JJCM: Man Burger Kukus Lava
Farah Deeb
Khamis, Jun 06, 2013
19 Comments
credit: KC (http://misz-ella.blogspot.com/2013/06/dating-dengan-kawan-taman-man-burger.html) |
Haritukan, member kembang setaman dan jugek kawan blogger aka kawan Geng Hot Mama Blogger (GHMB) yang bernama Kak Chik itu telah menculik saya dan kak Zila gi makan berger kat kedai baru bukak ni. Ekcelli kedai ni memang dah femes giler kat Damansara Damai tapi disebabkan kena naya, Encik Man (tuan punye branding ni) tutup branch sana dan bukak kat Saujana Utama ni. Ohsem dan sungguh brilliant tindakan itu sebab kalau masih di Damansara Damai, sampai skang pun konpem saya tak merasa nak makan Man burger Kukus Lava ni deh!
Ni ayor HoneyDew yang sungguh sedap! |
Ini Burger Patrick daging kambing. Juicy giler!!! |
Rege dia pun taklah mahal no. Alahhh.. Kenny Rogers yang mahal tu boleh lak korang pegikan? Ini orang melayu kite punye bisnes marilah support sket. Kalau tak salah ownernya baru je berusia 26 tahun kot? Hebatkan? Pada usia tu dah ada kedai sendiri dengan brandingnya sendiri dan paling penting- ramai giler peminat!
Oklah kan? 3 biji beger+ 2 minuman+ side order-fries. |
Beger-beger yang terdapat kat menunya bermula dari RM4.50 dan paling mahal berharga RM25/- tapi yang tu boleh kongsi makan 5-6 orang kot! Sebabnya yang saya beli ni pun boleh kongsi 2 orang walhal beger biasa jek- Bayangkan le betapa besarnya portion dia dan besarnya daging dia yang berjuicy itu! Haha.. kecur tak? Kecur tak? Menu dia pun menarik sebab dia menggunakan nama-nama watak dalam kartun Spongebob Squarepants seperti Spongebob (opkos le kan!), Patrick dan Mr. Crab.
Ini Burger Patrick Triple Patty... layer daging diapit ngan cheese dan daging lagi dan cheese lagi dan daging lagi dan cheese lagi... menitik juicenya okeh!!! |
So sesapa yang nak cube dan support bisnes orang melayu kite ni, marilah berkunjung kat Saujana Utama ni. Kedai dia tak susah nak carik pun. Jumpa KFC, jumpa ACE Central Mart, jumpa SU Mall... haaa dekat-dekat situlah tempatnya. Senang cite, kalau jumpe kedai makan yang sentiasa penuh sampai keluar-keluar kedai- itulah kedainya! Har har... Kedai dibuka jam 4.30 petang so sape yang tanak kena q bolehlah datang taim-taim cenggini ye sebab bile malam menjelma, kedai ni memang pack! Jom!
UPDATED 2015Sekarang kedai ni dah pindah kat Bukit Rahman Putra kot so tak dapat la nak rasa dah beger juicy nih! Sob, sob...