serangan jantung dan akan dikebumikan di kampungnya di Raub, Pahang.
Buat arwah, marilah kite sume sedekahkan al-Fatihah dan takziah buat ahli keluarganya. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh, amin.
Sesungguhnya, negara kehilangan seorang kartunis yang berbakat yang wajib dikenang kerna karyanya pernah menggembirakan hati-hati kite sume.
AL-FATIHAH & takziah...
BalasPadam