Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 28 Jun 2012

Perginya dalam Khusnul Khotimah... Allahuakbar!



Bayangkan ini:
Beliau dan saya memulakan perniagaan ini dari kosong- zero. Dan dari hari ke hari selama 14 tahun, setelah menempuh pelbagai dugaan up and down dalam perniagaan, termasuk pernah dianiaya dengan client malah bekas staff sendiri... akhirnya pada suatu hari Ahad yang tenang, saya dapat panggilan mengatakan orang yang saya jumpa setiap hari selama 14 tahun itu sekarang berada di HKL dan telah disahkan meninggal dunia. Lebih mengharukan apabila mengetahui yang dia meninggal kerana dilanggar sebuah kereta yang memandu laju dan orang yang memandu itu adalah remaja berumur 18 tahun!
Gambar diambil oleh salah seorang peserta konvoi dari atas lebuhraya tempat di mana asalnya mereka sedang berbasikal. Dianggarkan jarak arwah melambung ke bawah seumpama jatuh dari bangunan 6 tingkat. -Gambar kredit saudara Mohd Azlan Omar (FB)

Beliau melambung jatuh dari lebuhraya Duke setinggi 40 kaki ke bawah akibat dirempuh kereta yang dipandu  laju sewaktu beliau dalam perjalanan konvoi beramai-ramai menaiki basikal menuju ke Majlis Ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus. Saya difahamkan mereka baru saja solat Subuh berjemaah sebelum itu dan baru saja memulakan perjalanan kurang satu jam dari tempat permulaan. Lebih tragisnya, anaknya yang berumur 11 tahun yang mengekori dari belakang menyaksikan sendiri di hadapan mata bagaimana bapanya dilanggar kereta dan melambung ke bawah. Akibat dari kemalangan itu, beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan didada. Namun tiada sebarang luka dan darah mengalir ditubuhnya. Malah sahabat yang menziarahi beliau ketika masih belum dibedah-siasat di HKL menyangkakan jenazahnya sudah siap dimandi dan dibersihkan. Malah yang lebih sayu, beliau kelihatan seolah-olah sedang nyenyak tidur.

    Gambar 10 tahun lepas. Masa ni baru 4 tahun melangkah.

    'Beliau' dalam cerita ini ialah Allahyarham Azmi Bin Ismail. Timbalan Pengarah UPU, bendahari Surau Al-Ikhwan, AJK Pemuda PAS Gombak dan ahli bikers Pemuda PAS Gombak. Semasa hayatnya beliau sentiasa memperjuangkan keadilan dan memperjuangkan agama Islam. Beliau juga adalah 'big boss' saya dan dia jugalah orang yang sudi memberi saya peluang menguruskan perniagaan dia sehingga kini. Sepanjang 14 tahun mengenali arwah dan bekerja bersamanya, arwah lebih kepada seorang bapa berbanding seorang 'Big Boss'dan kami sume adalah anak-anaknya. Banyak sebenarnya memori bersama dengan arwah tapi di antara yang tak mungkin kami lupakan sampai bila-bila: -
    • Kami sume di sini selalu wat aktiviti makan-makan kat belakang tapi dia tak pernah marah atau larang malah dia pun join sama dengan kiteorang (walhal tu waktu keje tu...) 
    • Bila lepas hari raya dia mesti nak panggil sume client dia datang ke jamuan hari raya untuk jamu dorang sume makan. 
    • Dia suka ajak sume staff dinner atau lunch sama-sama bagi meraikan apa saja. Sampaikan budak-budak yang praktikal kat sini pun kalau habis praktikal, wajib merasa disambut bagai.
    • Beliau bukan jenis orang yang berkira. Selalu bersedekah dan menolong orang. Dalam 14 tahun saya bekerja dengannya, marah pun cume sekali tapi itupun saya tau sebab dia hempas laci dia kuat-kuat. That's it. Lebih dari tu tak ada. Bila ada client atau orang yang menganiaya dia, dia redha dan antara kata-kata  yang selalu dia sebut yelah, "Takpe. Kite jumpe di padang masyar"
    • Tiap kali besday dia, kiteorang mesti sambut. Paling cikai beli kek dan order nasik beriani. Tapi tak sangka surprise besday dia yang ke-50 tahun haritu (disambut kat umah mak saya mase kenduri khatam quran Maria & Amirul haritu) adalah sambutan kali terakhir. Memang surprised besday tu saya rancang sebab saya fikir tahun ni kali terakhir saya dapat sambut dengan sume (pasal nak pindah) tapi rupanya memang 'kali terakhir' buat sume orang.

    Kaki ini tetap akan melangkah ke pejabat seperti hari-hari biasa. Tangan ini akan tetap melakukan kerja-kerja seperti biasa. Tetapi suasana dan keadaan di pejabat ini tidak mungkin akan sama. Selagi Allah izinkan, selagi itulah akan saya gunakan semua ilmu yang arwah berikan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini, insyaallah. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan para solehin dan semoga kami semua juga bakal mengakhiri hayat kami dalam keadaan khusnul khotimah juga, amin!

    Alhamdulillah jasadnya selamat dikebumikan di kampung halamannya di Ulu Beranang, Negeri Sembilan pada hari Ahad Jun 24, 2012.
    AL-FATIHAH


    Signature

    21 ulasan:

    1. Al-Fatihah ... semoga rohnye ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman ... amin. Cedih sbb masa majlis khatam maria dan amirul tulah baru akak 'first time' jumpa boss farah tak sangka itu kali yg terakhir...

      BalasPadam
    2. Al-Fatihah...semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin.....

      BalasPadam
    3. innalillahiwainnailaihirojiun

      al-fatihah untuk beliau..takziah di ucapkan kepada keluarga arwah

      BalasPadam
    4. Innalillah. Banyak kebaikan Allahyarham. Perasaan anaknya yg berumur 11 tahun tu tentu lagi sedih sbb dia nampak sendiri kejadian yg menimpa bapanya. Puan Deeb mesti terasa kehilangan bila pegi kerja kan? *harap2 takde la org nak kaitkan kejadian ni dengan bala Allah ke apa seperti kejadian kematian mangsa drift kat Perhimpunan Belia ari tu.

      BalasPadam
    5. innalillahiwainnailaihirojiun
      AL-FATIHAH...
      takziah tuk keluarga arwah...
      jalan tu macam kenal....biasa lalu hari2...
      x dpt bygkan macam mana.....dia serorang ye kat depan masa tu.... :(

      BalasPadam
    6. @LydSunshineAlhamdulillah anaknya sangat tabah. Siap cakap kat mak dia jangan sedih sebab dalam rumah anak yatim Allah buangkan sume kesedihan penghuninya. Hari pertama masuk opis haritukan Lydsunshine, kami sume takleh wat keje. Dari datang sampai balik asek terkeluar airmata. Itulah harapnya takde la sapa-sapa nak mengkontroversikannya. Benda pun dah selesai.

      BalasPadam
    7. @adex-aiedaMaseh Aieda. Yelah.. itu highway Duke menghala ke Ampang/ Hulu Klang tu. Nanti kalau lalu cubelah bayangkan macamana kalau jatuh dari atas highway tu. Sure luka parah... tapi itulah, perginya tanpa luka dan darah. Begitulah besarnya kuasa Allah SWT.

      BalasPadam
    8. alfatihah, meremang baca, mudahnya perjalanan dia kan

      BalasPadam
    9. @Tina OthmanMaseh Tina. Kan? Hmmmphh... kitenya bahagian sok ntah caner la pulak :(

      BalasPadam
    10. MasyaAllah. Saya share cerita ini dengan keluarga saya. Semuga dapat mencontohi amal soleh beliau dan juga mendapat khusnul khotimah.

      BalasPadam

    Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

    Follow Me at flickr! .